Biasanya ibubapa akan sedar anaknya lambat bercakap apabila kanak-kanak lain yang sebaya sudah mula bercakap. Keadaan ini sudah cukup untuk melahirkan kebimbangan pada hati ibubapa. Namun seringkali kebimbangan ini ditenangkan oleh cakap-cakap yang menunjukkan anak kita ok.

Alah budak-budak bukan sama. Ada jenis lambat. Nanti-nanti boleh la cakap tu.

Budak lelaki memang lambat sikit mula bercakap.

Jeng..ibubapa yang asalnya sudah terdetik kebimbangan mula berasa selesa. Walaupun kebimbangan itu kembali bertandang, tetapi memang fitrah manusia adalah sukar untuk menerima kenyataan yang negatif. Seboleh mungkin akan dineutralkan supaya semuanya ok.

Pengalaman Anak Lambat Bercakap

Dan itulah juga saya satu ketika dulu. <peace>

Walaupun hakikatnya anakanda Fateh sudah ingat banyak kosa kata, namun dia tetap dalam  kategori lambat bercakap apabila tidak mempunyai perkembangan bahasa yang selari dengan usianya. Pada usia 24 bulan sepatutnya kanak-kanak sudah boleh bercakap 2 perkataan, tetapi saya tidak peka dengan perkara  tersebut. Naluri ibu cuba menafikannya dan merasakan anak kita ok.

Muhammad Fateh bin Shamsul Ery

Hanya setelah anakanda Fateh mencecah 3 tahun saya semakin yakin dia mempunyai kelainan dalam perkembangan. Dan dari bacaan pelbagai sumber, memang jelas perkembangan bahasanya tidak selari dengan usia.

Lambat bercakap bukan masalah yang kritikal, tetapi apabila tidak diberi perhatian ia akan mengganggu proses pembelajaran seterusnya. Sebagai ibubapa, kita perlu faham apa maksud lambat bercakap (late talkers).

 ‘Late Talkers‘ adalah kanak-kanak yang berumur antara 18-30 bulan yang mempunyai kefahaman bahasa yang baik. Mereka biasanya mengikut perkembangan normal dalam kemahiran bermain, motor, pemikiran and sosial, tetapi hanya boleh menggunakan perkataan yang terhad untuk tahap umur mereka.

Ms Yong Ennie (speech-language pathologist)

Pengalaman Anak Lambat Bercakap

Jadi bagi memastikan anak kita bukan dalam kategori lambat bercakap, ibubapa perlu menyemak perkembangan yang sepatutnya berlaku pada usia tersebut. Untuk rujukan pantas, saya suka dengan tulisan Dr Zubaidi yang sangat mudah difahami ini.

  • Semasa bayi, bayi biasanya akan bagi perhatian kepada punca bunyi seperti orang bercakap, bunyi telefon dan sebagainya.
  • Kanak-kanak pada usia 1 tahun sudah mula keluarkan suara dan sebut dua patah perkataan ‘mama’,’papa’
  • Kanak-kanak berumur 12 – 15 bulan sudah boleh meniru perkataan yang didengari. Mereka juga sudah faham arahan mudah.
  • Kanak-kanak berumur 2 tahun sudah boleh bercakap 2 perkataan dan memahami 2 arahan mudah.

Dan senarai ini bersambung mengikut tahap umur. Baca lebih lanjut dari penulisan beliau di drzubaidi.com. Untuk penilaian yang lebih mendalam, ibubapa juga boleh melihat aspek perkembangan anak-anak dengan lebih terperinci seperti dinyatakan di dalam Jadual Perkembangan ini.

Pengalaman Anak Lambat Bercakap

Jadi seharusnya sebagai ibubapa kita perlu sedar apa pencapaian anak pada usia tertentu. Jangan disandarkan keraguan kita pada cakap-cakap orang. Malah kadangkala berlaku situasi di mana anak itu sudah dibawa jumpa doktor pakar kanak-kanak tetapi doktor menafikan keperluannya untuk mengikuti terapi pertuturan.

Hal ini mungkin berlaku kerana kebelakangan ini terlalu banyak kes kanak-kanak lambat bercakap yang berlaku atas faktor ketagihan gajet. Jadi pihak hospital kadangkala perlu menolak kes yang kurang kritikal untuk memberi laluan kepada mereka yang lebih memerlukan.

Kesan Buruk Penggunaan Gajet pada Kanak-kanak

Pendedahan melampau kepada gajet mewujudkan virtual autisme yang menggangu perkembangan jika tidak diatasi segera

Jadi ibubapa sendiri perlu persiapkan diri dengan ilmu untuk merangsang pertuturan anak setiap hari di rumah. Terapi pertuturan dan terapi fizikal yang konsisten adalah kunci untuk membantu anak boleh bercakap dengan segera. Untuk belajar teknik merangsang anak dengan betul, ibubapa boleh hadir ke bengkel terapi pertuturan yang disampaikan oleh terapis berpengalaman seperti Puan Ruby Atika.

Pengalaman Anak Lambat Bercakap

Speech Terapist mempunyai kepakaran untuk membantu anak yang lambat bercakap mengatasi masalah mereka

In syaa Allah dengan usaha yang betul dan berterusan, anak akan dapat kembali ke tahap perkembangan yang normal. Selain rangsangan pertuturan, rangsangan minda juga penting bagi memberikan hasil yang lebih baik. Pemakanan yang sihat untuk minda sangat membantu anak untuk kuasai kemahiran bercakap lebih cepat.