
Alhamdulillah sekarang ni anakanda Faqihah tengah seronok menulis. Lepas lukis-lukis dia akan datang kat saya tanya ejaan itu ini nak masukkan pada dialog lukisan dia. Satu hari saya dapat idea, saya tuliskan dengan tulisan putus-putus. Boleh jadikan aktiviti menulis untuk dia kan. Nampak dia suka dengan cara tu.
Tapi bila banyak-banyak jenuh jugak mak nak tulis satu-satu kan. Lambat. Biasalah mak, semua nak cepat kan. -_-
Satu hari masa dok baca-baca mengenai teknik ajar anak menulis, saya terjumpa cara untuk install tulisan putus-putus ni pada microsoft word. Masya Allah, senangnya. Tak terfikir pulak sebelum ni kan.
Jadi saya pun terus install dan terus boleh guna print aktiviti menulis untuk anakanda Faqihah. Alhamdulillah. Jadi kat sini saya kongsikan tutorial langkah-langkah untuk install tulisan putus-putus ke Microsoft Word.
Langkah 1 – Download font
Download font jenis putus-putus ni dari internet. Ada banyak pilihan. Tapi saya berpendapat font jenis trace ja yang sesuai untuk latih anak menulis dengan betul. Yang lain tu ada bentuk huruf yang tak ikut cara penulisan tangan. Klik pada link di bawah ini untuk download font.
http://www.fontspace.com/kids-fonts/trace
http://www.fontspace.com/kimberly-geswein/kg-primary-dots
http://www.fontspace.com/honey-and-death/dotline
Paparan di atas akan muncul untuk download tulisan jenis dotline. Klik download di dalam kotak merah.
Setelah selesai download, cari zipfile nama font tersebut. Biasanya terdapat di dalam fail download di dalam komputer.
Klik kanan dan extract file. Saya pilih ‘extract here’. Jadi fail akan masuk ke dalam folder download juga.
Klik semua fail yang baru diekstrak, klik kanan dan cut.
Langkah 2 : Install font ke komputer
Untuk install tulisan baru ke microsoft word, kena buat melalui control panel.
Klik menu >> control panel >> Appearance and Personalization >> Font
Bila muncul paparan nama-nama tulisan tu, klik kanan dan paste. Nanti semua tulisan yang ambil dari folder download akan install di sini.
Selesai proses install, boleh semak nama tulisan tu.
Yea..dah ada. Selesai install.
Langkah 3 – Guna tulisan putus-putus
Ok sekarang dah boleh buka microsof word.
Cari nama tulisan yang baru install tu. Biasanya tak berapa nampak sebab dotted ni tak jelas nama tulisan tu. Boleh search.
Yea..dah ada kat situ font jenis dotline. Jadi bolehlah mula menaip.
Tadaa..dah siap.
Alhamdulillah. Semoga tuan/puan juga berjaya. Cuma menaip font jenis putus-putus ni leceh sikit. Dia suka tukar ke tulisan biasa. Jadi nak mudah taip tulisan biasa dulu, dah siap baru tukar ke tulisan putus-putus.
Selamat mencuba.
p/s : Untuk ibubapa yang tak sempat nak hasilkan bahan menulis sendiri untuk anak-anak, boleh dapatkan Kad Menulis WOW. Mudah dan berkesan.
terima kasih info dan tunjuk ajar…saya dah boleh ajar pelajar saya 🙂
terima kasih atas tunjuk ajar.. akan dimanfaatkan ilmunya..