Minggu ni bacaan saya banyak berfokus pada topik selsema dan batuk. Kebetulan saya sedang berkongsi kebaikan balm semulajadi untuk mengatasi masalah ini. Selsema dan batuk ini masalah yang sangat biasa bagi ibubapa yang mempunyai anak bawah 3 tahun terutamanya bayi.

Sebagai ibubapa, kita perlu faham apakah punca berlakunya selsema. Biasanya selsema berlaku apabila virus menjangkiti saluran pernafasan atas di kawasan hidung, tekak dan laring.

organselsema

Selain itu selsema boleh berlaku sebagai reaksi alahan dari habuk, asap, wangian, bulu haiwan & debunga. Faktor perubahan cuaca seperti terlalu panas atau terlalu sejuk juga boleh menyebabkan selsema.

Bayi dan kanak-kanak sangat mudah terjejas dengan faktor-faktor di atas kerana  sistem imun yang rendah. Sebagai ibubapa kita perlu sentiasa memastikan anak kecil tidak terdedah kepada faktor-faktor yang boleh membawa masalah selsema.

Selsema pada peringkat awal adalah satu proses semulajadi badan membina ketahanan terhadap virus. Namun apabila ia berlarutan, ia boleh membawa masalah yang lebih serius seperti batuk berkahak dan demam.

Pada peringkat awal, sebaiknya anak tidak perlu diberi ubat terutama bagi bayi berusia 1 tahun ke bawah. Ibubapa boleh melakukan 3 perkara asas rawat anak selsema secara alami. Selain 3 perkara ini, bolehlah mencuba pelbagai petua yang menggunakan bahan semulajadi yang tidak berbahaya kepada kanak-kanak.

Penggunaan balm CoughCold dari Tasneem Naturel juga dapat membantu mengatasi masalah selsema dan batuk anak sejak bayi. Rumusannya dari bahan semulajadi selamat digunakan bagi semua peringkat umur.

CoughcoldTasneemNaturel

Balm Coughcold dengan kandungan minyak pati dari tumbuhan semulajadi selamat untuk merawar selsema dan batuk sejak bayi

Namun dalam mengamalkan petua-petua ini, penting untuk ibubapa ambil tahu bilakah perlu bawa anak berjumpa dengan doktor. Ini penting kerana pengetahuan kita sangat terhad mengenai dunia perubatan. Hanya mereka yang mempunyai kelayakan dapat diagnosa keadaan anak kita dengan lebih tepat.

Bagi anak berusia kurang dari 3 bulan, bawa berjumpa dengan doktor segera jika terdapat tanda-tanda selsema. Banyak kemungkinan yang boelh berlaku apabila bayi dijangkiti selsema terlalu awal.

Bagi bayi yang lebih dari usia 3 bulan, hubungi doktor jika

  • selsema berlarutan lebih dari lima hari
  • suhu anak anda melebihi 39 darjah C
  • dia mengalami sakit telinga, masalah bernafas, bunyi berdehit, batuk berlarutan;
    dia mengeluarkan mukus hijau yang pekat dan berlarutan dari hidungnya.

Sumber : babycenter.com

Teringat satu ketika saya pernah mengalami batuk berkahak yang berlarutan. Sebelum berjumpa doktor saya hanya amalkan petua-petua hiilangkan batuk yang banyak di internet ni. Bila berjumpa doktor saya bertanya sejauh mana petua-petua ini berkesan.

Beliau tidak memberi komen mengenai petua. Tapi beliau memberi panduan mudah. Jika kahak sudah bertukar kuning kehijauan, itu tandanya sudah dijangkiti virus/bakteria. Perlu ambil antibiotik untuk atasi masalah ini.

Jadi nak amalkan petua tu boleh, namun jangan dinafikan keperluan merujuk kepada mereka yang pakar. Rata-rata bacaan di internet ni hanyalah asas untuk mengatasi masalah selsema pada peringkat awal. Hanya mereka yang pakar sahaja dapat membuat memastikan tahap keseriusan sesuatu jangkitan.

Wallahualam.