puncaanaksembelit

Fasa anak sembelit memang merunsingkan semua ibubapa. Anak jadi kerap meragam, kurang selera makan dan nak tidur pun susah. Ini semua berpunca dari perut yang kurang selesa. Tambah kritikal bila sembelit dah masuk episod berak berdarah macam anak saya dulu. Makin  bertambah susah hati la kita setiap kali tengok anak meneran.

Punca sembelit ni banyak tapi yang paling biasa adalah berkaitan dengan pemakanan. Kalau bayi biasanya ada 2 punca sembelit. Untuk bayi yang minum susu formula, biasanya faktor susu kurang sesuai. Mungkin kena kurangkan kepekatan susu, tapi tak boleh cair sangat nanti bayi kurang zat pulak. Satu lagi cara ialah tukar jenama susu lain sehingga jumpa yang serasi.

Molekul susu formula ambil masa lebih panjang untuk dihadam. Itu antara punca berlaku kembung

Untuk bayi menyusu pula sepatutnya tak berlaku sembelit, sebab susu ibu tu memang dah sesuai dengan usus bayi jadi sangat mudah dihadam. Cuma isunya adalah bayi menyusu ni jarang buang air besar, biasanya sekitar usia 3 bulan macam tu. Jadi kita sebagai ibubapa ni memang bimbang la tengok anak meneran tapi tak keluar apa pun.

Sebenarnya kalau perut anak lembut elok, dia makan ok tak meragam semua tu kira takda masalah pun. Tapi biasa la kita ni tambah kalau waktu anak sulung memang risau sampai tahap pergi jumpa doktor pakar la walaupun isu tak berak hari2 je pun.hehe. Biasalah mak-mak ni kan, risau lebih.

Bila anak dah mula makan, sembelit berlaku bila pemakanan tak seimbang. Banyak ambil bijirin tapi takda pelawas, atapun anak menolak air kosong. Bila kurang makan sayuran, buahan dan kurang minum air memang tunggu masa ja untuk sembelit berulang.

Antara simptom sembelit adalah anak ambil masa yang lama untuk buang air besar. Nampak gelisah meneran, tapi tiada hasil. Jika keadaan ini berlarutan beberapa hari, najis pun semakin mengeras kerana semkain banyak air sudah diserap oleh badan. Ini akan menjadikan proses meneran semakin sukar dan menyakitkan.

Tabiat pemakanan yang betul perlu dibentuk sejak awal untuk elakkan sembelit

Bila selalu berulang-ulang keadaan ini dalam masa terdekat, dubur akan luka dan berdarah. Ini akan mendatangkan rasa pedih dan tak selesa sekaligus menyebabkan anak fobia buang air besar. Begitulah kebiasaannya bagaimana anak kecil masuk ke episod sembelit yang mengerikan.

Sembelit sebaiknya dicegah sebelum berlaku. Anda boleh amalkan 3 petua elakkan sembelit ini bagi memastikan anak sentiasa buang air besar dengan lancar. Ibu kena selalu bandingkan najis bayi dengan stool chart supaya sembelit tak bertambah kritikal.

Najis type 3 dah mula menunjukkan kurang air. Bila kerap najis type 2 & type 1 anak sudah memasuki episod sembelit.

Tapi bila sembelit sudah berlaku, biasanya kita tiada banyak pilihan selain menggunakan ubat laksatif yang dicadangkan oleh doktor. Laksatif bertujuan untuk melembutkan najis supaya najis dapat dikeluarkan lebih mudah.

Jika sembelit kurang kritikal, kebiasannya doktor tidak memberikan ubat sembelit untuk menggalakkan penyelesaian secara alami. Tapi selalunya kita sendiri akan beli ubat atau cecair enema ini dari farmasi. Cecair ini murah dan cepat berkesan namun tidak bagus kerap diamalkan kerana ia akan merangsang aktiviti otot dubur secara tidak semulajadi. Pastikan cecair enema digunakan bila betul-betul perlu dan mengikut teknik penggunaan enema yang betul.

Selain menggunakan ubat-ubatan, penggunaan rawatan alami sangat membantu mengurangkan gejala sembelit. Sekian lama ibubapa dulu menggunakan pelbagai jenis minyak untuk diurut pada perut. Ada yang memberikan kesan pantas dan ada yang lambat berkesan, bergantung pada ramuan minyak.

Antara minyak yang dapat memberikan kesan yang pantas ialah minyak pati dari tumbuhan (essential oil). Minyak dari sumber semulajadi sepenuhnya ini sangat mudah meresap ke bawah kulit dan menunjukkan kesan dengan pantas.

Balm T-rub dari Tasneem Naturel berasaskan minyak pati (Essential Oil) yang sudah dirumus mengikut dos yang bersesuaian dengan bayi dan kanak-kanak. Ia mudah digunakan kerana dalam bentuk sapuan dan cepat berkesan. Kelebihan balm T-rub ini adalah tidak panas dan tidak melekit, sangat selesa disapukan pada bayi dan anak kecil.

Tasneem Trub Balm Sembelit bayi
Cara hilangkan sembelit pada bayi dan kanak-kanak

7 jenis minyak ini bila diurut pada perut bayi akan membantu melancarkan proses penghadaman, mengeluarkan angin dalam perut seterusnya melancarkan pembuangan air besar. Hanya calit sedikit balm dan buat urutan pada perut bayi. Kesan sangat pantas apabila minyak ini sudah serasi dengan perut bayi.

Fungsi Tasneem Trub Balm Sembelit bayi

Selain atasi masalah sembelit, ia juga berkesan untuk masalah kembung perut, gastrik, cirit birit, sebu perut dan lain-lain masalah yang berkaitan dengan sistem penghadaman.

Sejak mula dikeluarkan pada tahun 2017, lebih sejuta unit balm Tasneem Natural sudah terjual di seluruh Malaysia. Sangat banyak maklum balas positif yang diterima dari ibubapa yang menggunakan balm ini untuk atasi masalah penghadaman anak. Ini adalah sebahagian maklum balas ibubapa.

Sebelum ni anak berhari-hari tak berak

Tasneem Trub Balm Sembelit bayi
Tasneem Trub Balm Sembelit bayi

Sebelum ni anak kerap sembelit

Tasneem Trub Balm Sembelit bayi
Tasneem Trub Balm Sembelit bayi

Sebelum ni anak kembung

Tasneem Trub Balm Sembelit bayi
Tasneem Trub Balm Sembelit bayi

Alhamdulillah dengan T-rub balm ramai ibubapa dapat uruskan bayi mereka dengan lebih tenang tanpa masalah perut. Ramai yang lepas guna balm ni sangat berpuas hati dan ganti terus minyak telon lain. Jika anda sedang hadapi masalah seperti mereka saya syorkan dapatkan segera di T-rub balm secara online di SINI atau wasap kami untuk maklumat lebih lanjut