Teks : Sakina Hamid
Foto : Sakina Hamid & Google
Anak yang tak suka tulis guna pensel tidak bermakna dia tak minat menulis. Cuma dia lebih berminat dengan teknik yang lebih kreatif. Untuk anak belajar menulis, ia tidak semestinya bermula dengan pensel dan kertas.
Asas untuk anak belajar menulis ialah dengan teknik menyurih. Merujuk kepada buku ‘Didik Anak Jadi Pintar’, Kaedah menyurih (tiru bentuk sebenar) huruf terbukti dapat membantu anak mahir menulis dengan lebih cepat. Apabila anak telah dapat menyurih dengan baik, barulah mula menulis huruf titik-titik.

Flashcard Marker untuk bahan rangsangan aktiviti menyurih boleh didapati di SINI
Ada pelbagai teknik boleh digunakan untuk anak anda mula belajar menulis walaupun tak suka tulis guna pensel. Jom cuba satu-satu dan tengok kecenderungan anak anda.
1) Salt writing
Salt writing sangat bagus untuk kenalkan teknik menulis kepada anak. Selain anak dapat belajar menulis, aktiviti ini juga menggalakkan perkembangan motor halus. Dan pastinya aktiviti pembelajaran berakhir dengan kegembiraan anak ‘menikmati’ garam tersebut. Murah ja pun.
2) Sand writing
Ini selalu kita buat bila kat tepi pantai, tapi hanya untuk suka-suka sahaja. Lepas ni boleh lah dijadikan aktiviti yang lebih berobjektif. Dan mungkin lebih konsisten kalau kawasan rumah tu ada tempat berpasir. Cuma kalau kat tepi rumah tu sila lah pastikan kebersihannya ya.
3) Sky writing
Paling senang dan best, kat mana-mana pun boleh buat. Sambil menunggu, dekat taman permainan, sambil baring-baring pun boleh. Yang ni kalau anak kecik la mungkin kurang berkesan, dia tak boleh nak agak lagi. Yang dah besar sikit tu nak suruh tulis suku kata pun boleh.
4) Mirror writing
Ha..kat cermin pun boleh jadi tempat belajar ya. Ini anak suka buat bila bosan dalam perjalanan jauh. Asalnya tulis abjad, dah lepas tu macam-macam cerita ‘dilukis’nya kat cermin tu.
5) ‘Rainbow’ writing
Anak-anak suka warna warni kan. Boleh main pensel warna dengan dia sambil latih menulis. Ulang tulis huruf yang sama guna macam2 warna sampai jadi pelangi. Tapi pelangi ni ada lebih dari 7 warna! Ikutlah setakat mana yang anak berminat nak tulis. Kalau anak dah suka teknik ni kira dah hampir menguasai kemahiran menulis menggunakan pensel.
Kesimpulannya, anak tak suka tulis guna pensel bukan alasan kita tak latih dia menulis. Yang penting pendedahan awal. Bila dah selalu buat, minat untuk menulis tu akan datang sendiri. Tak perlu nak paksa pun. Silap-silap aribulan tak larat nak larang dia ‘mengajar’ kat dinding pulak..hihi..
[…] boleh melatih kemahiran menulis dan beraktiviti. Gambar yang besar boleh digunakan untuk anak menyurih. Selepas itu anak boleh mewarna seperti biasa atau menulis dengan Teknik Rainbow. Teknik rainbow […]
[…] Setelah mahir melukis garisan panjang dan bulatan, barulah mereka akan gabungkan bentuk-bentuk ini dalam satu gambar. Kebiasaannya anak akan mula melukis bentuk manusia. Ketika ini barulah sesuai untuk ibubapa perkenalkan cara menulis huruf. Namun tidak perlu terlalu khusus seperti menulis mengikut garisan putus-putus di dalam buku latihan yang tulisannya bersaiz kecil. Hanya sekadar untuk anak faham bentuk huruf sahaja seperti dikongsikan di SINI. […]
[…] ketika dulu saya tercari-cari aktiviti untuk merangsang minatnya menulis seperti dikongsikan di SINI. Sekarang ni pantang dapat kertas ja mula lah dia tulis-tulis huruf. Nanti datang bawakan pada saya […]
[…] tu barulah saya jumpa pelbagai teknik untuk melatih anak menulis tanpa menggunakan pensel. Lagi menarik rupanya. Dan Faqihah sangat suka belajar dengan teknik-teknik tu semua. […]