Betul ke mudah belajar jawi ni?

Ya, mudah apabila kita menggunakan kaedah dan bahan yang betul. Saya sendiri tiada ilmu khusus mengajar jawi kepada anak. Hanya aplikasikan ilmu mengajar membaca yang saya pelajari dari pelbagai sumber.

Asas untuk belajar jawi adalah kenal huruf dan bunyi huruf. Jadi seawal anak bayi saya sudah dedahkan dengan VCD lagu huruf jawi yang sesuai dengan minat anak kecil. Suami beli VCD ini dari Kedai Buku Darul Salam di Alor Setar. Salah satu video lagu fonik yang saya masih ingat ialah

Alif..Asadun..Singa

Ba..battun..Itik

Ta..Tufahun..Epal

Tsa..

Sampai habis. Semasa anakanda Fateh sekitar usia 3 tahun dia sudah boleh menghafal lagi ini. Disamping itu saya juga membuat aktiviti mengenal huruf menggunakan kad imbas, knob puzzle dan poster. Saya hanya buat aktiviti santai sambil bermain menggunakan bahan-bahan yang siap dari pasaran. Ya lah, mak tak berapa rajin ni beli ja la senang kan. ^_^

DVD Belajar jawi

DVD Mari Belajar Sayang ini memuatkan lagu untuk mengenal ABC,123 dan Alif Ba Ta

Knob Tulisan Jawi

Knob tulisan jawi dapat digunakan bukan hanya untuk mengenal huruf. ia juga membantu anak belajar memegang pensel dengan betul

Flashcard marker

Flashcard marker boleh digunakan untuk memperkenalkan huruf dan belajar menulis

Apabila anakanda Fateh mula ke tadika, saya kurang memberi tumpuan kepada penguasaan bacaan jawi. Terlepas pandang sebenarnya. Sehingga dalam pertengahan usia 6 tahun, baru saya teringat yang saya sudah lama tidak mengajarnya membaca jawi.

Jadi saya pun mula mencari bahan yang sesuai untuk mengajarnya. Kebetulan pembekal produk pendidikan saya turut membekalkan buku jawi yang mendapat permintaan yang tinggi di tadika.

Jadi saya pun buat keputusan untuk guna Siri Buku Ibu Ajarku Jawi. Buku ni memang cepat habis kerana banyak sekolah yang gunakan buku ni sebagai bahan bantu belajar.

Siri Buku Ibu Ajarku Jawi

Siri Buku Ibu Ajarku Jawi banyak digunakan di tadika dan ibubapa yang mengajar anak membaca jawi di rumah

Bila saya kongsi pasal buku ni kat facebook, barulah tau ramai rupanya ibubapa yang sedang mencari buku ini. Tak kurang juga ibubapa yang berkongsi pengalaman buku ini sangat berkesan membantu anak-anak mereka menguasai bacaan jawi dengan tepat.

Alhamdulillah bila Siri Buku Ibu Ajarku Jawi ini sudah di tangan, saya sangat bersyukur kerana anakanda Fateh sangat berminat dengan kandungan buku ini. Tulisan yang besar dan berwarna warni, lukisan yang menarik menjadikan anak kecil tidak jemu menatap buku ini. Ini membantu kita mengajar anak-anak membaca dengan lebih lama dan efektif.

Buku Jawi Ada Didi And Friends

Ilustrasi yang dekat dengan kehidupan anak-anak menjadikan mereka seronok membelek buku ini

Dengan sekali hadap, anakanda Fateh boleh habiskan membaca keseluruhan buku 1. Katanya buku lain sambung hari lain pula. Hehe.

Alhamdulillah saya bersyukur kerana dapat mendengar anak membaca jawi sendiri. Dia dapat mengikuti pembelajaran di sekolah dengan baik. Jadi tugas saya sebagai ibu adalah menyediakan bahan-bahan sokongan di rumah sebagai usaha memantapkan penguasaan bacaan jawinya.

Untuk tempahan buku ini secara online boleh klik di SINI atau whatsapp ke 0194715407.

Jom semarak jawi!