Pagi-pagi tadi saya turun ke padang permainan sekejap. Rutin harian, ambil angin pagi sambil senaman ringan sikit. Awal pagi juga adalah waktu yang bagus untuk buat teknik pernafasan dan visualisation.

Cuma pagi ni ketenangan tu terganggu sikit dengan suara anak kecil jiran mengamuk. Saya selalu ja selisih dengan jiran ni, biasa anaknya ceria ja pagi-pagi. Pagi ni adalah sesuatu yang tak kena dengan emosinya, sampai ibunya terpaksa tunggu reda baru boleh bergerak keluar. Ya lah, nak dukung adik kecik lagi. Nak layan anak besar meronta lagi.

Begitulah rencah awal pagi bila ada anak sedang membesar. Teringat 4 tahun dulu ketika anakanda Fateh usia 3 tahun, saya dah mengendong anakanda Faqihah. Pagi adalah waktu yang kritikal untuk kami.tipsurusanakwaktupagiKalau suami ada tu kira lega banyak la dia akan tolong angkut beg dan anak ke kereta. Siapa yang duduk apartment faham la macam mana renyah nya nak uruskan mereka ni awal pagi. Dengan segala macam beg yang kena bawak, memang sangat membantu bila suami hantarkan.

Tapi kalau suami outstation, semua saya kena handle sendiri. Waktu-waktu macam ni memang kena ambil langkah berjaga-jaga lebih sikit la. Silap percaturan alamat lambat la sampai tempat kerja.

Ok, ini antara tips yang saya amalkan supaya dapat uruskan anak dengan lebih tenang.

Sediakan semua kelengkapan pada waktu malam

Banyak kan kelengkapan ibu bekerjaya ni. Dari beg tangan sendiri, beg kerja, beg pam susu, beg taska anak, beg susu perahan (EBM), beg makanan, beg botol air..Fuhh, itu yang gaya nak pergi keja bawak barang macam nak jual bag. 😛

Jadi semua ni dah siap kemaskan pada waktu malam, dan letak satu tempat. Lagi bagus lekat checklist dekat beg tu untuk benda-benda yang nak urus pagi-pagi. Macam masukkan icepack, ambil EBM, bubur dan sebagainya. Ini untuk pastikan benda tu tak tertinggal pada waktu pagi yang kritikal.

Saya pernah tertinggal bekalan susu anak pada hari nak pergi temuduga pengesahan jawatan. Fuh..apa nak dikata. Benda lain boleh lagi nak cari ganti, susu kena la ambil jugak. Lambat pun nasib la.

Beritahu anak perjalanan waktu pagi

Bila suami tiada di rumah, saya akan slowtalk dengan anakanda Fateh pada waktu malam sebelum tidur. Saya sebut apa yang dia perlu buat.

Esok Fateh kena bangun pagi-pagi bila ummi kejut. Lepas tu mandi baik-baik tak payah nangis-nangis ya. Dah siap pakai baju Fateh kena jalan sendiri pergi kat kereta. Abah takda nak dukung Fateh.

Cakap ja walaupun anak tu belum boleh bercakap. Percayalah anak kecil ni bijak, mereka dapat memproses maklumat yang kita sampaikan itu dengan baik.

Bedtime story telling

Dan alhamdulillah biasanya bila saya buat macam tu, esok harinya anakanda Fateh sangat mudah diuruskan. Tiba-tiba ja rasa macam dia dah besar hari tu. ^_^

Pastikan anak mendapat tidur yang cukup

Ya, kalau tidur tak cukup memang mudah sangatlah anak nak meragam. Keperluan asas tak dipenuhi kan. Jadi benda ni kena aturkan elok-elok. Kalau anak memang jenis lambat tidur malam ni kena ikhtiar untuk ubah rutin tidur anak. Boleh guna balm Sleeptime untuk stabilkan hormon tidur anak dan mendapat tidur malam yang mencukupi.

Dan pastinya ibu pun kena lah dapat tidur yang mencukupi kan.

Arahan yang jelas

Anak yang masih membina segala kemahiran itu memang pergerakannya lambat. Tambah pula selalu berubah fokus buat benda lain. Jadi tugas kita sebagai ibubapa adalah  bimbing mereka untuk bertindak dengan cara yang betul.

Sebut dengan jelas apa yang anak perlu buat.

Fateh pakai baju

Fateh letak butang baju betul-betul

Fateh makan roti sampai habis, baru belek buku

Fateh MASA pakai kasut, mata tengok kat kasut.

Beri arahan yang pendek tapi jelas apa yang anak perlu buat. Tak perlu ulang berkali-kali cepat..cepat..cepat!

Anak tak faham kenapa perlu cepat. Dunia anak kecil adalah dunia bermain, yang nak cepat tu kita sebab nak kejar punch card. Jangan paksa anak masuk dalam masalah kita, tapi latih dia supaya tahu cara urus diri dengan cepat.

Gembira ke sekolah

Anak pergi ke sekolah dengan gembira dapat membantu ibubapa menjalani tugas seharian dengan tenang

Doa, doa dan doa

Ya, doa ni bukan takat nak anak sihat, nak ambil periksa dan sebagainya. Semua rutin harian yang orang nampak kecil pun kita kena berdoa. Sebelum tidur, doa supaya Allah mudahkan urusan pagi-pagi. Kita dapat bangun awal, anak tak meragam, anak menyusu tak mengempeng lama-lama sampai mak tertidur balik.

In syaa Allah, kita dah sediakan minda sejak waktu malam. Esoknya kalau anak meragam pun kita lebih tenang nak uruskan. Kalau tertinggal barang pun kita masih cepat berfikir penyelesaian. Kerana kita berada dalam mood yang tenang.

In syaa Allah bila kita usaha supaya dapat lalui waktu pagi dengan baik, kita akan lihat bagaimana keadaan akan berubah menjadi lebih baik. Tiada masalah yang tidak boleh diselesaikan. Yang lebih penting kita tidak perlu marah-marah anak pada waktu pagi. Bukan anak ja stress, ibu pun dah hilang aura positif dari pagi hari.

Jadi marilah kita usaha supaya anak dan ibu sama-sama dapat lalui sepanjang hari dengan gembira.