
“Puan, anak saya umur 8 bulan. Apa mainan yang sesuai dengan anak saya?”
Ini adalah soalan lazim yang saya terima sedari awal saya menceburi bidang bisnes pendidikan. Semua ibubapa menginginkan yang terbaik untuk anak-anaknya. Dan memenuhi keperluan anak-anak mengikut usia adalah salah satu usaha ibubapa menggilap kecemerlangan anak-anak, in syaa Allah.
Sebenarnya ada beberapa persoalan asas yang perlu ibubapa fahami. Mainan hanyalah alat untuk anak-anak belajar sesuatu melaluinya. Apa yang lebih penting ialah apa matlamat perkembangan yang ibubapa mahu capai dari aktiviti-aktivti bersama anak.
Adakah nak anak lebih kreatif, anak belajar asas membaca, pendedahan awal mengira atau untuk menggilap IQ anak. Setiap tujuan ini akan memandu ibubapa bagi memilih mainan/medium terbaik untuk membimbing anak2.
Untuk entri kali ini saya kongsikan produk yang dapat membantu ibubapa melakukan aktiviti PERKEMBANGAN BAHASA bersama anak.
Pada peringkat usia 0-2 tahun, ibubapa hendaklah selalu membuat penerangan kepada anak mengenai apa sahaja yang sedang berlaku, walaupun anak belum dapat memberikan respon. Sebutkan nama semua benda yang dia nampak setiap hari.
Selain bercakap, ibubapa sudah boleh bacakan buku kepada anak-anak untuk percambahan pengetahuan.
Ciri-ciri buku kanak-kanak yang baik
– Ada gambar yang jelas
– Berwarna warni
– Bahasa yang ringkas
– Selamat untuk bayi – tiada hujung tajam, tidak terlalu berat
Contoh buku-buku yang sesuai untuk anak pada peringkat usia ini.
1) Softbook @ buku lembut @ buku kain
Islamic Softbook ini boleh didapati di SINI
2) Buku Boneka

Siri buku boneka yang boleh dimasukkan jari pada puppet

Kandungan buku boneka ‘beruang kecil’

Kandungan buku boneka ‘Si Tikus Kecil’
Siri Boneka Comel ini boleh didapati di SINI
3) Buku berpad
Buku yang mempunyai kulit ‘padded’ pada bahagian kulit. Bahagian bucu juga tidak tajam.
Pastikan buku-buku ini dibaca dalam suasana gembira semasa mood anak dalam keadaan baik sahaja.
Selain membacakan buku, kad bacaan juga dapat merangsang perkembangan minda yang pesat. Kad imbas yang terbaik adalah berlatar belakang putih dan hanya mempunyai huruf/objek yang hendak diperkenalkan. Huruf kecil adalah lebih utama untuk diperkenalkan. Gunakan tulisan berwarna hitam atau merah sahaja.
Namun, kad yang memenuhi kriteria dia atas juga seringkali mempunyai hayat yang pendek – mudah terkoyak,renyuk dan kotor. Flashcard mesra bayi lebih sesuai untuk anak-anak kecil kerana lebih tahan lasak dan kalis air.

Tebal, kalis air dan tahan lasak
Koleksi Kad Imbas sayangku bijak boleh didapati di SINI
Sebagai pengukuhan kepada pengenalan huruf, dedahkan anak-anak dengan mainan blok berasaskan huruf. Biasakan anak dapat memegang bentuk, menyurih serta mengecam bentuk huruf tersebut.

Knob ABC. Selain kenalkan anak dengan huruf, anda juga dapat melatih tangan anak supaya cepat boleh memegang pensel dengan betul.
ABC Card boleh didapati di SINI
Sekian untuk entri kali ini, semoga ia dapat menjadi sedikit panduan apabila memilih produk terbaik untuk anak-anak. Nantikan entri seterusnya, Didik anak pintar matematik sejak bayi.
Rujukan :Didik Anak jadi Pintar – Rohani Sheikh Omar ; PTS Millennia