Sepetang di Taman Jubli Emas

Ketenangan adalah apabila kita kembali kepada fitrah. Salah satu ruang untuk mendapat ketenangan adalah dengan kembali kepada alam semula jadi. Alam semulajadi yang masih terpelihara dari pembangunan melampau akan membuahkan ketenangan dan melapangkan fikiran. Bukan kita sahaja yang sukakan suasana yang tenang. Anak-anak kecil yang masih suci amat suka dengan alam semulajadi lantaran fitrah mereka […]

5 Idea Ajar Anak Mula Membaca Di Rumah

mengajar anak membaca

Hari pertama persekolahan kebanyakan negeri bagi seisi 2017. Semoga semuanya bermula dengan baik-baik sahaja. Alhamdulillah anakanda Fateh pun dah mendaftar di sekolah berhampiran, untuk sesi petang. Semalam dah selesai semua persediaan, jadi pagi ni ummi agak tenang memulakan hari di pejabat kecil ini. Setiap kali kita lihat anak orang lain melalui sesuatu tahap, kita harus […]

Seronoknya Main Olok-olok

pretend-play-city

Semalam suami saya mengisi masa cutinya bersama anak-anak di rumah. Tinggal di “Pulau Pelancongan” menjadikan kami perlu merancang aktiviti luar pada waktu yang tidak ramai pengunjung dari luar. Pada waktu puncak seperti cuti hujung minggu yang panjang, lebih baik keluar terus dari pulau mutiara ni atau tinggal di rumah sahaja. Perjalanan yang dekat boleh mengambil […]

Meneroka Ilmu di Pameran Sains Pulau Pinang 2016

Hujung minggu baru-baru ini dipenuhi dengan masa bersama anak-anak. Sedari awal pagi saya cuba mencari aktiviti untuk mengisi masa berkualiti bersama anak. Alhamdulillah saya teringat poster mengenai pameran sains 2016 yang lalu di timeline facebook saya beberapa minggu lepas. Saya pun mencari tentatif program untuk merancang waktu yang sesuai. Pagi sabtu adalah perasmian dari Ketua […]

Pengalaman Pertama Anak-Anak Menaiki Bas

Menaiki bas adalah perkara yang biasa bagi orang dewasa. Kebanyakan kita pernah melalui fasa menaiki bas sehingga jemu semasa zaman persekolahan mahupun bekerja. Namun kebanyakan anak-anak zaman sekarang ini sejak kecil hanya menaiki kenderaan sendiri. Jadi pengalaman pertama menaiki bas ini sesuatu yang  menyeronokkan dan menjadi pelajaran baru dalam kehidupan mereka. Saya sudah lama merancang […]

Jom Buat Robot

Teks : Sakina Hamid Foto :Sakina Hamid Hari ni kami 3 beranak duduk-duduk di rumah saja. Suami kerja dan anak-anak pun takda ajak ke mana-mana. Mak lagi la suka takda la risau nak bawa anak keluar sorang-sorang kan. Rumah kan tempat paling selamat untuk anak-anak. ^_^ Semalam dah jalan-jalan kat Pinterest Lubuk Idea untuk cari aktiviti anak-anak […]

5 Kebaikan Buku Magik

Teks : Sakina Hamid Foto :Sakina Hamid Salam hujung minggu!  Apa perancangan kawan-kawan hari ni? Semoga apa jua perancangan kita ianya mengambil kira kepuasan emosi anak-anak. Kerana dengan emosi yang ‘kenyang’, anak-anak akan lebih mudah belajar ilmu baru dan mudah diurus kehidupan seharian mereka, in syaa Allah. Semalam saya agak sibuk melayan pelanggan yang berminat […]

Magiknya Buku Ni

Teks : Sakina Hamid Foto : Sakina Hamid Salam hujung minggu ibu-ibu. Alhamdulillah hari ni dapat masuk homeoffice awal pagi, uruskan beberapa perkara sebelum mengadap 2 wajah suci tu. ^_^ Walaupun kita ada macam-macam target untuk kerjaya kita, namun target untuk anak jualah yang jadi keutamaan bila dah bergelar ibu ni kan. Namun bagi saya […]

5 Cara Bermain Knob Puzzle

Teks : Sakina Hamid Gambar : Google Baru-baru ni ummi dilanda mood rajin mengemas ^_^. Macam biasa la, kalau ada anak kecik ni benda paling malas nak mengemas mainan la kan. Bukan nya apa, punya la lama kita belek mainannya satu-satu, nanti bila dah kemas cantik-cantik kejap ja dah bercampur-campur. Nak dilarang pun itu cara […]

Kenapa Anak Perlu Main Mushroom Nail

Teks : Sakina Hamid Foto : Sakina Hamid Perlu ke bagi anak main Mushroom Nail? Tak la perlu sangat, kalau anak diberi peluang gunakan benda lain untuk bantu perkembangan otot-otot kecil di tangannya. Contohnya aktiviti menyusun batu-batu kecil juga memberi kebaikan yang sama seperi menyusun mushroom nail. Namun tak semua ibubapa berpeluang membawa anak-anak belajar sambil bermain […]

Kebaikan Mainan Knob

Teks : Sakina Hamid Foto : Sakina Hamid Baru-baru ni semasa ambil anakanda Faqihah dari sekolah, guru kelasnya memberikan laporan perkembangannya dalam subjek matematik. Gurunya nampak teruja kerana Faqihah sudah boleh menulis 1-20 tanpa kaedah surihan lagi (dotted line). Dia ada bertanyakan adakah Faqihah sudah mula menulis di rumah. Ya, saya sekadar berkongsi Faqihah memang […]

5 cara bermain Mainan Jenga

Uno stacko! Ingat tak lagi sekitar 10 tahun lalu ada iklan bermain Jenga ni kat tv. Masa tu tengok diorang main enjoy ja kan. Tapi tak tau la nak cari kat mana. Alhamdulillah, bila saya jadi pengedar Educational Toys, semua ini terbentang depan mata. Teruja sangat semasa kali pertama ternampak mainan jenga ni. Mainan ni sangat […]