Cara Mudah Hafal Sifir ini adalah teknik berkesan yang guru saya buat semasa saya darjah 5. Masa tu saya baru pindah sekolah tu, terpinga2 tengok orang lain kemain laju dapat jawab soalan sifir. Rupanya memang latih tubi mingguan.

Saya sendiri pun masa darjah 5 tu baru betul-betul ‘lekat’ semua sifir tu, setelah saya pindah jumpa Cikgu Ehsan. Beliau guna kaedah latih tubi ala-ala Kumon tu untuk bagi kami betul2 ingat sifir. Ni cerita zaman 90an yer kome, makhluk Kumon tak dikenali lagi masa tu.hehe.

Cara Mudah Hafal Sifir untuk Pelajar Lemah Matematik

Kemudian bila saya jadi cikgu matematik, saya dapat calon SPM yang lemah matematik dan tak hafal sifir. Ada dalam kalangan mereka yang berpotensi, jadi saya pun cuba usahakan cara mudah hafal sifir ini dengan mereka. Alhamdulillah ia berkesan dengan hafalan yang kukuh.

Cara Mudah Hafal Sifir untuk ajar anak di rumah

Dan baru2 ni saya cuba pada Faqihah (8 tahun) pun cepat hasilnya berbanding diorang guna macam2 operasi yang belajar kat sekolah sekarang. Saya tak nafikan kelebihan ‘teknik pelik2’ tu anak akan dapat jawab kiraan yang melibatkan nilai yang besar. Itu kelebihan teknik macam tu.

Tapi pada saya matematik ni yang lebih penting adalah untuk survival kehidupan. Tak kan setiap masa nak buat sesuatu melibatkan sifir nak kena ada kertas conteng-conteng. Kita ada otak anugerah Allah yang boleh simpan sangat banyak maklumat dan boleh diakses dengan cepat. Amatlah rugi andai tak digunakan sehabis baik.

Cara Mudah Hafal Sifir

Saya sangat simpati bila nak membeli dengan penjual muda mudi, nilai yang kecik pun mereka ambik masa nak congak. Silap tu biasa sangat la, kita pulak kena kirakan untuk diorang. Lagi hebat peniaga zaman mak ayah kita tak belajar tinggi pun mereka cekap kira-kira.

Jadi kesimpulan saya bebel panjang-panjang ni, hafal lah sifir sebagai skil untuk meneruskan kehidupan, bukan untuk exam.heheh.

Tak hafal sifir punca lemah matematik

Pengalaman saya mengajar matematik, tak hafal sifir adalah salah satu punca hilang minat dan lemah matematik. Kadang pelajar tu dah faham konsep, tapi bila nak buat pengiraan asyik tersangkut2 bila libatkan sifir.

Apatah lagi ramai pelajar yang hafal sifir dalam bentuk gandaan (3,6,9,12,15…) tanpa sebut kali berapa (3×1, 3×2, 3×3 ..)

Dia terpaksa tulis di tepi soalan sampai jumpa nombor yang dua perlukan. Lambat giler, kesian saya tengok. Bila dah macam tu keseronokan belajar matematik memang akan pudar.

Jadi marilah ibubapa kita cakna bantu anak sendiri hafal sifir sampai betul-betul ingat. Sekali mereka dah ingat akan guna sepanjang hidup, ia akan jadi pahala yang mengalir untuk kita in syaa Allah.

3 langkah Cara Mudah Hafal Sifir

1- Hafal secara ulangan biasa. Buat 1 sifir dalam 1 masa.

Teknik hafalan mesti sebut sifir tu penuh, bukan sebut nilai sahaja.

Contohnya sifir 4 :- 1 kali empat, empat. 2 kali empat, lapan. 3 kali empat, dua belas.

2- Main tebuk-tebuk tanya

Tanya ikut turutan, dan tanya secara rawak jawapan untuk 1 sifir yang anak dah hafal tu. Kalau anak masih tak ingat, kena ulang semula langkah 1 dan kembali ke langkah 2. Hanya buat langkah ke 3 bila dah betul2 ingat.

Benda ni boleh buat sambil2 ja. Sambil drive ambik anak, sambil tunggu makanan, sambil rehat. Tak sampai 5 minit pun, asalkan kita nak bantu anak in syaa Allah ada saja masa.

Cara Mudah Hafal Sifir
Kalau kat sekolah boleh main sesama kawan2 masa waktu lapang
kredit gambar : sassymamasg.com

3 – Soalan latih tubi

Soalan latih tubi ini akan diberi tempoh masa menjawab. Kalau kat dalam kelas memang best la diorang akan berlumba-lumba. Siapa terpantas dan siapa betul semua. Saya buat kat rumah untuk 2 beradik ni pun ok la jugak, ada la semangat kesukanan jugak.heheh.

Soalan ni mudah saja nak sediakan, hanya buat soalan darab tanpa ikut susunan. Kalau kat kedai makan sambil tunggu makanan pun boleh capai kertas dan pensel buat soalan segera kat situ. Hendak seribu daya mahu seribu cara kan.

Dan satu set soalan tu kita boleh bagi anak buat berkali-kali pada hari berlainan sampailah dia dah betul-betul cekap sifir dan dapat jawab dengan pantas. Bila anak sudah boleh menjawab dengan pantas dan tidak salah, barulah beralih ke sifir nombor seterusnya.

Tiada teknik yang canggih, hanya ulang dan latih tubi sampai anak betul ingat. In syaa Allah buat betul2 cara mudah hafal sifir dia akan ingat sampai bila2.