Category

Ilmu Keibubapaan

in Ilmu Keibubapaan, Review

Anak Suka Sepahkan Mainan? Ikuti 5 Tips Anak Tak Cepat Jemu dengan Mainan

Sebagai ibubapa pasti rasa kecewa bila lihat mainan anak-anak berhabuk tak terusik. Ataupun anak sepah mainan semua kemudian tinggalkan begitu saja. Langsung tak endah nak main ke, nak kemas ke. Pernah jadi macam tu tak? Kalau pernah mungkin boleh cuba tips anak tak cepat jemu dengan mainan ni. Tips ni diambil dari ‘orang lama-lama’ dan sudah saya praktikkan hampir 5 tahun. Alhamdulillah ia berkesan untuk anak-anak saya. Jom saya kongsikan tips nya. 1) Simpan mainan mengikut set Ini sangat membantu untuk anak mengoptimumkan penggunaan mainan. Memang anak akan mencampur pelbagai mainan semasa bermain, itu adalah cara mereka berkreativiti. Tapi semasa menyimpan…

Continue reading
in Aktiviti Anak

Aktiviti dari Mainan Berterabur

Teks : Sakina Hamid Foto : Sakina Hamid   Mainan berterabur bagaikan petunjuk bahawa rumah mempunyai anak kecil. Ia sesuatu yang menyakitkan mata, namun ada masanya kita boleh manfaatkan keadaan ini untuk beraktiviti bersama anak-anak. Mari kita lihat bagaimana untuk ambil kesempatan dan mainan anak yang berterabur ini untuk mewujudkan aktiviti yang berfaedah. Sekaligus mainan pun sudah siap dikemas oleh anak-anak selepas habis beraktiviti. 1) Pengkelasan warna Setiap anak akan sebut warna pilihan masing-masing Beri tempoh (2 minit contohnya) untuk anak ambil semua mainan warna pilihannya Sebaiknya keluarkan mainan yang bukan warna pilihan 2) Mengira Beri masa untuk anak mengira…

Continue reading
in Aktiviti Anak, Ilmu Keibubapaan

Tips latih anak minat membaca dari bayi

Wah..macam ekstrem bunyinya latih bayi minat membaca kan, tapi ia memang tidak mustahil. Kan pepatah ada menyebut, Melentur buluh biarlah dari rebungnya. Jadi, seawal mungkin kita cuba terapkan budaya membaca di kalangan anak-anak kita, in syaa Allah. Boleh membaca dan minat membaca adalah dua perkara yang berbeza. Ramai yang boleh membaca, tapi malas untuk mencari ilmu melalui membaca. Kerana itu kita perlu terapkan keseronokan membaca sejak kecil lagi. Saya sungguh teruja dengan tips melatih bayi minat membaca yang saya dapat dari buku ‘Creative Parenting Today’ hasil tulisan Andi Yudha Asfandiyar. Disini saya kongsikan beberapa tips  yang telah diolah untuk kita…

Continue reading
in Aktiviti Anak

Anak Tak Suka Tulis Guna Pensel?

Teks : Sakina Hamid Foto : Sakina Hamid & Google   Anak yang tak suka tulis guna pensel tidak bermakna dia tak minat menulis. Cuma dia lebih berminat dengan teknik yang lebih kreatif. Untuk anak belajar menulis, ia tidak semestinya bermula dengan pensel dan kertas. Asas untuk anak belajar menulis ialah dengan teknik menyurih. Merujuk kepada buku ‘Didik Anak Jadi Pintar’, Kaedah menyurih (tiru bentuk sebenar) huruf terbukti dapat membantu anak mahir menulis dengan lebih cepat. Apabila anak telah dapat menyurih dengan baik, barulah mula menulis huruf  titik-titik.                     Flashcard Marker untuk bahan rangsangan…

Continue reading
in Ilmu Keibubapaan

Minat membaca VS Pandai membaca

Mana lagi penting? Hasil dari survey rakan-rakan facebok, 9/10 daripada ibu2 berpendapat MINAT membaca lebih penting dari PANDAI membaca. Pengalaman saya sebagai ibu, memupuk MINAT MEMBACA perlu dilakukan seawal mungkin. Bermula dengan anak sukakan buku, diikuti dengan minat nak tahu kandungan buku. Semasa anak sulung (Fateh)dulu, saya tidak meletakkan apa-apa matlamat untuk AJAR MEMBACA. Tapi kami sentiasa bacakan buku kepadanya. Fateh akan bawa buku yang dia minat untuk kami bacakan. Rutin santai ini berlaku dimana-mana tanpa apa2 tekanan. Menjelang usia adiknya(Faqihah) berusia 3 tahun, dia mula ‘mendapat’ habit abangnya. Maka, aktiviti bacakan buku sudah ada giliran. Berlumba2 nak suruh bacakan…

Continue reading
AjarAnaktentangJerebu
in Ilmu Keibubapaan

Tips Ajar Anak tentang Jerebu

Apa asap banyak-banyak ni ummi? Tu la jerebu nak.. Owh..jerebu ..Kena pakai topeng macam  Upin Ipin la. Ya..nanti kita pergi beli. .. Dan topiknya berkisar mengenai jerebu yang kebanyakan konsepnya telah difahami secara tak langsung dari cerita Upin Ipin. Bagus la jugak kan, kurang masalah ummi nak cari ayat-ayat mudah buat penerangan.hihi. Walaupun anak-anak teruja melihat sendiri keadaan jerebu, teruja dapat pakai topeng macam Upin Ipin, tapi suasana ini perlu ditangani dengan bijak oleh ibu bapa. Teruja tu kejap ja, dah bosan lama-lama berkurung tu jenuh la nak fikir aktiviti untuk di orang pulak kan. Boleh la keluarkan idea2 aktiviti…

Continue reading
Pengalaman Anak Lambat Bercakap
in Ilmu Keibubapaan, Pengalaman hidup

Anak Petah Bercakap sering dapat pujian

Tadi singgah solat kat masjid Al Muttaqin, Jitra. Dari tempat wuduk sampai masuk tempat solat Faqihah dok cotcet2 tanya itu ini. Sekali makcik yang sama-sama amik wuduk tadi pun cakap ‘Pandai dia bercakap no..’ Saya senyum ja la, bersyukur dalam hati. Ya..memang seronok tengok anak kecil petah bercakap, ada2 saja idea yang comel keluar dari mulutnya. Tapi..Allah pernah beri saya peluang merasai ‘nikmat’ anak lambat bertutur. Dah pernah rasa di sana sini orang membanding dengan kanak2 seusia, dah pernah rasa kerisauan demi kerisauan bila baca tentang anak2 lewat bercakap. Dah pernah rasa berdebarnya bawa anak jumpa pakar kanak-kanak dan dah pernah…

Continue reading
in Ilmu Keibubapaan, Review

Cara rangsang perkembangan bahasa sejak bayi

“Puan, anak saya umur 8 bulan. Apa mainan yang sesuai dengan anak saya?” Ini adalah soalan lazim yang saya terima sedari awal saya menceburi bidang bisnes pendidikan. Semua ibubapa menginginkan yang terbaik untuk anak-anaknya. Dan memenuhi keperluan anak-anak mengikut usia adalah salah satu usaha ibubapa menggilap kecemerlangan anak-anak, in syaa Allah. Sebenarnya ada beberapa persoalan asas yang perlu ibubapa fahami. Mainan hanyalah alat untuk anak-anak belajar sesuatu melaluinya. Apa yang lebih penting ialah apa matlamat perkembangan yang ibubapa mahu capai dari aktiviti-aktivti bersama anak. Adakah nak anak lebih kreatif, anak belajar asas membaca, pendedahan awal mengira atau untuk menggilap IQ…

Continue reading
Close