It’s Monday! Alhamdulillah, kita diberi peluang untuk merasai lagi nikmat kehidupan. Peluang untuk betulkan kelemahan lepas. Peluang untuk cuba idea-idea baru. Dan peluang untuk terus mengejar harapan dan impian yang sudah tersemat di sanubari. Ini semua adalah rezeki kurniaannya, dan bukan semua orang akan dapat peluang yang sama. Alhamdulillah..Alhamdulillah..Alhamdulillah.

Hari ini saya mulakan dengan semangat baru untuk berkongsi kebaikan satu lagi educational tools yang sangat memudahkan ibubapa. Sebut pasal  beraktiviti dengan anak-anak mestilah nak tulis dan lukis kan. Kebiasaan kita guna whiteboard berkaki. Tapi nak dapatkan satu set whiteboard berkaki tu memang jenuh nak menabungkan. Kalau kecik sangat dah terhad nak menulis.

Blackboardsticker

Alhamdulillah sekarang sudah ada inovasi blackboard dan whiteboard dalam bentuk pelekat. Harganya jauh lebih rendah dari jenis berkaki. Selain itu ia juga menjimatkan ruang. Sangat sesuai untuk kebanyakan rumah sekarang yang mempunyai ruang terhad untuk aktiviti anak-anak. Ruang dan kos sudah tidak menjadi alasan untuk sediakan ruang anak berkreativiti di rumah.

Blackboardsticker

Blackboard ini juga lebih fleksible. Ia boleh dipotong pada saiz yang bersesuaian mengikut penggunaan. Ada yang nak lekat terus memanjang. Ada juga yang suka dibahagi dua supaya hasilkan satu blackboard yang lebih besar. Lebih luas untuk anak berkreativiti.Malah ada juga ibubapa yang ‘larikan’ sedikit untuk lekat di dapur mahupun di pejabat. Pun boleh!

Blackboardsticker Blackboardsticker

Semuanya dapat diuruskan mengikut kreativiti sendiri. Asalkan tujuan asal kita nak sediakan ruangan menulis dengan mudah itu tercapai, maka blackboard sticker ini sudah digunakan sebaiknya. Alhamdulillah. Tambahan pula sekarang sudah ada liquid chalkboard, maka secara tak langsung ia menyelesaikan masalah kapur berhabuk. Penggunaan kapur untuk anak-anak kecil memang kurang digalakkan kerana boleh menjejaskan kesihatan.

Blackboard sticker dari material vynil ini juga mudah dicuci. Hanya gunakan kain kering jika hendak padam semasa sedang digunakan. Untuk padamkan tanpa sisa-sisa habuk kapur, boleh gunakan wipe tisu. Ia akan bersih kembali seperti asal. Sangat mudah untuk diuruskan.

blackboardstickerbolehpadam

Bagi ibubapa yang berminat dapatkan blackboard ini untuk kegunaan di rumah boleh klik SINI