
Assalamualaikum.
Hai saya Nuraida Mohd Harith. Boleh panggil saya, Aida. Saya berasal dari Plentong, Johor Bahru, Johor dan sekarang menetap di Kuala Nerus, Terengganu. Alhamdulillah dah hampir 7 tahun bermastautin di negeri Terengganu Darul Iman.
Saya berusia 38 tahun dan merupakan Ibu kepada 3 cahayamata. Yang sulung merupakan anak lelaki berusia 7 tahun, yang kedua perempuan berusia 5 tahun dan yang bongsu anak lelaki berusia 11 bulan. Alhamdulillah rezeki, orang tua kata, selang
bunga.

Saya merupakan seorang suri rumah sepenuh masa yang juga menjalankan bisnes ‘online’ dari rumah. Saya menjadi pengedar sah bagi produk Tasneem Naturel sejak dari bulan Ogos 2019. Alhamdulillah saya juga merupakan pengguna setia bagi produk Tasneem Naturel ini juga. Saya berasa seronok dapat berkongsi kebaikan produk berasaskan bahan semulajadi ini dengan semua.
Hobi saya ialah membaca. Aktiviti membaca tu bagaikan terapi buat diri saya. Saya sangat suka membaca buku atau artikel berkaitan tips parenting, petua berasaskan bahan semulajadi dan juga motivasi. Hobi ini sudah diterapkan oleh Ibu dan ayah sejak kecil. InshaaAllah saya akan cuba untuk memupuk minat membaca dan membudayakan ilmu ini kepada anak-anak pula.

Itulah serba sedikit tentang saya.
Sekiranya anda mencari alternatif rawatan anak berasaskan bahan semulajadi dan Essential Oil yang terbukti selamat tanpa kesan sampingan, anda boleh dapatkan dari saya sebagai Pengedar balm Tasneem Naturel Kuala Nerus Terengganu. Saya juga membuat servis penghantaran produk Tasneem di sekitar kawasan Kampung Tok Jiring, Batu 6, Padang Air dan kawasan yang berhampiran.
Anda juga boleh follow saya di Instagram balm_tasneem_kuala_nerus , blog nuraidamohdharith.blogspot.com dan FB Page Tasneem Kuala Nerus Terengganu. Sebarang pertanyaan berkaitan produk Tasneem boleh juga hubungi saya melalui applikasi Whatsapp atau talian telefon 0127960804