Peperiksaan dah dekat, tapi anak langsung tak nak pegang buku. Dilema jadinya kan. Nak biar ke nak paksa.

Ok, ini pandangan saya. Dan ia sesuai untuk anak sekolah rendah terutama 9 tahun ke bawah.  Kita perlu lihat kesediaan anak untuk belajar (learning readiness). Benda ni tak sama. Ada yang sejak usia tadika dah nampak bersedia. Tapi juga dah darjah 4 pun tak nampak bersedia lagi.

Banyak faktor yang mempengaruhi. Faktor yang utama adalah rangsangan pada 7 tahun pertama. Selain tu faktor persekitaran dan genetik juga boleh menyumbang kepada kesediaan anak untuk berminat belajar menggunakan pen dan kertas.

kerjasekolah

Dalam menghadapi isu peperiksaan, sebaiknya anak nampak tak bersedia jangan dipaksa. Kalau sangat perlu ulangkaji pun pujuk ja. Tapi kalau tak nak juga jangan paksa. Paksa akan buat anak lebih sukar di urus. Ia mungkin menyelesaikan isu semasa, tapi membentuk sikap negatif ke dalam diri anak.

Dari segi konsep pendidikan, ujian adalah untuk menilai kemahiran yang sudah dipelajari. Jadi kalau anak kita dah pergi sekolah hari-hari, sudah buat latihan dan kerja sekolah yang cikgu sedia sepatutnya itu dah cukup.

Kalau sampai terpaksa cari kelas tambahan kat luar baru dapat melepasi penilaian, maksudnya cara penilaian atau aktiviti pembelajaran tu ada yang tak kena.

Memang la kita jadi ibu ni nak yang terbaik untuk anak. Tapi kena ingat terbaik atas kertas tak mesti terbaik untuk emosi dan psikologi anak. Tak dinafikan saya sendiri ada rasa risau tak bantu anak ulangkaji.

Tapi bila saya ajak anakanda Fateh ulangkaji, dia kata minggu lepas hari-hari cikgu ulangkaji. Lepas tu bila cikgu masuk waktu antara peperiksaan pun cikgu ulangkaji lagi. Lepas tu tak kan ummi pun nak ulangkaji benda sama jugak. Bosan la. -_-

Saya tersedar, kita tak suka exam oriented. Tapi kita pun masih lagi ‘tegakkan’ benda tu tanpa sedar. Cukuplah anak kita tertekan dengan apa yang dia terpaksa lalui, jangan kita pun meragut kegembiraan zaman kanak-kanaknya.

muridsekolahrendah

Mak sediakan hati yang lapang selapang padang bola untuk menerima apa jua keputusan anak kelak. Bukankah anak kita sudah melaksanakan tugasnya belajar setiap hari. Itu jauh lebih perlu kita hargai dari apa yang tercatat di kertas yang dijawab dalam 1 jam.

Wallahualam.