Teks : Sakina Hamid

Foto : Google

Membina networking dalam bisnes adalah sangat penting untuk kelangsungan bisnes. Banyak kebaikan apabila kita mempunyai networking yang luas. Antaranya sebagai sumber untuk mendapat ilmu dan pengalaman dan ruang untuk membina branding.

networking

Antara kebaikan networking

Di sini saya kongsikan 3 kaedah bina networking dalam bisnes bagi usahawan yang baru terjun ke dalam dunia perniagaan online terutamanya untuk ibu-ibu bekerja dari rumah yang kurang mempunyai akses dengan dunia luar.

1) FOLO RAPAT-RAPAT FB SIFU

~ LIKE semua post sifu/mentor niche biz

~ KOMEN dengan mesra di post2 beliau. Baru la menyerlah sikit kehadiran kita kan

~ Lagi berani boleh mesej ja terus,tanya tips2 yang dia buat. Memang senang-senang ja boleh dapat macam-macam petua.

Benefits-of-Networking

2) JOIN SUPPORT GRUB BISNES

~ Support grup ada tempat dimana ramai otai2 bisnes melepak. Mereka akan jawab soalan2 kita, post ilmu2 berharga dan kalau bertuah siap dapat sponsor produk digital dan tiket-tiket seminar.

~ Join lah secara aktif dan jangan segan nak tanya soalan ‘bodoh’ kerana mereka semua memang nak bantu kita.

3) JOIN SEMINAR BISNES

~ Seminar/bengkel bukan sekadar tempat belajar ilmu baru. Tapi yang lebih mahal kita dapat kenal orang- orang akan bekerjasama dalam bisnes kita. Mungkin satu hari nanti mereka akan jadi supplier, agen, rakan JV,atau pelanggan. Dan mereka inilah yang akan support diri & biz kita satu hari kelak. Segalanya mungkin.

business-network

Dan saya lebih berminat dengan program bersaiz kecil, networknya lebih berpanjangan. Bila balik ada support grup. Kalau yang meriah ramai2 tu kadang sempat kenal orang sebelah kiri kanan ja. Sifu pun tak sempat kenal kita.

Ok,itulah 3 cara yang saya buat untuk bina networking dalam bisnes yang sesuai dengan SOHO mum. Selamat mencuba!