
Assalamualaikum dan salam perkenalan dari saya.

Alhamdulillah nama diberi Rosikah binti Noh. Bagi mana yang belum kenal boleh panggil dengan panggilan Kak Rose atau pun Kak Ikah.
Kak Rose berasal dari Jitra, Kedah. Setelah tamat sahaja alam persekolahan tingkatan 5, Kak Rose dah mula hidup merantau. Dari Kedah ke Pahang, dari Pahang ke Perlis, dari Perlis ke Pulau Pinang.

Kini, Kak Rose menetap di Kulai, Johor setelah ditemukan jodoh dengan suami Mohamad Shukri bin Hj.Idris. Alhamdulillah dikurniakan empat orang cahaya mata. Sudah hampir 15 tahun di Johor. Kerjaya hakiki Kak Rose adalah sebagai seorang guru yang mengajar mata pelajaran Biologi dan Sains di sebuah sekolah di daerah Kulai. Kak Rose memang minat Biologi sejak sekolah. Ijazah Sarjana Muda Kak Rose dari Universiti Sains Malaysia adalah Sains dengan Pendidikan, major kimia dan minor biologi.

Bagaimana Kak Rose mula mengenali Tasneem Naturel?

Kak Rose mendaftar menjadi agen Tasneem Naturel yang sah tanggal 28 Mei 2018. Bagaimana Kak Rose ni sejenis yang memang suka berniaga. Sejak zaman sekolah lagi Kak Rose minat berniaga. Sampai ke hari ini masih berniaga. Kak Rose berniaga sebab Kak Rose suka membantu. Kadang-kadang tu, benda tak ada pun, tapi sebab ada yang bertanya pada Kak Rose, jadi Kak Rose akan usahakan cari untuk memenuhi keperluan orang disekeliling. Kak Rose suka tolong orang. Alhamdulillah apabila Kak Rose dengan Tasneem Naturel, Kak Rose boleh tolong lebih ramai orang. Kak Rose dapat bantu ramai ibu-ibu menyelesaikan masalah anak-anak mereka seperti kembung, tantrum, tidak tidur lena, batuk, selsema dan sebagainya. Manfaat balm tasneem dikongsikan bersama.

Kawasan Kulai, Senai dan Kelapa Sawit Kak Rose sedia untuk COD.
- Boleh hubungi Kak Rose di:-
- Whatsapp: 013-7632179
- Fb profile : Rosikah Noh
- Fb page: Anugerah Niaga
- Instagram: tasneem_naturel_kulai