Teks : Sakina Hamid

Foto : Sakina Hamid & Google

Alhamdulillah, harini sudah Ramadan ke 26. Sudah mula terasa bahang hari lebaran, hanya tunggu masa sahaja semua nak berangkat pulang ke kampung halaman. Umum mengetahui, setiap kali musim perayaan, banyak masa dihabiskan di jalan raya teruatama bagi yang tinggal berjauhan dari keluarga. Dan paling simpati ialah anak-anak yang terpaksa menahan kejemuan berada lama di atas kenderaan.

Tidak terkecuali anak-anak saya. Tidur berkali-kali pun masih belum sampai. Jadi di sini saya kongsikan aktiviti yang boleh dimainkan bersama anak-anak ketika berada dalam perjalanan. Semoga dengannya dapatlah kita isi masa anak-anak dengan aktiviti bermanfaat selain dari membiarkan mereka menonton animasi sahaja sepanjang perjalanan.

1) Bercerita

2) Mengira

3) Membaca dan memahami papan tanda

4) Tasmi’ surah hafazan

5) Membaca terjemahan Al Quran