Boleh ke?

Ok, ni saya cerita dari apa yang saya belajar dan pengalaman orang lain ya. MEMANG BOLEH. Asalkan kita tau cara untuk uruskan masa dengan optimum.

Benda ni saya belajar dari kelas pengurusan masa. Kandungan kelas memang sangat bagus. Cuma part ni ja saya tak ikut atas alasan saya sendiri. Tambahan pula semasa saya belajar ni, masalah pengurusan anak saya sudah tidak terlalu serius. Kalau masa musim anakanda Fateh asyik mengempeng dulu tu mungkin la saya akan buat.

Ok, yang paling utama kita kena ada mindset mengenai pengurusan masa yang betul. Bab ni kena berguru dengan pakar lah ya. Ada banyak kesukaran dalam hidup kita ni boleh diurus dengan baik bila kita ada mindset pengurusan masa yang betul.

Saya hanya kongsikan sedikit tips bagaimana memastikan RUMAH SENTIASA KEMAS, tapi anak tak leka dengan gajet mahupun TV.

Cara yang dicadangkan ini bagi ibu bekerja. Selepas waktu kerja, terus pulang ke rumah tanpa anak-anak. Uruskan kerja rumah sepantas mungkin terutamanya urusan memasak. Masa maksimum untuk uruskan kerja rumah dan ambil semula anak di tadika/pengasuh ialah 1 jam. Kerana ia ada kaitan dengan pengiraan kos overtime tadika/pengasuh anak.

Jadi bila anak dah di ambil dari pengasuh, sepenuh perhatian dapat diberikan kepada anak-anak. Kita akan main bersama anak, duduk membaca bersama. Bila dah selesai terus latih anak untuk simpan semula. Jadi tak berlaku la anak sepahkan mainan dari ruang tamu sampai ke dapur kan. Sebab sepanjang masa memang kita ada bersama anak untuk layan dia.

Masa ini juga dapat dimanfaatkan untuk mengajar anak membaca dan lain-lain keperluan anak. Tiada alasan tak cukup masa nak ajar anak sebab kita memang duduk dengan dia tanpa fikir urusan lain.

Benda ni dengar macam tak logik. Tapi kalau faham konsep blok masa, memang boleh berlaku. Kaedah boleh jadi pelbagai, sesuaikan dengan keadaan kita. Konsepnya 1 masa hanya buat 1 benda yang perlu fokus optimum. Jadi tak berlaku pertindihan fokus.

Jadi untuk memiliki rumah yang sentiasa kemas tapi anak tak mengadap gajet sepanjanf masa bukan lagi mitos. Ramai yang dah buat, dan berjaya. Ia perkara yang memang boleh dicapai jika ibu-ibu mahukannya. In syaa Allah.