Agen Tasneem Naturel Ayer Keroh, Melaka

0
48
views

Hai, saya Nurul Huda Binti Ramli. Lebih mesra dengan panggilan Huda. 

Saya berasal dari Bachok, Kelantan dan sekarang menetap di Melaka hampir 9 tahun. Saya berusia 32 Tahun, sudah berkahwin dan dikurniakan sepasang cahaya mata berumur 5 tahun dan 2 tahun.

Saya adalah seorang surirumah sepenuh masa dan menjalankan bisness produk bayi keluaran Tasneem Naturel sejak pertengahan tahun 2018 dan bergiat aktif sehingga kini. 

Alhamdulillah, saya juga merupakan salah seorang daripada pengguna produk keluaran Tasneem Naturel untuk anak-anak dan keluarga. Buat pertama kali saya menggunakan produk ini ketika anak kedua saya berumur 3 bulan dan diserang batuk berkahak selama hampir 2 bulan. Macam-macam saya ikhtiar dari rawatan tradisional hingga ke rawatan moden. Semuanya tidak membawakan hasil seperti mana yang saya mahukan. 

Akhirnya saya dan suami ambil keputusan untuk cuba menggunakan salah satu balm dari tasneem. Alhamdulillah, dengan cara penggunaan yang betul, seminggu anak saya dah baik sepenuhnya. Syukur pada ALLAH.

Melihat keserasian anak-anak dan keluarga mengguna produk ini setiap kali anak menghadapi masalah membuatkan hati saya kuat menyatakan yang saya harus menyebarkan kebaikan dan manfaat produk ini kepada ibu bapa diluar sana. Akhirnya saya membuat keputusan untuk menjadi Sebahagian daripada keluarga tasneem.

Oh ya, jika ibu bapa kat luar sana yang ada kerunsingan tentang masalah yang biasa dihadapi oleh anak-anak kecil Pengedar Tasneem Naturel Melaka sedia membantu anda semua.

Jika ada kelapangan boleh usyar di ig balm_tasneem_melaka atau di fb page ah_shoppe.

Selain daripada itu juga, saya menyediakan servis penghantaran ke kawasan sekitar Bandar Melaka. Ibubapa yang inginkan produk Tasneem Naturel boleh hubungi melalui wasap atau hubungi terus ke nombor 017-6392176

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge