Teks : Sakina Hamid

Foto : Google

Saya sudah beberapa kali membuat blog tetapi tidak bertahan lama. Tetapi apabila bergiat serius dengan perniagaan internet, saya mula menyedari kepentingan mempunyai blog yang aktif.

Jadi pada bulan Mac 2015, saya telah membuat keputusan untuk menyertai kelas penulisan ABDR. Tujuan saya menyertai kelas penulisan ini adalah untuk membina disipin menulis blog dan menguasai kemahiran menulis dengan SEO yang tinggi.

blog

Alhamdulillah pada bulan pertama saya menyertai kelas penulisan, saya dapat menulis dengan konsisten setiap hari. Namun saya hilang tumpuan seketika apabila memulakan kerja teknikal membangunkan laman web e-commerce. Dan selepas kembalimenulis, saya belum mendapat rentak menulis yang konsisten seperti bulan pertama. Saya berharap dapat segera kembali menulis dengan konsisten selepas ini.

Antara kebaikan yang saya dapat dari penyertaan dengan kelas penulisan ini ialah saya mula memahami bagaimana menyediakan sebuah blog yang bermaklumat mengenai sesuatu niche. Kaedah meletakkan label yang fokus kepada niche tersebut menjadikan blog kita sebagai sebuah blog yang bermaklumat.

Selain itu, disiplin untuk mencukupkan entri bagi setiap label menjadikan kita lebih mahir mengenai niche kita. Ia memerlukan kita mempunyai pengetahuan yang betul dengan kaedah penyampaian yang tepat.

Manfaat lain yang saya perolehi adalah kesan positif kepada domain www.sakinahamid.com itu sendiri. Domain ini sudah didaftarkan hampir setahun dan mempunyai beberapa minisite di bawahnya. Apabila saya mula aktif mengemaskini blog setiaphari, secara tidak langsung minisite ini juga mendapat SEO yang lebih baik.

Minisite Tablet Genius RR4U  telah membawa pelanggan masuk hampir setiap hari tanpa saya mengiklankannya di medium lain, Alhamdulillah. Dan sekarang saya sedang berusaha untuk mengemaskini laman web e-commerce di bawah domain yang sama. Semoga apabila semua kerja-kerja teknikal sudah diselesaikan, laman web jualanini juga akan membawa hasil yang lumayan.

Paling saya sukai dengan dunia blog adalah keyakinan bakal pelanggan untuk berurusan dengan kita. Apabila mereka sudah membaca entri-entri di blog, mereka akan sangat mudah untuk membuat keputusan untuk membuat belian dengan kita.

Akhirnya saya berharap penglibatan dengan komuniti ABDR ini akan memberikan kekuatan untuk terus berkongsi ilmu di dalam dunia blog. Ameen.

blogger