Bila jumpa kawan2 yang sama2 berbisnes, ramai yang tanya soalan ni.

Macam mana nak kekalkan momentum dalam bisnes?

Pada saya benda ini biasa masa awal2 kita mula berbisnes, sebab belum faham macam mana rentak orang berbisnes. Bila kita dah belajar macam2 ilmu, dah lalui beberapa fasa dalam bisnes perkara macam ni tak sepatutnya jadi isu la.

Orang bisnes sentiasa energetik untuk mencapai impian

Sebab nak bisnes memang kena ada momentum, kalau tak macam mana nak gerak sebab takda orang yang akan datang ketuk kita sepanjang masa. Segalanya mesti bermula dari diri sendiri.

Tapi dari pengalaman saya semua orang yang berjaya memang ada cara tersendiri untuk kekalkan momentum. Dan ini antara yang kita boleh amalkan untuk sentiasa kekal bersemangat dalam bisnes.

1. Faham apa tujuan anda DI SINI?

Kenapa kita lahir ke dunia ni?

Nak bersenang lenang? 
Nak menikmati dunia yang sementara? 
atau Nak buat sesuatu yang ada nilai DI SANA?

Tujuan itu menentukan apa yg kita kan buat setiap hari. Semakin besar tujuan hidup kita utk akhirat, kita akan semakin sibuk melangsaikan pelbagai amanah.

Jadi kita takda masa nak fikir down ke, bengang dengan orang lain ke, takda mood ke semua tu sikap bila kita pentingkan diri sendiri. Kalau kita lebih fokus pada orang yang nak dibantu, kita tak sempat nak layan perasaan kita berlama-lamaan.

2. Jaga hubungan dengan Allah.

Jaga kualiti ibadah utama, solat awal waktu dan puasa sebaiknya. Tingkatkan usaha untuk tampung dengan ibadah sunat. Banyakkan baca Al Quran setiap hari dan berzikir sebanyaknya.

Ibadah akan menggugurkan beban2 dosa yg ditanggung, kita akan lebih ‘ringan’ meneruskan langkah dalam hidup. Tidak ada kekuatan yang lebih besar dari kekuatan yan dipinjamkan oleh Yang Maha Kuat.

3. Iqra’

Bacalah kerana buku terhasil dari penulisan orang2 yang bermotivasi dalam kehidupan. Jadi bila kita baca tulisan mereka, energi orang berjaya akan mengalir dalam diri kita. Buku akan jadi penyelamat bila anda kekontangan idea mahupun ketika kelemauan bertindak.

4. p=mv. 

Rumus fizik menyatakan momentul bersamaan dengan jisim kali halaju. Jadi momentum akan wujud bila sesuatu objek tu bergerak, walaupun perlahan. Jadi apa pun yg kita buat, jangan sesekali berhenti, buatlah jugak walaupun sedikit sebab tenaga lebih besar diperlukan untuk gerakkan semula objek yg berhenti.

5. Tak perlu jadi superwoman

Cukuplah jadi yang terbaik dalam pandangan DIA. Amanah sebagai isteri, ibu, anak, ahli masyakat kita usahakan sehabis baik, tapi yg jauh lebih penting semuanya untuk DIA. 

Tak capai ‘spesifikasi’ manusia takpa, yg penting Allah suka. Jangan buang masa dengan benda2 remeh yg akhirnya kita letih kerana nak puaskan hati MANUSIA¬†.

In syaa Allah dengan beramal dengan semua yang saya kongsikan ini, momentum bisnes sentiasa ada. Hanya tahap2 nya berbeza mengikut kekuatan diri sendiri dan sokongan luaran.

Kesimpulannya nak kekalkan momentum semuanya bermula dengan diri sendiri. Kita sendiri kena ada faktor tolakan yang kuat dalam diri untuk terus bergerak setiap hari.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge