
Teks : Olahan oleh Sakina Hamid dari www.otplan.com
Gambar : Google
Kemahiran menulis adalah penting dalam memupuk minat anak kepada proses pembelajaran. Namun kemahiran ini sebenarnya bukan bermula apabila anak sudah bersedia ke sekolah, malah lebih awal lagi. Kamahiran pra-tulis ini perlu diasah dalam aktiviti anak seharian sehingga anak dapat menulis dengan betul tanpa perlu melalui fasa pembelajaran yang serius.
Mari kita semak mainan harian anak-anak yang bagus untuk mengasah kemahiran pra-tulis.
1) Main lompat tali
2) Bermain bola tampar
atau apa-apa mainan yang tangan/raket dalam keadaan tapak tangan mengadap ke atas
3) Main botol air
Botol air jenis spray dan picit
4) Mainan manik
Permainan di mana hujung jari lain menekan ibu jari
Dapatkan Lacing Beads untuk anak anda di SINI
5) Menuang Air
gunakan jug untuk tuang air ke dalam gelas pada kuantiti tertentu
6) Mengetat dan membuka skru
7) Letupkan buble wrap
8) Bermain playdough
9) Bermain turkey baster (penitis besar)
10) Bermain kolaj
Koyakkan kertas kepada cebisan kecil dan lekatkan pada gambar
Semoga perkongsian ini dapat menyuntik idea kepada ibubapa untuk membuat aktiviti pra-tulis bersama anak-anak.
Selamat beramal
Mencari produk pendidikan untuk anak 1-5 tahun? Dapatkan di Kedai Cikgu