Category

Review

in Aktiviti Anak, Review

Pernah Tak Anak Cari Mainan Ketika Bercuti?

Kurang seminggu lagi sekolah dah nak bercuti pertengahan penggal pertama. Alhamdulillah, ia ruang untuk anak-anak dan guru melepaskan lelah dari rutin harian persekolahan. Jangankan kita yang kerja ni ja nak rehat, anak-anak yang bersekolah juga lelah dengan pelbagai bebanan setiap hari. Jadi cuti sekolah memang sangat dinanti-nanti oleh semua. Tambahan pula waktu cuti ni lah banyak kenduri-kendara dan aktiviti kekeluargaan. Itulah peluang kita nak balik bercuti di kampung halaman kan. Balik kampung memang meletihkan, namun ia juga menjadi satu daripada aktiviti yang dapat memenuhkan kembali bank emosi kita dan anak-anak, in syaa Allah. Biasanya bila pulang ke kampung, kita sudah ada…

Continue reading
in Aktiviti Anak, Ilmu Keibubapaan, Review

Conteng Tak Semestinya di Dinding

Selepas saya berkongsi mengenai Kebaikan Menconteng di media sosial, saya mendapat banyak respon dari ibubapa. Alhamdulillah kebanyakan respon yang saya terima adalah sangat positif. Sehingga ada ibu yang ‘mampu’ melihat anaknya menconteng dinding kerana hendak tunjukkan kemahiran barunya. Pada saya ibu-ibu ini mempunyai ketahanan mental yang sangat kuat, masya Allah. Namun tak kurang cuba ibubapa yang sinis dengan penulisan saya itu. Ini mungkin kerana mereka fokuskan pada subjek ‘dinding’, sedangkan sebenarnya saya menulis mengenai kebaikan menconteng. Cuma gambar yang dikepilkan menjadi salah faham saya menggalakkan anak menconteng dinding. Menconteng tidak semestinya di dinding. Cuma anak memang cenderung untuk menconteng di…

Continue reading
Kad Menulis WOW
in Aktiviti Anak, Ilmu Keibubapaan, Review

Kelebihan Kad Menulis WOW

Apa yang WOW nya dengan kad menulis ni? ^_^ Kad menulis ini memang WOW kerana direka untuk membantu anak-anak belajar menulis dengan santai dan gembira. Ciri-ciri yang terdapat pada kad menulis WOW ini menjadikan anak tertarik untuk mula menulis dan leka membuat aktiviti menulis. Pakej kad menulis WOW didatangkan dengan 13 keping kad menulis bersaiz A4, 6 bekas magic light clay dan whiteboard marker. Kad menulis bersaiz besar menjadikan anak dapat menulis dengan lebih lapang dan bebas. Ia sangat sesuai seawal anak berusia 3 tahun kerana anak kecil belum dapat menyurih tulisan bersaiz kecil dengan baik. Pada kad menulis ini…

Continue reading
Siri Buku Ibu Ajarku Jawi
in Review

Kelebihan Siri Buku Ibu Ajarku Jawi

Alhamdulillah semalam selesai penghantaran batch pertama untuk preorder Siri Buku Ibu Ajarku Jawi. Jika sebelum ini saya hanya uruskan jualan melalui dropship, tapi kali ini saya cuba untuk borong stok terus dari pembekal. Alhamdulillah, sambutan memberangsangkan. Ramai rupanya ibubapa yang tercari-cari buku bacaan jawi yang menarik seperti ini. Ramai juga ibubapa yang berkongsi pengalaman menggunakan buku ini kepada anak-anak mereka. Ada anak yang sudah menguasai bacaan jawi dengan menghabiskan 7 buah buku ini dalam masa seminggu. Mengagumkan. Kebiasaannya buku ini digunakan di tadika, kerana itu agak sukar untuk menemui buku ini di kedai-kedai buku. Siri Buku Ibu Ajarku Jawi ini…

Continue reading
in Review

Cara Mudah Belajar Jawi

Betul ke mudah belajar jawi ni? Ya, mudah apabila kita menggunakan kaedah dan bahan yang betul. Saya sendiri tiada ilmu khusus mengajar jawi kepada anak. Hanya aplikasikan ilmu mengajar membaca yang saya pelajari dari pelbagai sumber. Asas untuk belajar jawi adalah kenal huruf dan bunyi huruf. Jadi seawal anak bayi saya sudah dedahkan dengan VCD lagu huruf jawi yang sesuai dengan minat anak kecil. Suami beli VCD ini dari Kedai Buku Darul Salam di Alor Setar. Salah satu video lagu fonik yang saya masih ingat ialah Alif..Asadun..Singa Ba..battun..Itik Ta..Tufahun..Epal Tsa.. Sampai habis. Semasa anakanda Fateh sekitar usia 3 tahun dia…

Continue reading
mengajar anak membaca
in Aktiviti Anak, Review

5 Idea Ajar Anak Mula Membaca Di Rumah

Hari pertama persekolahan kebanyakan negeri bagi seisi 2017. Semoga semuanya bermula dengan baik-baik sahaja. Alhamdulillah anakanda Fateh pun dah mendaftar di sekolah berhampiran, untuk sesi petang. Semalam dah selesai semua persediaan, jadi pagi ni ummi agak tenang memulakan hari di pejabat kecil ini. Setiap kali kita lihat anak orang lain melalui sesuatu tahap, kita harus sedar satu hari nanti in syaa Allah anak kita juga akan melalui tahap itu. Jadi sebagai ibubapa penting untuk kita menyediakan anak-anak kita sedari awal untuk mampu menghadapi cabaran pada tahap tersebut. In syaa Allah dengan keyakinan yang dipupuk sejak awal dalam diri anak-anak, anak-anak akan…

Continue reading
pretend-play-city
in Aktiviti Anak, Review

Seronoknya Main Olok-olok

Semalam suami saya mengisi masa cutinya bersama anak-anak di rumah. Tinggal di “Pulau Pelancongan” menjadikan kami perlu merancang aktiviti luar pada waktu yang tidak ramai pengunjung dari luar. Pada waktu puncak seperti cuti hujung minggu yang panjang, lebih baik keluar terus dari pulau mutiara ni atau tinggal di rumah sahaja. Perjalanan yang dekat boleh mengambil masa berjam-jam hanya kerana menyertai ‘pesta’ kenderaan di jalan raya. Jadi bila anak-anak tanya apa aktiviti nak buat, saya pun teringat gambar-gambar yang saya download dari facebook ibu-ibu hebat yang lain. Bila suami tengok, dia nak buat idea lain. Tak kisah la, sebab dia yang…

Continue reading
Bermain bead maze
in Review

Apa Perbezaan Mainan Bead Maze Yang Ada Dalam Pasaran

Alhamdulillah, ibubapa sekarang semakin sedar mengenai kepentingan mendedahkan anak dengan mainan pendidikan (educational toys) sejak bayi. Harga tidak lagi menjadi isu kerana ibubapa sedar kebaikan yang akan anak perolehi. 3 tahun lalu memang agak sukar saya nak menerangkan Kebaikan bermain Bead Maze ini. Namun hari ini, kebanyakan kanak-kanak pernah bermain dengannya samada di rumah sendiri, di taska mahupun tempat mainan awam. Semalam ada ibu yang tanya apa beza antara 3 model bead maze/labyrinth ni. Ok, sebelum tu yang penting ialah TUJUAN kita nak bagi anak mainan bead maze ni. Mainan ini direka untuk melatih daya fokus anak. Anak akan fokus pada pergerakan…

Continue reading
in Review

Tips Penjagaan Magic Clay

Alhamdulillah semakin ramai ibubapa yang mengetahui kebaikan Magic Light Clay ini. Minggu ini kebanyakan pelanggan saya mula mendapatkan kit mainan ini untuk anak-anak mereka. Semoga anak-anak mereka memperolehi manfaat yang banyak dari mainan ini. Membeli mainan untuk anak-anak adalah pelaburan. Jadi bagi memastikan pelaburan itu berbaloi dan mainan tahan lama, saya kongsikan tips untuk menjaga Magic Light Clay ni dari cepat rosak Main 1 warna sahaja dalam 1 masa Oleh kerana sifat magic lay ini yang lembut, ia mudah bercampur apabila digunakan dengan warna lain. Biasanya untuk anak usia sekitar 2 ke 3 ni hanya nak main suka-suka menguli saja. Jadi…

Continue reading
in Review, Umum

Tips Penjagaan Buku Magik

Teks : Sakina Hamid Salam pagi minggu ibu-ibu hebat! Menu apa ya pagi ni? Saya rasa macam nak tunggu menu berbungkus ja pagi ni..hihi. Sesekali terbayang nasik lemak zaman-zaman sekolah dulu. Lauknya tak banyak, tapi nikmatnya Masya Allah. Sekarang zaman lauk mewah kan. Ayam seketul besar, makan sampai muak. Tapi jarang jumpa yang kita teringin nak makan lagi kan. Selalunya makan sekadar untuk mengenyangkan ja. Tak tahulah orang lain rasa benda tu ke idok, mungkin saya dan makin banyak umurnya kot.hihi.. Alhamdulillah sehari dua ni dapat banyak maklum balas positif dari pengguna Buku Magik. Rasa syukur dapat sebarkan kebaikan buku magik…

Continue reading
in Aktiviti Anak, Review

Magiknya Buku Ni

Teks : Sakina Hamid Foto : Sakina Hamid Salam hujung minggu ibu-ibu. Alhamdulillah hari ni dapat masuk homeoffice awal pagi, uruskan beberapa perkara sebelum mengadap 2 wajah suci tu. ^_^ Walaupun kita ada macam-macam target untuk kerjaya kita, namun target untuk anak jualah yang jadi keutamaan bila dah bergelar ibu ni kan. Namun bagi saya sendiri, setiap pengorbanan untuk anak itu dapat saya rasakan Allah lebih ‘pandang’. Walaupun semasa melakukannya kita hanya buat dengan pasrah, tapi lambat laun akan terlihat kebaikan darinya. Contohnya dalam minggu ni kedai cikgu ‘diserang’ dengan produk baru iaitu Buku Magik. Sebenarnya saya dah jumpa buku…

Continue reading
in Review

Tips Memilih Mainan Knob

Teks : Sakina Hamid Foto : Google Ibubapa sedia maklum kebaikan mainan knob. Di dalam pasaran, terdapat pelbagai pilihan mainan knob. Saiz dari kecik hingga besar, gambar-gambar yang menarik dan sesuai dijadikan bahan pembelajaran. Namun walaupun semunya adalah knob puzzle, ibubapa perlu membuat penilaian sebelum membuat pilihan. Berikut adalah perkongsian beberapa tips memilih mainan knob supaya anak bukan sahaja dapat bermain, malah ianya selamat dan tahan lama. Saiz puzzle Mainan knob biasanya digandingkan dengan tapak berbentuk puzzle. Ibubapa perlu pastikan saiz puzzle adalah selamat dengan usia anak. Anak yang masih memasukkan objek ke dalam mulut hanya boleh didedahkan dengan tapak puzzle…

Continue reading
Close