Mempunyai anak adalah impian setiap pasangan yang sudah berkahwin. Melayan kecomelan anak kecil memang kebahagiaan semua ibubapa. Namun bukan setiap masa anak akan kelihatan comel kan.

Bila mereka mula meragam dan merengek tanpa sebab, ia mengundang gelisah pada kita. Tambah pula bila kita berada di luar atau bersama orang ramai. Ini semua cukup untuk membuatkan ibubapa risau untuk membawa anak kecil keluar.

BalmCalmtimeMudahkanUrusAnakMeragam
Anak meragam di tempat awam boleh menjadi mimpi ngeri untuk ibubapa bawa anak keluar

Sebenarnya ada kaedah semulajadi untuk tenangkan anak kecil yang kerap meragam dan menangis tanpa sebab. Jika lihat kebiasaan ibu-ibu kita akan sapu minyak pada bayi selepas mandikan bayi, Ia satu amalan yang dapat bantu bayi bertenang.

Lagi bagus jika diurut menggunakan minyak pati tumbuhan (essential oil). Ada minyak dari tumbuhan tertentu yang dapat membantu bayi lebih tenang.

Penggunaan essential oil yang sesuai dengan bayi akan membantunya lebih tenang dan tidur lebih nyenyak

Hari ini segalanya sudah mudah. Balm Calm Time dari Tasneem Naturel ini telah dirumus dari minyak pati dari tumbuhan berkualiti. Balm ini dapat membantu badan mengeluarkan hormon tenang. Hormon ini akan memberi keselesaan kepada anak dengan mengurangkan tekanan dan keletihan.

Sebab itu balm calmtime ini dapat menenangkan anak yang selalu meragam dan tantrum. Anak yang tenang dapat memahami apa yang kita cakap dan lebih mudah diurus.

Balm calmtime dari Tasneem Naturel mengandungi minyak pati (essential oil) dari Marjoram, Bergamot, Roman Charmomile, Lavender, Orange, Geranium, Mandarin dan Frankinsense.

8 minyak pati (essential oil) yang terdapat di dalam balm calmtime ini memberikan manfaat yang sangat besar kepada tubuh badan. Kebanyakan pelanggan memberikan maklum balas positif dalam penggunaan balm calmtime untuk tenangkan anak meragam, tidurkan bayi baru lahir.

Anak dak tak mengamuk di tempat awam

“Calmtime tu sapu masa nak keluar rumah and after dia da penat2 main. So far Alhamdulillah diorang takda mengamuk2 dekat mall pun. Macam happy and good mood”

Anak mudah tidur dan lebih tenang

“Anak aktif sangat, bila letak calm tu tido plak. Mungkin semalam dia tengah mengantuk”

Anak dah tak perlu dukung sentiasa

“Bila sapu balm calm tu lpas mandi, dia boleh baring sorag2 kat tilam dalam 30 minit jugak. Sempat saya masak. Kalau tidak tak boleh duduk skekap pun, nak dukung aje”

Anak dah tak perlu tidur buai

“Alhamdulillah ada perubahan pakai calm tu. Malam2 dah tak payah tdo buai, tdo atas katil je..”

Ada juga ibu yang menggunakan balm calmtime untuk menenangkan anak yang menangis ketika dalam kerusi bayi (baby carseat). Semua ni adalah manfaat apabila anak berapa dalam keadaan tenang.

Balm calmtime ini juga mudah digunakan. Hanya oleskan pada tapak kaki, tulang belakang, pergelangan tangan dan belakang telinga. Molekul EO ini akan meresap dengan cepat ke salur darah dan manfaatnya akan tersebar ke seluruh badan dengan pantas.



Semoga kehadiran balm ini dapat membantu ibubapa menguruskan anak dengan lebih mudah. Tiada anak yang bermasalah cuma ia jadi masalah bila kita tak dapat penuhi keperluan anak tersebut. Semoga dengan anak berada dalam keadaan tenang kita boleh berkomunikasi dengan anak dengan lebih berkesan. Untuk tempahan balm ini boleh terus wasap kami ya.

balmtasneemnaturel