
Teks : Sakina Hamid
Foto : Sakina Hamid
Mainan berterabur bagaikan petunjuk bahawa rumah mempunyai anak kecil. Ia sesuatu yang menyakitkan mata, namun ada masanya kita boleh manfaatkan keadaan ini untuk beraktiviti bersama anak-anak.
Mari kita lihat bagaimana untuk ambil kesempatan dan mainan anak yang berterabur ini untuk mewujudkan aktiviti yang berfaedah. Sekaligus mainan pun sudah siap dikemas oleh anak-anak selepas habis beraktiviti.
1) Pengkelasan warna
- Setiap anak akan sebut warna pilihan masing-masing
- Beri tempoh (2 minit contohnya) untuk anak ambil semua mainan warna pilihannya
- Sebaiknya keluarkan mainan yang bukan warna pilihan
2) Mengira
- Beri masa untuk anak mengira bilangan mainan yang berjaya dikumpul
- Tulis bilangan pada kertas
4) Susun
- Susun mainan tadi untuk membentuk rantaian terpanjang. Anak akan belajar cara susunan yang akan menjadikan rantainya lebih panjang,
5) Ukur
- Ukur panjang rantai tadi menggunakan pita mengukur
- Tulis panjang pada kertas
6) Banding
- Banding warna apa yang paling banyak bilangannya
- Bandingkan rantai mana yang paling panjang
Dan akhir sekali boleh lah lumba masukkan mainan itu dalam bekas simpanan. Selesai..
Antara kemahiran yang anak pelajari semasa mengemas mainan berterabur ini ialah
+ Pengkelasan
+ Mengira
+ Menyusun dengan teknik yang betul
+ Menulis data
+ Mengukur
dan pelbagai nilai yang boleh diterapkan oleh ibubapa sepanjang beraktiviti bersama anak-anak. Selamat ambil kesempatan dari mainan berterabur!