Menulis adalah kemahiran penting bila anak memasuki alam persekolahan. Namun tak semua anak dapat menulis dengan baik walaupun sudah ke sekolah rendah.

Kemampuan menulis sangat berkait rapat dengan perkembangan otot tangan, kerana anak perlu menggunakan kemahiran motor halus dan kasar semasa menulis. Kebanyakan kanak-kanak hari ini kurang aktif menggunakan jari ketika bermain kerana banyak bermain menggunakan gajet.

Senaman-untuk-Mudahkan-Ajar-Anak-Menulis
Kemampuan memegang pensel dengan betul sangat berkait rapat dengan perkembangan motor pada tangan anak kecil

Kerana itu ibubapa perlu kerap membuat aktiviti ataupun senaman yang merangsang perkembangan motor anak-anak sekaligus memudahkan untuk ajar anak menulis kelak. Saya kongsikan beberapa aktiviti mudah dah sesuai dijalankan di rumah semasa bercuti.

Main botol air jenis semburan atau picit

Sumber gambar: howwemontessori.com

Anak kecil memang suka main air kan, jadi boleh tingkatkan kesukaran dengan masukkan air dalam botol spray. Anak pasti teruja melihat semburan air yang keluar dan terus menekannya berkali-kali walaupun sukar.

Ini secara tak langsung akan menguatkan otot-otot pada tangan anak. Begitu juga dengan botol jenis picit, anak kecil perlu menggunakan tenaga yang banyak untuk melakukannya. Ia aktiviti mudah yang menarik untuk anak kecil, cuma ibu bapa perlu uruskan tempat yang sesuai supaya tidak menimbulkan huru hara kemudiannya. ^_^

Sumber gambar : Tinkerlab.com

Bermain manik atau mainan bersaiz kecil

Untuk memegang objek saiz kecil, kita perlu gunakan jari bukannya tapak tangan seperti kebanyakan anak kecil. Jadi untuk melatih anak kecil menggunakan jari, mereka perlu diberi peluang memegang benda-benda yang kecil.

Isunya kebanyakan benda kecil adalah berbahaya pada kanak2 jika dimasukkan ke dalam mulut. Jadi kerana itu terdapat pelbagai mainan menggunakan objek2 kecil seperti manik direka supaya anak kecil dapat bermain dengan selamat. Gunakan mainan begini sebaiknya kerana ia sangat membantu perkembangan otot tangan di sambing meningkatkan fokus dan koordinasi mata-tangan.

sumber gambar : playfulbee.com

Menuang air dalam dalam bekas

sumber gambar : firstcryparenting.com

Tuang air aktiviti yang mudah untuk kita, tapi mencabar untuk anak kecil kan. Untuk tuang tanpa tumpah memerlukan pada pengulangan yang kerap sehingga anak mahir. Anak akan leka bermain dan terus bermain hingga otot tangannya kuat sekaligus perkembangan motor nya juga lebih baik.

Letupkan buble wrap

Zaman shopping online ni buble wrap jadi sesuatu yang mudah ditemui di mana2 kan. Bukan macam kita dulu2, sesekali mak ayah beli barang baru ada bubble wrap, berebut2 semuanya nak picit.

Rupa-rupanya aktiviti semudah memicit bubble wrap ni pun sangat bagus untuk anak kecil. Ia menyeronokkan dalam masa yang sama otot tangan pun bertambah kuat. Kalau google akan jumpa macam-macam aktiviti menarik boleh dibuat menggunakan bubble wrap.

Bubble wrap bukan sekadar pembungkus barang, tapi dah jadi salah satu hot item untuk aktiviti homeschooling sekarang ni.

Bermain playdoh

Playdoh mainan evergreen yang melalui pelbagai inovasi hingga boleh dijual dengan harga premium. Namun mahal atau murah sifatnya masih sama, ia sejenis bahan yang boleh dibentuk sesuka hati tanpa batas.

Dan ia menjadi mainan yang melekakan anak kecil, malah mengujakan mereka sehingga seringkali berlaku adegan anak kecil masukkan playdoh dalam mulut. Ia adalah manifestasi keterujaan sebenarnya, tapi seringkali menjadi bahan amarah kita. Kesian anak2 kan.

Perkara begini boleh dielakkan dengan kita buat sendiri playdoh tu menggunakan bahan yang selamat jika termakan. Kemudian peruntukkan masa untuk main bersama anak-anak, supaya dapat mengawal dirinya daripada memasukkan playdoh ke dalam mulut.

Sangat rugi kita jauhkan anak dari playdoh kerana ia sudah terbukti sangat bagus untuk kuatkan otot tangan anak-anak kecil. Jadi kita sebagai ibubapa perlu bijak uruskan keadaan ini, bukan disekat terus.

Mudah kan 5 senaman yang saya kongsikan di atas. Walaupun nampak mudah tapi impaknya sangat bagus untuk perkembangan anak-anak kita. Semoga kita sebagai ibubapa sentiasa berusaha peruntukkan masa untuk anak kecil supaya kelak anak akan lebih bersediakan mempelajari kemahiran yang lebih sukar.