Beg Sekolah Anak Darjah 1

0
300
views

Sekarang ni ibubapa dah mula buat persediaan nak beli barang persekolahan anak-anak kan. Bila nak beli beg, antara persoalannya nak beli beg galas ke beg beroda.

Masa anakanda Fateh nak ke darjah 1, saya pun survey juga benda ni. Dari pandangan kita di luar pagar sekolah, nampak beg beroda macam praktikal. Tapi saya kongsikan pandangan guru sekolah rendah mengenai beg beroda.

1. Beg beroda biasanya lebih berat. Jadi anak memang kena tarik sepanjang masa walaupun dia nak naik tangga dan lalu tempat yang kurang rata. Jadi kalau ibubapa tahu lokasi kelas anak, agak membantu untuk buat keputusan jenis beg. Untuk kelas tahun 1 biasanya memang berada di bawah.


2. Beg beroda saiznya besar, jadi kalau letak di kerusi anak yang badan saiz besar akan rasa tak selesa. Jadi kena letak kat bawah. Secara tak langsung akan ganggu anak bergerak, tersadung kaki. Kanak-kanak biasalah kan.

3. Kebanyakan sekolah rendah ada sistem sendiri untuk kurangkan berat beg sekolah terutamanya darjah 1. Sekolah anak saya hanya bawa buku teks sahaja masa darjah 1, buku aktiviti dan buku tulis cikgu simpan.

Jadi beg tak berat sangat pun, anak saya berat 15kg pun dia rasa ok ja bawa beg sekolah. Budaya sekolah ni boleh survey dari ibubapa yang dah ada anak di sekolah tu.

begsekolahringan

4. Oleh kerana anak sentiasa tarik beg beroda ke sana sini, biasanya beg memang akan cepat rosak. Setahun ja jangka hayat. Kalau beg galas anak saya 2 tahun masih baik keadaannya. Tapi bergantung pada kualiti roda dan cara anak uruskan. Makin berkualiti makin tinggi lah kos ya kan.

begsekolahringan begsekolahringan

5. Kebanyakan sekolah akan benarkan ibubapa murid darjah 1 masuk untuk hantar dan ambil anak. Jadi kebanyakan masa ibubapa yang akan bawa beg anak, kalau memang kita yang uruskan hantar ambil sendiri lebih mudah beg galas biasa. Untuk anak yang perlu berjalan keluar mungkin lebih sesuai beg beroda.

Ini beberapa faktor luaran yang boleh dipertimbangkan bila nak beli beg beroda, bukan beban yang akan di bawa dengan beg sahaja. Kerana roda itu sendiri akan jadi beban tambahan bila anak terpaksa galas beg dalam situasi tertentu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here