Apa itu Doodle Art?

0
194
views

Penat perjalanan semalam masih terasa, namun ia bukan alasan nak bersenang lenang. Banyak yang perlu dibereskan bila seharian berada di luar semalam. Namun penat bukan alasan untuk mensia-siakan peluang yang ada depan mata kan.

Saya rasa sangat bersyukur dapat bertemu dengan Puan Nor Abdullah semalam. Macam mimpi pun ada. Selama ni jumpa kat alam maya ja, memang tak sangka dapat bertemu muka kerana beliau menetap di Aran Saudi selepas berkahwin. Alhamdulillah kebetulan dia balik berjumpa keluarga, ada juga peluang anak-anak saya berguru dengan beliau.

Norabudyillustrator
Puan Nor Abdullah sendiri mula menyedari bakatnya dalam seni lukis lepas berkahwin. Dan mula menumpukan perhatian untuk kembangkan bakatnya

Melukis memang hobi anak-anak. Dan mungkin juga bakat. Namun ia jauh sama sekali dengan kemahiran yang ada pada saya dan suami. Kami menyedari bakat anakanda Fateh ketika dia berusia sekitar 4 tahun. Tika itu saya sedar banyak yang perlu saya lakukan untuk memastikan bakat ini terus subur. Saya tidak mahu menyerahkan semuanya pada nasib, sistem pendidikan mahupun keterbatasan diri.

 

Kerana itu saya letakkan keutaamaan untuk kembangkan bakat melukis anak-anak. Sediakan ruang dan peluang, selebihnya terpulang kepada anak-anak sejauh mana mereka mahu meneroka.

 

Kelas Doodle Art for Kids ni saya hadir bersama anak-anak tanpa kefahaman apa itu doodling. Cuma saya nampak sampel lukisan peserta lain macam lukisan Faqihah. Jadi saya daftarkan juga Faqihah walaupun belum cukup umur untuk jadi peserta bengkel. Dan mak pun kena la jadi peserta sekali.Haha.

apaitudoodleart apaitudoodleart

Bila dah belajar saya sedar yang memang Faqihah selalu doodling. Dia akan ambil kertas dan buat contengan demi contengan dengan bebas. Tidak terikat dengan watak mahupun jalan cerita. Segalanya mungkin dalam lakarannya. Dan akhirnya sekeping kertas penuh dengan lakaran comel.

apaitudoodleartapaitudoodleart

Berbeza dengan anakanda Fateh, dari mula melukis dia sentiasa ada tema. Ada watak dan jalan cerita yang mahu disampaikan. Jadi walaupun bengkel doodle, dia masih berusaha mengekalkan identitinya sebagai pelukis komik. Doodling not his things, but sure he learn a lot of things there.

Lebih penting lagi saya sebagai peserta lebih umur dapat bersemuka dengan orang yang memang pakar dalam bidang seni. Dapatlah saya bertanya kebuntuan2 saya bagaimana untuk terus beri sokongan anak. Benda-benda yang menghantui kita ni bila jumpa pakar senang ja nak selesai. Itulah mahalnya harga sebuah pengalaman.

apaitudoodleart
Pendedahan begini akan mencungkil bakat anak lebih awal dan dapat meneroka peluang yang lebih luas

Dalam pendidikan, kita tak perlu corak anak jadi apa yang kita mahu. Tapi kita boleh asah bakat anak sehingga bersinar dan cemerlang dengan cara mereka sendiri.

Semoga anak-anak kita dapat membesar menjadi diri mereka yang sebenar dan membawa manfaat yang besar kepada ummah. In syaa Allah. Boleh ikuti FB Nasrul Ustaz Kartun untuk dapatkan maklumat mengenai bengkel sebegini.

Previous articleTak Perlu Bela di Rumah Walaupun Anak Suka Kucing
Next articleSeronokkah Bekerja Dari Rumah?
Ibu kepada 2 orang cahaya mata. Sangat berminat dengan Pendidikan Awal Kanak-kanak. Menulis hasil dari pembelajaran sendiri dan pengalaman. Membekalkan produk pendidikan kanak-kanak untuk aktiviti homeschool. Boleh dihubungi melalui sms/whatsapp : +60194715407.
SHARE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here