Cara Mudah Hafal Sifir ini adalah teknik berkesan yang guru saya buat semasa saya darjah 5. Masa tu saya baru pindah sekolah tu, terpinga2 tengok orang lain kemain laju dapat jawab soalan sifir. Rupanya memang latih tubi mingguan. Saya sendiri pun masa darjah 5 tu baru betul-betul ‘lekat’ semua sifir tu, setelah saya pindah jumpa Cikgu Ehsan. Beliau guna kaedah latih tubi ala-ala Kumon tu untuk bagi kami betul2 ingat sifir. Ni cerita zaman 90an yer kome, makhluk Kumon tak dikenali lagi masa tu.hehe. Cara Mudah Hafal Sifir untuk Pelajar Lemah Matematik Kemudian bila saya jadi cikgu matematik, saya dapat…
Saya baru mengalami pengalaman mendebarkan bayi alahan telur setelah anak ke empat. 3 orang anak sebelum ni Alhamdulillah tak pernah alami alahan yang serius, ruam gatal sikit-sikit tu ada la. Tapi pengalaman kali ini agak mendebarkan kerana saya pun tak pernah kenalkan telur pada bayi terlalu awal. Ini juga kesan keterujaan tengok video info pendek tapi tak mengkaji lebih mendalam. Dalam info tu bayi boleh diberi telur seawal 8 bulan, oleh kerana anakanda Fayyad sudah 10 bulan saya pun yakin saja berikan sesudu besar telur bercampur bubur kepadanya. Respon awal gejala alahan telur Sejurus lepas makan dia mula gelisah. Selepas…
Hari ini saya ambil masa bertenang merenung perjalanan sebagai ibu. Serasa baru saja saya bersendirian memikirkan isu-isu jagaan anak yang masih kecil, hari ini mereka sudah meniti usia remaja. Alhamdulillah syukur dengan nikmat pinjamanNYA. Bila memikirkan anak, seringkali ia hadir bersama kebimbangan mengenai masa depan mereka. Bagaimana jalan hidup yang mereka akan tempuh, apa mereka akan buat, di mana kehidupan mereka bakal berlabuh. Benda2 macam ni kalau kita fikir dan fikir pun sebenarnya takda jawapan pun. Kita boleh merancang tapi akhirnya perancangan Allah jualah yang terbaik untuk kita semua. Cuma 1 senjata utama yang kita ada adalah DOA. Sebenarnya anak…
Ada anak susah makan ubat ni memang jadi mimpi ngeri untuk kita setiap kali anak tak sihat kan. Lagi-lagi ubat PCM (Parecetamol), memang tak sempat sampai tekak anak dah luahkan balik. Ubat tu pahit sebenarnya, jadi memang tak pelik la anak tak nak telan.
Dari anak pertama sampai ke 4, macam-macam cara la jugak kami buat setiap kali anak tak sihat. Memang semua jenis kena berperang sakan bila nak bagi ubat. Saya kongsikan pengalaman ni moga ada yang bermanfaat untuk kalian.
Ambil ubat di klinik homeopathy
Untuk anak pertama dan kedua kami yang susah makan ubat, kami beli ubat demam,batuk & selsema dari klinik homeopathy. Ubatnya jenis biji kecil-kecil warna putih, rasa manis. Jadi takda masalah langsung nak bagi diorang makan bila-bila masa pun, dan Alhamdulillah ubat ni sangat serasi dengan anak-anak kami.
Ubat homeopathy disembur ke atas bebola gula yang manis
Untuk bawah setahun ubat di ada juga jenis cecair. Saya pun selalu ambil ubat batuk jenis cecair dari Homeopathy, ubatnya tak mengantuk. Jadi kalau anak anda jenis susah makan ubat, mungkin boleh cuba ikhtiar cara ini.
Pendekatan psikologi untuk anak susah makan ubat
Cara ini saya belajar masa anak ke 3, lambat sungguh kan.heheh. Antara yang saya belajar, kita jangan buat sesi makan ubat tu macam satu benda yang menggerunkan anak. Kena relaks santai-santai macam kita nak makan benda lain jugak, tak perlu la nak pegang dia kuat-kuat sampai dia rasa terancam!
Susah makan ubat boleh jadi faktor psikologi merasa pengalaman buruk sebelum itu
Jadi secara psikologinya anak akan nampak benda tu biasa, maka anak pun akan tenang hadapi sesi makan ubat dan tak jadi fobia untuk dia.
Menjadi ke?
Saya rasa menjadi kalau ubat tu tak pahit sangat.haha.
Bagi Jus Rizzqy untuk anak susah makan ubat
Haaa..ini claim berani mati namanya.kihkih. Ini pengalaman saya saja, saya dah buat dan nampak hasil jadi saya rasa nak berkongsi kat sini untuk yang sedang mencari cara untuk anak kalian.
Saya faham perasaan mak yang anaknya susah makan ubat. Demam tinggi, nak suap ubat kena berperang sakan, macam2 cara kita paksa kadang dan masuk mulut pun dia ludah luah balik. Jadi apa lagi cara nak bagi anak kebah kan.
Yang pentingnya kita kena faham, demam ni bukan penyakit. Ia adalah simptom yang menunjukkan badan senang bekerja untuk lawan jangkitan dalam badan. Jadi yang badan perlukan sebenarnya adalah kekuatan antibodi untuk lawan jangkitan tu.
Bila saya jumpa jumpa Jus Rizzqy ni, saya tengok kandungan dalam tu semuanya superfood. Madu tualang, kurma, aprikot ,delima, buah tin, cendawan susu harimau serta Omega 3&5. Jadi antara kebaikan jus ini ia dapat bantu antibodi badan lebih kuat.
Anakanda Fathinah mula demam semalam pagi semalam, hidung pun mula berair. Saya pun cubalah bagi dia 1 sudu jus Rizzqy. Lepas tu nampak dia bersin keluar hingus yang pekat. Lepas tu suhu demam dia turun. Nampak macam berfungsi.
Jus Rizzqy adalah minuman kesihatan yang selamat untuk kanak2 seawal 2 tahun
Lepas beberapa jam demam dia naik balik, saya bagi lagi 1 sudu. Dan sama juga lepas bagi tu dia nampak mengantuk sikit dan tak lama lepas tu suhu demam pun turun.
Ikutkan untuk pengambilan harian 2 sudu dah mencukupi. Tapi sebab tengah demam ni saya up kan pengambilan. Ini dah dirujuk dengan pakar sebab Rizzqy ni bukan ubatan, ia kategori makanan jadi tiada isu lebih dos.
Alhamdulillah lepas sehari semalam, pagi esoknya demam Fathinah dah kebah. Tinggal selsema ja ada sikit-sikit lagi lepas tu petangnya dia main hujan pulak.kihkih.
Kalau tengok pengalaman ibubapa ni pun memang Jus Rizzqy ini dapat membantu anak lebih cepat pulih dari demam, batuk dan selsema.
“Sekarang dah jarang demam”
“Batuk & selsema dah hilang”
“Anak dah jarang selsema”
Apa-apa pun ini hanyalah perkongsian pengalaman kami, bukan pembuktian ia akan berkesan untuk semua orang. Bila anak tak sihat ni kita hanya berikhtiar, ubat hanyalah asbab kesembuhan. Tapi yang akan bagi kesembuhan hanya Allah As Syifa, yang boleh bagi kesembuhan samada dengan makan ubat atau pun tidak. Wallahualam.
Kali pertama saya tau mengenai ekzema adalah sekitar 10 tahun lepas. Masa tu kawan datang rumah tengok pipi anak dia merah kemain. Dia cuba fahamkan kami dengan masalah ekzema tapi memang otak tak dapat nak proses maklumat masa tu. Lagi simpati tengok keadaan anaknya yang ‘nampak sakit’. Zaman tu macam jarang sangat la jumpa bayi masalah ekzema ni, mungkin kalau ada pun lebih cenderung untuk sembunyikan dari khalayak ramai. Tapi hari makin hari rasa ekzema ni macam dah terlalu biasa kan. Memang mencabar tapi ia satu keadaan yang perlu dihadapi. Bagi ibubapa yang anak-anak sihat tanpa masalah ekzema ini adalah…
Penyakit kulit boleh dirawat melalui beberapa cara alami. Berikut adalah beberapa tips yang boleh digunakan untuk melegakan masalah kulit: Mandi menggunakan air garam Apabila anak disahkan mengalami ekzema, corak pemakanan keluarga kami berubah kepada makanan yang lebih sihat. Untuk rawatan secara semula jadi, saya mandikan anak air garam berwarna merah jambu dan guna air sejuk sahaja. Selepas mandi, saya tidak lap, cuma tekan tubuhnya secara lembut menggunakan tuala. Dengan cara ini, saya dapati ia dapat melegakan kegatalan pada kulit anak saya. Saya juga amalkan anak-anak tidak makan makanan manis pada bulanan penuh iaitu 13,14,15 mengikut tarikh Islam pada setiap bulan …
Semua ibubapa impikan kulit bayi sentiasa halus mulus tanpa sebarang masalah. Namun seringkali anak kecil hadapi masalah kulit seperti ekzema, kerak kepala, ruam panas, ruam lampin, alahan dan impetigo. Antara punca berlakunya masalah kulit adalah faktor cara penjagaan, genetik dan faktor kulit bayi yang belum matang. Ekzema Bayi Ekzema selalunya terdapat di muka, pergelangan tangan. Menurut kajian, penyakit ekzema mempunyai pertalian genetik. Sekiranya salah seorang sama ada ibu atau ayah merupakan penghidap ekzema maka ia memberi kesan genetik itu kepada anak-anak. Ia terjadi apabila penghadang kulit tidak berfungsi dengan baik sehingga menyebabkan alahan mudah meresap ke lapisan kulit yang menyebabkan…
Masalah kulit boleh terjadi kepada anak kecil mahupun orang dewasa. Banyak faktor yang mendorong berlakunya masalah ini. Sebelum kita kupas faktor terjadinya masalah kulit ini, jom kita kenali antara jenis masalah kulit yang kerap berlaku. Ekzema Ekzema selalunya terdapat di muka, pergelangan tangan. Menurut kajian, penyakit ekzema mempunyai pertalian genetik. Sekiranya salah seorang sama ada ibu atau ayah merupakan penghidap ekzema maka ia memberi kesan genetik itu kepada anak-anak. Ia terjadi apabila penghadang kulit tidak berfungsi dengan baik sehingga menyebabkan alahan mudah meresap ke lapisan kulit yang menyebabkan berlakunya alahan dan seterusnya mengakibatkan kehilangan kulit yang banyak. Penyebab terbentuknya ekzema…
Menulis adalah kemahiran penting bila anak memasuki alam persekolahan. Namun tak semua anak dapat menulis dengan baik walaupun sudah ke sekolah rendah. Kemampuan menulis sangat berkait rapat dengan perkembangan otot tangan, kerana anak perlu menggunakan kemahiran motor halus dan kasar semasa menulis. Kebanyakan kanak-kanak hari ini kurang aktif menggunakan jari ketika bermain kerana banyak bermain menggunakan gajet. Kerana itu ibubapa perlu kerap membuat aktiviti ataupun senaman yang merangsang perkembangan motor anak-anak sekaligus memudahkan untuk ajar anak menulis kelak. Saya kongsikan beberapa aktiviti mudah dah sesuai dijalankan di rumah semasa bercuti. Main botol air jenis semburan atau picit Anak kecil memang…
Taman Metropolitan Relau, Tempat Rekreasi Menarik untuk Kanak-kanak di Penang. Bila ada anak sedang membesar pasti akan tercari-cari tempat nak bawa anak bersiar-siar hujung minggu kan. Tambahan pula jika tinggal di rumah apartment, lagi lah rasa kesian kalau tak bawa anak keluar menghirup udara yang segar. Kalau di Penang, salah satu tempat kegemaran kami ialah Taman Metropolitan Relau ni. Kawasannya luas dan banyak aktiviti seisi keluarga yang boleh dibuat di sini. Suasana hijau dan udara yang segar ini sentiasa dirindui oleh penduduk di bandar macam kami ni. Taman ini terletak di dalam kawasan perumahan di Relau, Bayan Lepas. Boleh google…
Tips Asah Bakat Anak Pandai Melukis ini adalah dari pengalaman saya sendiri. Anak kedua ni sering di bayangi dengan bakat abang atau kakaknya. Anakanda Fateh memang dari awal suka melukis komik. Tapi Faqihah lebih cenderung pada lukisan bebas tapi ada plot cerita. Bila Fateh asyik ajak dia lukis komik, dia pun mengadu kat saya “Ummi, adik tak pandai la lukis komik macam Fateh” Takpe, adik lukis ja apa2 yang adik nak lukis. Tak payah ikut orang lain. Dan hasilnya kebelakangan ni Faqihah kerap lukis kronologi cerita macam ni. Tatau la panggil apa kan, tapi dia enjoy dengan apa yang dia…
Cara Selamat Hilangkan Sembelit antara ilmu penting yang saya selalu cari. Pengalaman dua orang anak mengalami sembelit yang panjang menyebabkan saya sangat concern dengan isu ini. Masa Fateh tak berak berhari-hari saya pernah bawa dia berjumpa pakar kanak-kanak. Kemudian Faqihah pulak pernah sembelit sampai berak berdarah sampai rujuk kat doktor jugak. Semua ni jadi pengalaman untuk saya dan saya catatkan di sini supaya lebih ramai ibubapa dapat elakkan kejadian ini berlaku pada anak masing2. Hari ini saya dengar perkongsian mengenai sembelit dari Dr Amalina Mohd Daud, Founder Makanan Bayi Toddible yang berpengalaman luas mengendalikan kes berkaitan sembelit bayi dan kanak-kanak….