Risau kan kalau anak malas nak bercakap..sebut nama benda boleh ja, tapi ada orang tanya buat bolayan ja..

Kadangkala kita keliru antara BOLEH BERCAKAP dengan BOLEH BERKOMUNIKASI. Kebanyakan anak boleh bercakap, tapi malas berkomunikasi. Semasa berumur 3 tahun, Fateh sudah kuasai lebih dari 100 perkataan, dia dapat menyebut dengan betul bila ditunjukkan gambar/objek. Tapi bila orang lain bertanya ; sunyi tanpa jawapan.

Komunikasi adalah satu proses yang perlu dirangsang, terutamanya jika dia membesar dalam suasana yang kurang aktiviti komunikasi. Kalau ibubapa/pengasuh rajin ajak bersembang tu in sya Allah takda masalah.

Antara cara nak rangsang komunikasi anak adalah latihan oleh ibubapa itu sendiri. jangan ‘malas’ berkomunikasi dengan anak. contoh komunikasi malas yang pernah saya amalkan satu ketika dulu..

Ummi : fateh nak apa?

Fateh : susu

Ummi : ok

terus bancuh susu dan bagi. nak biskut terus sua ja. tidak ada rangsangan komunikasi.

Semasa merujuk anak ke bahagian terapi pertuturan, saya dilatih untuk BERKOMUNIKASI dengan anak..haha..rasa macam umminya ‘amat pandai’ berkomunikasi dah..tak lulus jugak nak ajar anak..

Komunikasi sepatutnya..

ummi : fateh nak apa?

fateh : susu

ummi : nak susu?

fateh : susu

ummi : nak susu?

Sebut ‘nak susu’ sampai anak pun sebut ‘nak susu’ juga. barulah boleh bagi susu kat dia. biar la sampai dia guling-guling, kalau sepatutnya umur tu dia dah boleh sambung 2 perkataan, kena rangsang sampai dia boleh sebut.

Bila dia dah mula sebut 2 perkataan, kita tak perlu sebut dulu. hanya buat isyarat tangan mengalukan dia sebut 2 perkataan.

Selepas beberapa hari, dia sendiri akan pandai sebut 2 perkataan. Kemudian diteruskan dengan 3 perkataan dan begitulah seterusnya.

Tidak ada jalan mudah merangsang percakapan akan melainkan terus berkomunikasi dengan anak. In syaa Allah bila anda konsisten melakukannya, selepas 2 bulan anak mula menunjukkan minat untuk berkomunikasi.

Dan selepas 6 bulan anda mula la penat nak layan dia bercakap..haha..

[Diadaptasi dari pengalaman merujuk anak kepada terapi pertuturan di HPP]

** Selain rangsangan percakapan, boleh juga bantu dengan rangsangan minda. Picit sini untuk maklumat lanjut. http://buff.ly/1Lqgcia