Lin Jamal berasal dari Johor dan kini menetap di Seremban. Sudah berkahwin dan mempunyai dua orang anak. Pernah memegang jawatan arkitek landskap di dua buah syarikat swasta sebelum meletakkan jawatan pada 2013.

Tidak betah untuk duduk diam di rumah, Lin mula berniaga di atas talian. Pernah menjual set cadar dan comforter, tudung, telekung, popia bersalut cheese, kad pintar anak-anak, biskut raya dan macam-macam lagi. Tapi semua dilakukan tanpa ilmu bisnes yang benar. Bak kata orang, main redah saja.

Sebenarnya Lin seorang yang gemar makan. Lihat saja post di facebook dan blognya, kebanyakannya mengenai makanan. Haha. Selain itu, Lin juga gemar melakukan aktiviti riadah. Ada masanya gemar untuk duduk di rumah saja.  Duduk rumah pun tak menang tangan dibuatnya.  

Mula mengenali Tasneem Naturel melalui adik iparnya yang kini menjadi ‘mak bisnes’. Apa yang membuatkan Lin tertarik dengan Tasneem adalah kerana baunya. Bauan pertama yang membuatkan Lin jatuh cinta, CalmTime balm. Bau chamomile yang sangat menyenangkan dan mendamaikan. Di dalam hati berkata, mesti kena beli balm ni. Terasa serasi sangat dengan jiwa. Barulah kurang menjadi ‘mak kau hijau’. Haha.

Suka dan serasi dengan produk berasaskan minyak pati, tawaran untuk menyertai keluarga besar Tasneem disambut dengan tangan terbuka. Niatnya semoga lebih ramai yang mendapat manfaat dan kebaikan daripada tumbuhan ciptaan Tuhan ini.

Maka, bermula Disember 2017, Lin mendaftar menjadi agent Tasneem Naturel yang sah untuk kawasan Seremban dan Sendayan.

Boleh hubungi Lin di:

Whatsapp : 012-716 3342

Blog : linjamal.blogspot.com

FB page : Tasneem Sendayan