
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah memberikan garis panduan bahawa kanak-kanak di bawah usia 2 tahun tidak boleh diberikan ubat batuk dan selsema berbentuk cecair.
Pengambilan ubat batuk dan selsema boleh membawa pelbagai kesan sampingan lain seperti sindrom apnae (bayi berhenti berafas) dan bayi kurang menyusu yang boleh membawa masalah dihidrasi.
Kerana itu penggunaan rawatan luar adalah lebih selamat bagi menggantikan ubat untuk atasi masalah selsema dalam kalangan bayi dan kanak-kanak.
5 jenis ‘ubat’ selsema yang selamat digunakan sejak bayi
1. Ubat selsema jenis semburan hidung
Semburan ini biasanya diberikan oleh doktor kepada bayi bawah 2 tahun. Gunakan spray ini dengan teknik yang betul kerana bila tersalah guna baby kemungkinan akan tersedak.
Baringkan bayi secara mengiring, kemudian sembur 1,2 kali ke setiap lubang hidung. Bila hingus dah mencair, sedut menggunakan penyedut hingus.
2. Ubat Selsema Jenis Sapuan
Kalau dulu-dulu yang popular adalah vicks tapi sekarang ni kita dah banyak produk-produk dari bahan semulajadi di pasaran. Ia lebih selamat digunakan untuk bayi kerana badan mereka masih fragile untuk didedahkan dengan pelbagai bahan kimia berbahaya dan sintetik.
Salah satu pilihan terbaik ialah produk yang dikeluarkan oleh Tasneem Naturel yang mengandungi bahan semulajadi iaitu balm CF rub. Balm CF-Rub ini mengandungi esssential oil (minyak pati tumbuhan) yang dapat merawat selsema, batuk berkahak, dan asma secara semulajadi.
Antara kelebihan Balm daripada Tasneem Naturel ialah tidak mengandungi menthol yang berangin dan herba yang bersifat panas kepada bayi. Setiap hari ramai ibubapa dapatkan balm CF Rub Tasneem Naturel ini dari Agen Sah Tasneem Naturel seluruh Malaysia.
Ubat Selsema Jenis Minyak
Sapuan jenis minyak telah berada di pasaran sejak sekian lama. Teringat saya pernah beli sejenis minyak untuk batuk dan selsema berharga rm12 dari gerai di expo bayi. Setelah gunakan pada anak, barulah saya cuba untuk diri sendiri semasa batuk.
Beberapa kali saya gunakan barulah saya sedar rupanya minyak ini menyebabkan pedih pada kulit. Mungkin kandungan minyaknya bersifat menghakis selain ia juga berangin. Rasa bersalah pada anak kerana sapu padanya tanpa cuba pada diri sendiri. Sampai hari ini saya masih ralat dengan pengalaman tersebut.

Sampailah Tasneem Naturel keluarkan minyak serbaguna Resty Oil ini, barulah saya rasa selamat untuk guna sapuan jenis minyak pada anak kecil. Resty oil mengandungi essential oil eucalyptus, lemon, dan lavender dapat mengurangkan batuk dan selsema.

Resty oil juga mengandungi minyak premium seperti Jojoba oil, sweet almonds oil dan grapeseed oil yang bagus untuk kesihatan kulit bayi. Jadi selain melegakan batuk dan selsema, anak juga mendapat manfaat kesihatan lain dari Resty Oil ini.
Ubat Selsema Jenis Mandian
Mandian ini dirumus dengan bahan-bahan yang dapat membantu mencairkan hingus dan kahak. Dalam pasaran mempunyai banyak jenis mandian seperti mandian berasaskan lemon dan sebagainya.

Di Tasneem Naturel kita ada CF-Rub body wash sangat HOT SALE. Mandian ini mendapat maklum balas positif bukan sahaja cepat menghilangkan selsema malah membantu menurunkan suhu badan ketika demam.
Klik di SINI untuk dapatkan konsultasi produk Tasneem Naturel.
Penyedut hingus
Bila dah selsema masalah hidung tersumbat pun datang. Anak jadi sukar bernafas dan susah tidur. Jadi penyedut hingus penting untuk membantu mengurangkan hingus di dalam hidung. Tetapi ia sekadar menyedut, tidak membantu untuk mencairkan hingus dan merawat selsema.

Penyedut hingus jenis manual boleh didapati di kebanyakan kedai bayi dan farmasi

Penyedut hingus automatik dapat menyedut dengan lebih efektif. Namun pastikan hingus sudah cair sebelum disedut untuk elakkan kesan sampingan pada hidung bayi
Jadi sebelum sedut pastikan hingus anak cair dahulu supaya tidak menyakiti dinding hidung anak yang masih lembut. Gunakan sapuan yang saya kongsikan di atas yang dapat cairkan hingus, kemudian sedutlah menggunakan pelbagai penyedut hingus yang ada di pasaran.
Semua jenis ‘ubat’ ini selamat digunakan untuk bayi dan kanak-kanak. Yang penting gunakan dengan cara yang betul dan bawa anak berjumpa dengan doktor apabila selsema makin berlarutan.
Kalau anak kecil kena selesema memang risau. tapi nak kena hati2 gak dlm memilih ubat yg sesuai
betul. biar berlarutan nnti datang masalah lain pulak.