Anak suka bertanya?

Letih kan nak fikir jawapan.

Ok, hari ni saya nak kongsi satu ilmu yang baru saya praktikkan (separuhSelama ni saya rasa dah cukup bagus la sebab cuba jawab soalan-soalan anak sebaiknya.

Rupanya cara saya jawab soalan tu kurang mengasah kemahiran berfikir anak.

Contohnya:

S: Ummi ni apa?
J: Ni senduk

S: Kenapa ummi pegang senduk?
J: Nak masak

Linear sangat kan. Anak hanya perlu fikir soalan ja, sebab tu la kot diorang banyak tanya.Lepas tu kita dok meroyan letih nak jawab soalan anak. Padahal kita yang tak pandai uruskan😜

anaksukabertanya

Alhamdulillah bila dah baca buku WhySoSeriousParents tulisan Adlil Rajiah, saya cuba praktik ilmu yang baru dapat.

Anak : Ummi kenapa Baroro boleh terbang

*Baroro tu watak dalam komik. Kalau dulu mesti ummi dengan terernya jawab sebab dia ada sayap.

Tapi cara terkini ialah jawab soalan dengan soalan. Ehem..

Ummi : Adik rasa kenapa dia boleh terbang.
Anak : Sebab dia ringan kot ummi

Wah..betul la, anak reti ja jawab. Ummi sengih syok sendiri sampai tak sambung dah sembang..haha. Sepatutnya kita boleh tanya lagi beberapa soalan supaya anak boleh berfikir.

anaksukabertanya

Itulah cara kita rangsang teknik berfikir anak. Bila anak rajin berfikir, kita pun tak risau dah pasal KBAT ke, PISA ke dan apa-apa saja lah perubahan dalam sistem pendidikan.

Ni bukan saya cakap tau, tapi dengar dari Dr Mastura Badzis, pensyarah psikologi pendidikan dan kaunseling. Beliau berpengalaman sendiri hadapi isu KBAT dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR). Ramai ibubapa yang merungut soalan susah, dan graf pencapaian pelajar merudum.

Tapi anak beliau sendiri yang tidak terlalu ditekankan dengan akademik dapat kuasai ujian tersebut dengan baik. Kerana kemahiran berfikir ni bukan bermula semasa hari pertama persekolahan, tapi sejak anak lahir lagi.

Setiap hari kita boleh mengasah kemahiran berfikir anak dengan pelbagai cara. Jadi jom ubah cara jawab soalan anak. Bagi anak pulak berfikir, kurang sikit letih mak nya kan. 😛