Balm Tasneem Naturel semakin mendapat tempat di hati ibubapa di Malaysia. Terutamanya ibubapa yang menitikberatkan penggunaan bahan semulajadi yang selamat untuk bayi mereka.

Kandungan produk Tasneem Naturel yang tidak mengandungi bahan kimia berbahaya ini membuatkan ibubapa merasa lebih yakin untuk memilih balm Tasneem Naturel untuk kegunaan harian.

balm bayi tasneem
Balm Tasneem Naturel ada 5 jenis

Untuk hasil yang lebih optimum, ibubapa mestilah menggunakan balm Tasneem Naturel dengan cara yang betul. Bukan sekadar sapu tetapi juga mengurut anak menggunakan balm supaya essential oil di dalam balm ini dapat meresap dengan lebih baik ke dalam salur darah.

Secara asasnya,penggunaan balm Tasneem Naturel sebaiknya dimulakan dengan urutan ringan di tapak kaki. Tujuan urutan ini dilakukan adalah untuk menenangkan dan merangsang titik refleks pd tapak kaki bayi.

Urutan vitaflex adalah contoh urutan yg boleh dilakukan. Kombinasi penggunaan balm tasneem dgn kandungan essential oil terpilih serta urutan vitaflex akan membantu mempercepatkan lagi proses penyembuhan dan bayi akan memperoleh manfaat yg optimum.

urutankakivitaflex
Banyakkan urutan pada zon yang melibatkan masalah kesihatan anak pada waktu itu

Kemudian sapu balm dan urut di sepanjang tulang belakang menggunakan teknik feathering. Boleh tonton video di bawah untuk lebih jelas mengenai teknik urutan vitaflex untuk tapak kaki dan feathering untuk tulang belakang.

Selain itu Balm Tasneem Naturel juga boleh disapu pada nadi seperti di pergelangan tangan, belakang telinga dan pelipat tangan mengikut kesesuaian.

CaraSapuBalmTasneemNaturel

Balm calmtime di sapu pada tapak kaki, tulang belakang dan nadi untuk tenangkan anak yang mudah meragam dan tantrum.

CaraSapuBalmTasneemNaturel

Balm Sleeptime di calit sedikit sahaja untuk mengelakkan lebihan hormon sedar yang boleh menyebabkan anak bertambah sukar untuk tidur.


CaraSapuBalmTasneemNaturel

Balm CF rub boleh juga disapu pada hidung dan tekak jika anak selsema dan batuk.


CaraSapuBalmTasneemNaturel

Balm T rub untuk kembung dan sembelit hendaklah disapu pada perut sambil membuat urutan I LOVE U bagi membantu melancarkan aktiviti usus.

CaraSapuBalmTasneemNaturel

Balm Skeenz di sapu pada bahagian yang hendak dirawat seperti kawasan ruam, tempat melecet dan digigit nyamuk

Kadar sapuan balm ada bergantung pada individu. Ada anak yang sensitif dan hanya perlu sapu sedikit sahaja untuk mendapatkan kesan dari balm tersebut. Ada juga badan yang perlu sapu lebih banyak dan ambil masa untuk serasi dengan essential oil di dalam balm ini.

Kesannya berbeza mengikut individu kerana balm Tasneem Naturel ini dirumus dari bahan semulajadi sepenuhnya. Jadi cara ia berinteraksi dengan badan bergantung pada banyak faktor lain.

Set Happy Family yang mempunyai semua balm ini sangat bagus untuk dimiliki oleh semua ibubapa yang mempunyai anak kecil

Apa pun balm hanyalah salah satu ikhtiar kita untuk melihat kesembuhan pada anak. Akhirnya yang akan menyembuhkan adalah Allah yang Maha Penyembuh. Banyakkan berdoa dan berselawat sepanjang merawat anak sakit. In syaa Allah segala kesakitan anak akan berakhir dengan izin dariNYA.