
Sekarang ni dimana-mana pun kita akan jumpa minyak pati tumbuhan atau lebih dikenali dengan essential oil (EO) digunakan secara meluas. Pelbagai produk dari aspek kesihatan, kebersihan malah kesimbangan mental dan emosi dirumuskan menggunakan manfaat dari essential oil.
Jadi sebelum kita buat keputusan untuk memilih produk berasaskan essential oil, ada baiknya kita fahamkan dulu apa sebenarnya essential oil ni.
Apakah essential oil?
Essential oil (EO) adalah minyak pati semulajadi yang terdapat pada bahagian tumbuhan seperti batang, daun, buah, akar yang digunakan oleh tumbuhan tersebut untuk survivalnya seperti melindunginya dari jangkitan bakteria, pereputan dan sebagainya.

Jadi asalnya minyak ini adalah untuk digunakan oleh tumbuhan tersebut. Tapi dengan kebijaksanaan manusia, mereka telah lakukan proses penyulingan mengeluarkan minyak tersebut dari tumbuhan dan terhasil lah minyak pati tumbuhan atau ringkasnya disebut EO.
Dan bila minyak pati itu digunakan oleh manusia, maka manusia pun mendapat kebaikan dari minyak-minyak tersebut. Ha..begitulah sejarahnya. ^_^

Dan oleh kerana EO ni adalah bahan semulajadi, dan manusia pun makhluk semulajadi maka adalah sangat mudah untuk suai padan manfaat pada EO ini dengan keperluan manusia. Alhamdulillah.
Sejarahnya lagi, orang pertama yang buat proses penyulingan EO adalah Jabir Ibn Hayyan yang merupakan tokoh kimia terkenal dalam tamadun Islam. EO juga telah digunakan dengan meluas semasa Perang Salib untuk merawat tentera muslim yang cedera.

Ok kita dah tau yang EO telah digunakan zaman berzaman dan sudah terbukti keberkesanannya dalam pelbagai aspek. Sekarang mari kita lihat bagaimana EO berfungsi menambahbaik kehidupan kita.
Kebaikan essential oil untuk Minda
Essential oil dapat membantu meningkatkan mood, memori, fokus dan secara tak langsung akan seimbangkan tenaga dalam badan. EO juga membantu untuk mendatangkan rasa relax.
Contohnya dengan menghidu EO rosemarry, 75% memori dapat ditingkatkan. Ini kerana dalam EO rosemarry mempunyai komponen yang boleh melancarkan aktiviti minda.

Kebaikan essential oil untuk badan
Essential oil menjadi antiseptik dan rawatan semulajadi untuk badan. Kebanyakan EO adalah bersifat antivirus, antikulat dan antibakteria.
Tea tree oil adalah salah satu antiseptik yang telah terbukti dapat membunuh bakteria, fungus dan virus yang boleh menyebabkan jangkitan. Ada kajian menunjukkan luka yang dirawat menggunakan tea tree oil pulih lebih cepat dari menggunakan alkohol.

Selain itu essential oil juga dapat digunakan untuk menghilangkan rasa sakit dan mengurangkan inflamasi seperti lebam-lebam. EO juga dapat meningkatkan imuniti dan menggalakkan penghasilan hormon.
Kebaikan essential oil untuk jiwa
Essential oil telah digunakan zaman berzaman meningkatkan khusyuk dalam beribadah. Sebagai muslim disunnahkan memakai bau-bauan semasa solat.
Essential oil dari Frankinsence, Cedarwood dan Rose banyak digunakan dalam upacara keagamaan untuk meningkatkan penghayatan dan suasana yang lebih mendamaikan.

Itu adalah 3 cara bagaimana essential oil membawa kebaikan kepada manusia. Secara umumnya penggunaan essential oil akan meningkatkan kualiti hidup dan mengurangkan pergantungan kita pada bahan kimia berbahaya.

Kerana Tasneem Naturel mengambil inisiatif mengeluarkan produk sedia untuk digunakan berasaskan essential oil bagi memudahkan masyarakat mendapat kebaikannya terutama dalam produk untuk bayi dan kanak-kanak.
banyak rupanya function EO ni. ingatkan untuk tenangkan perasaan je. sebab bau dia best.
izwan recently posted…Ready Stock Face Mask COVID-19