“Doktor, rasanya anak saya sembelit sebab dah tiga hari tak buang air besar”

Ibu bapa terutamanya pasti merasa risau apabila mendapati anak yang masih kecil mengalami masalah ‘SEMBELIT’, apatah lagi si kecil masih belum pandai untuk meluahkan kesakitan yang dirasainya dengan kata- kata. Mereka hanya boleh meluahkan perasaan dengan muka yang cuba meneran, menangis dan ada yang sampai menjadi ‘tantrum’.

CARA ATASI ANAK SEMBELIT TERUK DENGAN MUDAH DAN BERKESAN TANPA UBAT
Anak yang sembelit mengundang kerisauan ibu

Sembelit di kalangan anak- anak kecil biasanya bersifat sementara dan bukanlah masalah yang serius tetapi ianya mengundang kebimbangan di kalangan ibu bapa yang menginginkan setiap anak menjalani kehidupan yang sihat setiap hari.

Menurut pakar kesihatan, kebiasaanya anak- anak kecil akan membuang air besar sekali sehari. Jika anak membuang air besar kurang dari tiga kali seminggu atau najis keras, besar dan susah untuk keluar, kemungkinan besar mereka terkena SEMBELIT.

Kenapa Anak Kecil Saya Sembelit?

Rasanya ramai ibu pun mengalami masalah yang sama iaitu anak sukar membuang air besar atau sembelit. Dr. Hairin Anisa Tajudin yang merupakan seorang Doktor Pakar Kanak- Kanak ada berkongsi
tiga punca anak yang menyebabkan anak hadapi masalah ini.

1)Terlalu bergantung kepada Susu Formula

Susu formula terutama yang tinggi kalori menyebabkan anak selalu rasa kenyang. Sistem pencernaan menjadi lambat dan menyebabkan anak menjadi kurang selera makan. Susu formula yang mempunyai campuran kanji seperti “Corn Starch” akan membuatkan najis menjadi keras seperti gam.

Oleh sebab itu pemilihan susu formula yang sesuai dengan sistem pencernaan anak sangatlah penting.

2) Kurang minum air masak

Air masak sangat penting untuk melembutkan najis yang terhasil dalam usus. Jika badan kekurangan air, maka lebih banyak air daripada usus akan diserap ke dalam darah. Inilah punca najis akan menjadi keras.

3)Kurang pengambilan Fiber atau Serat

Serat daripada buah- buahan, sayur- sayuran dan bijiran berserat tinggi adalah makanan yang bagus untuk perjalanan usus.

Tanda – Tanda Anak Sembelit

Bagi bayi yang berusia kurang dari  tiga bulan , sembelit jarang berlaku, walaupun bayi anda diberikan susu formula . Bagi bayi yang lebih berusia dan sudah mula makan makanan pejal, tanda- tanda biasa anak terkena sembelit termasuklah :-

1) meragam, sakit abdomen dan gastrik;
2) abdomen yang keras;
3) sakit abdomen yang mengurangkan pembuangan air besar;
4) najis bercampur darah, selalunya berpunca dari luka (fisur) rektum yang disebabkan oleh najis
yang keras;
5) najis yang sukar dikeluarkan dan berketul-ketul

CARA ATASI ANAK SEMBELIT TERUK DENGAN MUDAH DAN BERKESAN TANPA UBAT
Jenis najis yang perlu diperhatikan

Cara Mudah Atasi Masalah Sembelit Anak Tanpa Menggunakan Ubat

1) Baringkan bayi dengan kaki ke atas dan cuba lakukan pergerakan seolah-olah sedang mengayuh basikal di udara. Ini akan merangsangkan pergerakan najis dalam usus.

2) Jika bayi yang berusia lebih enam bulan ke atas dan menyusu susu formula, boleh berikan makanan separuh pepejal seperti lobak yang dikisar dan disediakan secara segar. Berikan pada kadar yang
berpatutan dan minta nasihat doctor. Ini akan menambah kandungan serat dalam pemakanan mereka dan memudahkan mereka buang najis dengan lebih mudah.

CARA ATASI ANAK SEMBELIT TERUK DENGAN MUDAH DAN BERKESAN TANPA UBAT
Boleh amalkan carta makanan ini sekiranya anak sembelit

3) Bagi kanak-kanak yang berumur satu tahun ke atas boleh diberikan air buah-buahan seperti tembikai atau air mineral suam dalam kadar yang berpatutan. Memberikan jus betik yang dikisarkan juga sangat baik untuk mereka, kerana selain mempunyai banyak serat, betik juga mengandungi
bahan semulajadi yang dapat merangsang pergerakan usus.

CARA ATASI ANAK SEMBELIT TERUK DENGAN MUDAH DAN BERKESAN TANPA UBAT
Amalan pemakanan yang sihat penting untuk kesihatan anak

Ibu ini kongsi pengalaman anak sembelit dan cara mudah untuk atasinya

Saya pasti ramai ibu pernah mengalami masalah anak berak keras atau sembelit. Mesti naik risau kan. Tak senang duduk dibuatnya dan pening fikir macamana nak atasi masalah macam ni.

Saya juga tidak ketinggalan pernah mengalami masalah seperti pada anak kecil saya.

Alhamdulillah berdasarkan pengalaman dan perkongsian ibu- ibu lain yang pernah mengalaminya, ibu ini akhirnya jumpa jalan penyelesaiannya. Nak tahu!? Jom ikuti perkongsian dari Norhaida Laila.

”Anak saya mula terkena sembelit selepas diperkenalkan dengan makanan pejal. Pada awalnya saya kurang ambil tahu tentang masalah
ini sampailah satu ketika anak saya iaitu Aisyah tidak buang air besar selama SEMINGGU.

CARA ATASI ANAK SEMBELIT TERUK DENGAN MUDAH DAN BERKESAN TANPA UBAT
Cara menggunakan balm T-rub

Dalam tempoh tersebut anak saya selalu meneran dan menahan kesakitan akibat najis yang terlalu keras sampaikan trauma untuk ke tandas. Mujurlah akhirnya saya terjumpa Balm Trub dari Tasneem Naturel. Saya merujuk cara penggunaan balm ini dengan agen Tasneem Naturel.

Alhamdulillah selepas beberapa kali sapu balm ini, anak saya dah boleh membuang air besar seperti biasa dan najis pun tidak keras lagi”.

Caranya?

CARA ATASI ANAK SEMBELIT TERUK DENGAN MUDAH DAN BERKESAN TANPA UBAT
Teknik urutan yang berkesan pada anak

Caranya sapu balm di perut ikut urutan I LOVE YOU selepas mandi dan sebelum tidur selepas salin pampers. Lepas urutan, boleh buat senaman kayuh basikal pada anak untuk melancarkan pergerakan usus.Boleh juga sapu balm ini pada tapak kaki dan belakang badan anak.

Nak tahu lebih lanjut tentang balm Trub Tasneem Natural boleh hubungi haida di 0107814484

Walaupun sembelit pada bayi adalah perkara biasa, namun jangan pandang ringan terhadap masalah ini. Segera berjumpa dengan doktor untuk melakukan pemeriksaan lanjut dan dapatkan pandangan serta khidmat nasihat.

Ini bertujuan untuk mendapatkan penelitian awal tahap sembelit anak dan kaitan terhadap penyakit tertentu. Seterusnya, jika sembelit adalah biasa atau normal bagi bayi atau kanak-kanak, barulah boleh mencuba kaedah perubatan atau kaedah alternatif.

Semoga tips dari Haida ini dapat membantu sedikit sebanyak untuk merawat si manja ibu semua!