Dr Danial Zainal Abidin kongsi Cara Elak dan Buang Sihir
in Umum

Cara Elak dan Buang Sihir, perkongsian Dr Danial Zainal Abidin

Cara Elak dan Buang Sihir ini disampaikan dalam Kuliah Tafsir bersama Dr Danial. Beliau ada ceritakan mengenai 7 perkara yang menghancurkan dari dunia sampai akhirat. Satu perkara yang dikupas panjang ialah perbuatan sihir. Perbuatan ini sangat dilaknat Allah sehingga ada ulama’ yang berpendapat orang yang buat sihir jatuh kafir. Dr Danial memberikan beberapa panduan asas untuk membentengi diri dari sihir. Saya catatkan disini untuk amalan kita bersama. Cara Elak dan Buang Sihir mesti Jaga solat 5 waktu Paling utama adalah menjaga solat 5 waktu. Solat pada awal waktu dengan tertib dan khusyuk. Buat amalan Sunat sebagai pendinding diri Sebaiknya membaca…

Continue reading
Kesan Buruk Penggunaan Gajet pada Kanak-kanak
in Ilmu Keibubapaan

Kesan Buruk Ketagihan Gajet kepada Kanak-Kanak

Kesan buruk ketagihan gajet kepada kanak-kanak ini adalah perkongsian dari doktor wad kanak-kanak. Boleh dikatakan semua ibubapa tahu ja kesan buruk penggunaan gajet pada anak. Namun tidak ramai yang mampu untuk mengawal anak-anak hingga membawa kepada ketagihan gajet. Seringkali ibubapa beralasan anak-anak akan mengamuk jika tidak diberikan gajet. Jadi terpaksa mengalah dengan kehendak anak. Pelik kan, macam mana kita yang dewasa ini terpaksa akur pada keputusan anak kecil yang kita tahu mereka masih mentah tentang kehidupan. Pasti ada kesilapan di situ. 2 Faktor ibubapa biarkan anak hingga mengalami Kesan Buruk Ketagihan Gajet Yang pertama kita tidak mempunyai ilmu bagaimana untuk…

Continue reading
doa-hilangkan-pening-dan-sakit-kepala
in Pengalaman hidup

Doa Hilangkan Pening dan Sakit Kepala dari Al Quran

Doa hilangkan pening dan sakit kepala ini saya dengar dari rakaman kuliah Tadabbur Al Waqiah dari Ustaz Dusuki. Dah seminggu dengar video ni tak habis lagi, tak jemu la dengar butir bicara ustaz yang sangat menyentuh hati. Tapi sampai satu ayat ni sentap la juga dengar bicara Ustaz Dusuki walaupun ditutur dengan lemah lembut. Masa tadabbur Surah Al Waqiah ayat ke 19, ustaz cakap ayat ini boleh diamalkan sebagai doa hilangkan sakit kepala sakit. Boleh bacakan pada air untuk minum, atau sapu pada bahagian kepada yang sakit. Ustaz cakap kita ni bila sakit kepala ja terus ingat panadol. Sedangkan penawar…

Continue reading
Pengalaman Kursus Perdana Haji di Kedah
in Pengalaman hidup, Umum

Pengalaman Kursus Perdana Haji di Kedah

Ini catatan pengalaman di kursus perdana haji peringkat negeri kedah tahun 2019 yang dikongsi oleh kakak saya, Ustazah Intan. Pengalaman di kursus perdana haji ni memang menggambarkan suasana di Mina & Arafah. Berkongsi tempat tidur yang sempit, beratur panjang untuk berwuduk, qodho hajat & mandi. Makan disediakan dalam bekas dan ikut menu yang ditetapkan. Sepanjang masa kena cepat dan cergas bergerak. Semua ni sangat mendidik untuk bersabar, mengalah, beratur & berdisplin. Alhamdulillah… sedikit letih namun seronok, bibit rindukan suami dah bermula ketika ini🙈🙈🙈. Asal ada peluang mesti cari & call. Nampak dari jauh dah hepi, rindu macam tak jumpa setahun🤣🤣🤣🤣 ….

Continue reading
Ubat Batuk dan Selsema yang Selamat untuk Bayi dan Kanak-kanak
in Ilmu Keibubapaan, Kesihatan bayi dan kanak-kanak

5 Ubat Selsema yang Selamat untuk Bayi dan Kanak-kanak

Ubat selsema yang selamat untuk bayi dan kanak-kanak ini adalah dari pengalaman menggunakan pada 4 orang anak saya. Ubat selsema memang tidak boleh diperolehi di klinik kerana ia tidak dibekalkan kepada pesakit bawah 2 tahun. Kebiasaannya jika bawa anak ke klinik kita hanya akan dapat ubat titis hidung yang membantu mengurangkan hidung tersumbat. Untuk keadaan yang kritikal, doktor akan bagi rawatan menggunakan nebulizer dan sonotron. Semua rawatan ini bertujuan membantu melegakan rongga pernafasan supaya anak dapat bernafas dengan normal kembali. Anak batuk dan selsema memang merunsingkan, apatah lagi kalau dah mula berjangkit sesama adik beradik. Kakak batuk depan adik, adik…

Continue reading
Tips Wanita Istiqamah Baca Al Quran Setiap Hari
in Pengalaman hidup

Tips Wanita Istiqamah Baca Al Quran Setiap Hari

Masa zaman muda remaja, kebiasaannya kita baca Al Quran lepas subuh dan maghrib. Waktu bujang kebanyakan masa adalah dalam kawalan sendiri. In syaa Allah boleh istiqamah. Tapi bila dah ada anak, makin bertambah tanggungjawab, mencabar nak pastikan saya dapat baca Al Quran pada dua waktu tu. Kalau subuh lambat bangun, atau sibuk urusan pagi sebelum keluar memang tak sempat pegang Al Quran pagi-pagi tu. Pergilah bekerja tanpa mulakan hari dengan kalimah suci.😑 Nanti lepas maghrib baru nak pegang Al Quran, anak mintak itu ini. Lagi best tak sempat nak bagi salam anak dah terlompat-lompat depan sejadah nak poo poo la…

Continue reading
http://sakinahamid.com/product/sleep-pillow-mist-tasneem-naturel/
in Umum

Sleepy Pillow Mist, Spray Tidur yang berkesan untuk atasi masalah susah tidur malam

Susah tidur malam boleh berlaku pada pelbagai peringkat umur. Anak kecil biasanya susah tidur malam pada peringkat susun pola tidur. Orang dewasa susah tidur malam atas faktor hormon, tekanan dan gaya hidup. Walau apa pun punca susah tidur malam tersebut, kita perlu cakna untuk mengubah keadaan tersebut. Kerana malam memang sudah dijadikan untuk berehat, jadi bila kita tidak dapat tidur malam dengan sempurna pasti akan memberikan kesan sampingan kepada kesihatan. Tidur malam yang nyenyak sangat penting untuk stabilkan hormon dalam badan. Untuk tidur nyenyak, badan perlu keluarkan hormon melatonin. Hormon ini akan keluar dengan sempurna apabila kita padamkan semua lampu…

Continue reading
kaedah-dan-teknik-hafazan-photographic-memory
in Ilmu Keibubapaan, Umum

Photographic Memory ; Kaedah dan Teknik Hafazan Al Quran Berkesan

Baru-baru ini saya berpeluang ikuti seminar separuh hari mengenai kaedah dan teknik hafazan Photographic Memory yang disampaikan oleh Ustaz Dr Kamilin Jamilin. Sebelum ini saya pernah beberapa kali melihat beliau bersama anak didiknya di kaca televisyen dan video Youtube. Memang kagum dengan kepantasan anak-anak didiknya mengingat semula Hafazan. Sangat cepat dan jitu jawapannya. Soalannya bukan sambung ayat yang bermula dengan … . Itu terlalu mudah bagi mereka. Soalan untuk mereka adalah seperti Dan pelbagai teknik soalan mencabar memori di tanya, tapi mereka dapat menjawab dengan pantas. Masya Allah. Malah bukan setakat hafazan Al Quran, mereka juga dapat menghafaz Hadith dengan…

Continue reading
Guru Pengurusan Kewangan Peribadi
in BIJAK NIAGA

Guru Pengurusan Kewangan Peribadi

Selepas satu fasa berbisnes, saya sedar selain ilmu bisnes saya perlu mahir ilmu pengurusan kewangan. Tanpa pengurusan yang betul, keuntungan bisnes akan habis begitu saja. Saya mula mencari seminar kewangan dan bila hadir ke seminar, saya pun sedar yang ilmu di media sosial yang saya belajar selama ini terlalu asas. Malah ada juga yang saya salah faham kerana penerangan yang terhad. Bahaya kan. Kita tak banyak masa nak belajar semua benda. Jadi bila kita dah buat keputusan dalami satu2 ilmu tu, carilah guru yang pakar dalam bidang itu. Di sini saya kongsikan 3 guru pengurusan kewangan peribadi yang saya rujuk…

Continue reading
suri hati mr husband
in Review

Buku Suri Hati Mr Husband, Bacaan Terbaik Wanita Yang Mahu Berhenti Kerja

Buku Suri Hati Mr Husband ni dah lama ada kat rumah, tapi tak terbaca. Baru ni melilau satu rumah cari buku nak baca, alih-alih jumpa buku ni kat rak stok. Alhamdulillah akhirnya Allah lapangkan masa untuk baca buku ni. Sekali duduk hampir separuh saya habiskan bacaan. Masya Allah tulisan yang sangat berbekas di hati. Buku ini adalah perkongsian pengalaman Puan Solihah Ibrahim melalui perjalanan sebagai surirumah setelah melepaskan jawatan sebagai penjawat awam. Bukan mudah nak buat pengorbanan macam tu kan. Tapi atas keazaman untuk berbakti pada keluarga dengan lebih baik, beliau sanggup memilih jalan yang sukar. Dan Masya Allah beliau bukan…

Continue reading
latih anak puasa di bulan ramadan
in Ilmu Keibubapaan

5 Tips Mudah Latih Anak Belajar Puasa

Latih Anak Belajar Puasa akan menjadi pengalaman berharga dalam kehidupan kita sebagai ibubapa. Pelbagai pengalaman menarik dan lucu sering berlaku sebelum anak benar-benar faham apakah itu ibadah puasa. Mengikut hukum kewajipan puasa hanya setelah mencapai akil baligh. Namun melatih anak berpuasa sejak awal juga disarankan untuk melatih jiwa anak anak yang lebih kental. Apa-apa ibubapa sendiri boleh menilai sejauh mana kemampuan anak untuk melaksanakan ibadah puasa. Suka saya kongsikan di sini 5 tips mudah latih anak belajar puasa dari pengalaman saya melatih anakanda Fateh dan Faqihah berpuasa ketika mereka berusia 6 tahun. Beri kefahaman mengenai ibadah puasa Apa jua perkara…

Continue reading
in Review

Minyak Terbaik untuk Kembung Perut Bayi

Minyak Terbaik untuk Kembung perut bayi ini adalah dari keluaran bumiputera muslim. Setiap keluarga pasti ada minyak kegunaan bersama yang jadi kesukaan turun temurun. Kalau kat Kedah minyak Gamat memang glemer. Masa dok Perak rumah sentiasa ada minyak angin Afiat. Masa anak kecil orang cakap minyak TYT bagus. Dan ada yang cakap minyak Yu Yee sangat berkesan. Pada saya, keyakinan jenis minyak ni bergantung pada pengalaman keluarga. Oleh kerana dah guna turun temurun, kita pun yakin ia berkesan untuk atasi masalah keluarga. Namun bagi saya keutaamaannya pastilah pada minyak terbaik untuk kembung yang diyakini suci. Dan sebaiknya keluaran muslim. Jadi…

Continue reading
Close