Teks : Sakina Hamid

Foto : Google

Kehidupan sebagai ibubapa seringkali menghambat masa kita bersama anak-anak. Tanpa disedari siang berganti malam dan malam berganti siang tapi terlalu sikit masa yang khusus kita peruntukkan untuk anak-anak. Isu ini bukan hanya untuk ibu yang bekerja di luar, malah surirumah sendiri seringkali tak cukup nafas nak bersantai dengan anak-anak.

Namun pasti dalan 24 jam sehari itu, kita masih mempunyai ruang untuk memenuhi keperluan emosi dan mental anak-anak. Saya kongsikan di sini beberapa aktiviti untuk mengisi masa berkualiti bersama anak-anak.

1) Sentiasa bercakap dengan anak 

Mulakan rutin ini sejak bayi. Sentiasa bercakap apa saja yang kita nampak, jumpa ataupun yang akan berlaku. Cakap ulang benda yang sama pun takpa kerana ia dapat membantu menguatkan memori anak.

speak with baby

2) Bacakan buku untuk anak

Membaca buku bukan saja meningkatkan pengetahuan, tetapi juga memupuk ikatan kasih sayang antara ibubapa dengan anak. Dapatkan buku-buku mesra bayi dan kanak-kanak. Bacakan buku dengan berintonasi, penuh emosi dan gaya. Pasti anak akan rasa anda adalah ibubapa yang hebat!

family membaca

3) Bermain dengan anak

Bermain bukan sahaja menyiapkan mainan tersebut dengan betul, tetapi jugak bersembang mengenai mainan tersebut. Mainan educational toys biasanya membolehkan anak menghasilkan pelbagai rekaan dalam 1 set. Rangsang anak untuk berimaginasi menggunakan mainan mereka. Sentiasa latih anak bercerita mengenai hasil ciptaannya. Pandang mata anak semasa anak bercerita mengenai imaginasinya, ia akan menjadi saat yang dihargai oleh anak kecil. Kerana kita telah membina rasa YAKIN dalam dirinya.

IMG_20151118_111651

4) Menganalisa lukisan anak

Walaupun ia hanya contengan, cungkil jawapan dari anak mengenai hasil kreatifnya. Setiap garisan itu pasti ada cerita yang tersirat di sebaliknya. Dan apabila anak sedar anda ‘sukakan’ lukisannya, dia akan sentiasa mencari anda untuk membentangkan hasil kerjanya!

5) Melibatkan anak dalam kerja rumah

Kerja rumah memang tidak pernah selesai, apatah lagi bila ramai anak kecil. Cuba libatkan anak dalam aktiviti harian seperti membaca baju kotor ke bakul, ambilkan penyapu, ambilkan pinggan (pastikan ia plastik), potong sayur guna gunting dan lain-lain yang bersesuaian. Fitrah anak kecil memang suka mencuba kerja orang dewasa, jadi kita latih sebaiknya fitrah ini untuk memberikan keyakinan diri kepada anak-anak.

Yang penting, do not expect too much! Anggaplah ia sebagai proses pembelajaran anak-anak.

kids-doing-chores

5 aktiviti untuk mengisi masa berkualiti bersama anak-anak andai dibuat setiap hari dengan istiqamah pasti banyak kebaikannya kepada anak-anak. Dari aktiviti asas ini kita akan mendapat idea untuk dkembangkan kepada pelbagai aktiviti yang lebih menarik.

Semoga kita semua sentiasa dikurniakan masa supaya dapat mengisi masa berkualiti bersama anak-anak dengan aktiviti yang bermanfaat untuk perkembangan mental dan emosi in syaa Allah.