Uno stacko! Ingat tak lagi sekitar 10 tahun lalu ada iklan bermain Jenga ni kat tv. Masa tu tengok diorang main enjoy ja kan. Tapi tak tau la nak cari kat mana.

Alhamdulillah, bila saya jadi pengedar Educational Toys, semua ini terbentang depan mata. Teruja sangat semasa kali pertama ternampak mainan jenga ni. Mainan ni sangat simple, hanya deretan blok kayu berbentuk kuboid dengan saiz yang sama.

number stackingcolour satcking

Number stacking & Colour stacking, rupa berbeza tapi kedua-duanya boleh dimainan dengan teknik yang sama.

Namun oleh kerana mainan jenga ini boleh dimainkan dengan pelbagai cara, ia menjadi mainan yang evergreen dan sesuai dengan pelbagai lapisan umur. Check it out!

Cara 1

Susun mainan jenga seperti blok asal. Keluarkan blok bahagian tengah dan letak di atas. Lihat setinggi mana anda dapat lakukannya sebelum ia runtuh!

Jenga-game-1

Cara 2

Baling dadu. Keluarkan nombor yang tertentera pada dadu. Lihat berapa lama anda dapat pertahankan menara jenga anda.

SONY DSC

Cara 3

Bina menara. Pelbagai bentuk menara boleh dibina menggunakan mainan jenga. Semua mengikut kreativiti dan imaginasi anda. Selagi mana ia kekal tidak runtuh, anda berjaya!

Jenga-towercolour satcking_build

Cara 4

Domino chain. Susun blok secara berdiri, mengikut bentuk yang anda suka. Lihat sejauh mana anda boleh hasilkan susunan tu. Dan pasti sungguh mengujakan apabila blok itu jatuh satu persatu mengikut kehendak anda.

SONY DSC

Cara 5

Kuiz Jenga. Tulis soalan kuiz pada jenga dan mainakan mengikut #cara 1. Apabila blok dikeluarkan, selesaikan task pada blok tersebut. Lakukan dengan santai, pasti ia sungguh mengujakan!

jenga-math-2jenga_math

Dapatkan mainan jenga untuk anak anda di SINI.