Category

Ilmu Keibubapaan

in Ilmu Keibubapaan, Umum

Anak Selalu Nak Berdukung, Normalkah?

Pengalaman ada sulung yang sentiasa nak berdukung sangat mengajar saya menjadi ibu yang sentiasa belajar menguruskan anak. Tak dinafikan timbul rasa cemburu tengok anak orang lain mudah diurus, sedangkan anak sendiri perlu diberi perhatian hampir setiap masa.  Badan lenguh tak payah cakap la, mujur la anak tak chubby sangat. Tambah pula dengan pandangan orang sekeliling macam kita ni manjakan sangat anak. Walhal nanti kita letak anak kat bawah, anak menjerit-jerit diorang juga yang nak komplen macam-macam. Maka bertabah je lah.Hehe Tapi hari ini saya nampak banyak hikmah yang saya dapat dari pengalaman ni. Asbab dapat anak yang ‘susah jaga’, saya…

Continue reading
begsekolahringan
in Ilmu Keibubapaan, Umum

Beg Sekolah Anak Darjah 1

Sekarang ni ibubapa dah mula buat persediaan nak beli barang persekolahan anak-anak kan. Bila nak beli beg, antara persoalannya nak beli beg galas ke beg beroda. Masa anakanda Fateh nak ke darjah 1, saya pun survey juga benda ni. Dari pandangan kita di luar pagar sekolah, nampak beg beroda macam praktikal. Tapi saya kongsikan pandangan guru sekolah rendah mengenai beg beroda. 1. Beg beroda biasanya lebih berat. Jadi anak memang kena tarik sepanjang masa walaupun dia nak naik tangga dan lalu tempat yang kurang rata. Jadi kalau ibubapa tahu lokasi kelas anak, agak membantu untuk buat keputusan jenis beg. Untuk…

Continue reading
bahayasikapnarsisisme
in Ilmu Keibubapaan

Bahaya narsisisme pada anak

Bahaya narsisisme pada anak  sangat menggerunkan. Ini kali pertama saya mendengar huraian yang panjang lebar mengenai ‘narsisisme’. Sambil memandu saya dengar dari slot Suluh Budi di stesen radio IKIM. Narsisisme adalah satu keadaan di mana seseorang itu mempunyai perasaan cintakan diri sendiri yang melampau. Antara ciri-ciri golongan narsistik ini ialah amat mementingkan penampilan, terlalu mengharapkan pujian dan tidak dapat menerima kelemahan. Beliau menjadi seorang yang sangat pentingkan diri sendiri. Jika anda sedang terbayang seseorang ketika ini, boleh jadi beliau mengalami masalah narsisisme. Hehe. Banyak lagi kupasan panel mengenai keburukan golongan narsistik ini. Tapi apa yang menarik perhatian saya adalah punca…

Continue reading
urutankakivitaflex
in Ilmu Keibubapaan

Urutan bayi dengan Teknik Vitaflex

Urutan bayi dengan Teknik Vitaflex adalah untuk memastikan kesan yang lebih baik pada anak. Semakin ramai ibubapa hari ini sedar urutan bayi dapat membawa banyak kebaikan pada anak. Anak akan lebih tenang, tidur lebih nyenyak, penghadaman lebih lancar dan banyak lagi. Ada pelbagai teknik urutan untuk bayi. Salah satu yang bagus untuk diamalkan ialah urutan vitaflex. Urutan vitaflex biasanya digunakan bersama minyak aromaterapi seperti essential oil untuk membantu minyak meresap dengan lebih efektif dan membawa kebaikan ke seluruh badan. Urutan vitaflex dilakukan pada tapak kaki dan tapak tangan pada Zon saraf yang berkaitan dengan sistem badan kita. Zon ini ditujukkan…

Continue reading
bayi tak berak 3 hari
in Ilmu Keibubapaan

Cecair enema, ubat sembelit paling cepat berkesan

Bila anak dah sembelit mesti kita akan cari cara paling cepat untuk atasi masalah tu kan. Ibubapa mana yang sanggup nak tengok anak dok meraung sembelit. Apa ja yang dapat selesaikan masalah tu segera mesti kita akan buat. Pilihan paling cepat dan murah ialah menggunakan cecair enema. Kat rumah saya panggil sabun pam bontot. Haha. Cecair enema ni dalam bentuk tiub, boleh didapati di farmasi sekitar rm2 untuk 1 tiub. Saya cari cara guna jumpa poster ni, jadi saya kongsi kat sini ya untuk ibubapa yang kali pertama nak guna cecair enema ni. Langkah 1 : Basuh tangan langkah 2 :…

Continue reading
punca anak sembelit
in Kesihatan bayi dan kanak-kanak

5 Cara hilangkan sembelit pada bayi dan kanak-kanak, no 5 tu paling mudah!

Fasa anak sembelit memang merunsingkan semua ibubapa. Anak jadi kerap meragam, kurang selera makan dan nak tidur pun susah. Ini semua berpunca dari perut yang kurang selesa. Tambah kritikal bila dah masuk fasa sembelit berdarah macam anak saya dulu. Makin  bertambah susah hati la kita setiap kali tengok anak meneran. Punca bayi dan kanak-kanak sembelit Bayi menyusu sepatutnya tidak mudah sembelit Molekul susu ibu tu memang dah sesuai dengan usus bayi jadi sangat mudah dihadam. Jadi ada fasa bayi menyusu ni jarang buang air besar, biasanya sekitar usia 3 bulan macam tu. Kebanyakan kandungan susu ibu tu dah diserap, jadi…

Continue reading
in Aktiviti Anak

Anak Suka Kira Duit Raya

Alhamdulillah sudah syawal ke 11 hari ni, dan anak-anak pun sudah mula bersekolah. Semua kembali ke rutin harian meneruskan tanggungjawab masing-masing di muka bumiNYA. Walaupun letih bermusafir dari utara ke pantai timur, namun seronok dapat bertemu semua ahli keluarga. Dan aidilfitri kali ini juga anakanda Faqihah sudah semakin faham aktiviti berhari raya. Memang jelas sungguh jiwa ‘tokey’ dalam dirinya. Kalau abangnya tak pernah kisah pun dengan sampul duit raya, lain sekali adiknya. Setiap kali balik dari beraya dia akan susun semua hasil kutipannya cantik-cantik. Tak kira pun, susun ja.Haha. Tapi memang perasan la sejak kecil Faqihah memang suka duit. Suka…

Continue reading
anaksukahaiwan
in Ilmu Keibubapaan

Bila Waktu Terbaik Kenalkan Allah kepada Anak?

Akidah adalah prinsip paling penting yang wajib diterapkan dalam setiap diri anak-anak. Dengan pegangan akidah yang mantop, anak boleh membawa diri menghadapi pelbagai pancaroba kehidupan yang tidak terjangkau oleh pemikiran kita. Soalnya, bila nak mula? Alhamdulillah semasa hadir ke seminar A.N.A.K.K.U, penceramah berkongsi mengenai hal ini. Menurut Puan Siti Rohana, seawal usia 1 tahun kita boleh mula bagi anak kenal siapa yang paling utama dalam hidup dia. Tak payah bukak kitab tauhid pun, semua muslim boleh buat. Ini tips yang beliau kongsikan. Sebut Nama Allah kepada Anak Sebut sahaja “Allah”. Jadikan ini amalan kita sebagai ibu. Takda apa-apa nak sebut,…

Continue reading
latih anak puasa di bulan ramadan
in Ilmu Keibubapaan

Raikan Anak Kecil Berbuka Puasa

Alhamdulillah syukur Allah pilih kita untuk berada dalam madrasah Ramadan tahun ini. Sebuah nikmat besar untuk sekalian muslim. Dalam usaha kita sebagai ibubapa meningkatkan kualiti Ramadan, ini jugalah peluang kita melatih anak-anak berpuasa. Melatih anak berpuasa memang memerlukan pada kesabaran, dan tak kurang juga pelbagai kenangan indah muncul di saat itu. Kali pertama anakanda Fateh belajar berpuasa pada usia 6 tahun. Alhamdulillah ia dimulakan dengan kesediaannya sendiri. Masa tu saya hanya sasarkan anakanda Fateh berpuasa sehingga jam 12 tengahari. Alhamdulillaha ada hari yang boleh sampai jam 2.30 petang, dan ada juga yang terbabas seawal 11.30 pagi kerana kecuaian ummi. Tambahan…

Continue reading
BalmCalmtimeMudahkanUrusAnakMeragam
in Ilmu Keibubapaan

Balm Calmtime Mudahkan Ibubapa Urus Anak Meragam

Mempunyai anak adalah impian setiap pasangan yang sudah berkahwin. Melayan kecomelan anak kecil memang kebahagiaan semua ibubapa. Namun bukan setiap masa anak akan kelihatan comel kan. Bila mereka mula meragam dan merengek tanpa sebab, ia mengundang gelisah pada kita. Tambah pula bila kita berada di luar atau bersama orang ramai. Ini semua cukup untuk membuatkan ibubapa risau untuk membawa anak kecil keluar. Sebenarnya ada kaedah semulajadi untuk tenangkan anak kecil yang kerap meragam dan menangis tanpa sebab. Jika lihat kebiasaan ibu-ibu kita akan sapu minyak pada bayi selepas mandikan bayi, Ia satu amalan yang dapat bantu bayi bertenang. Lagi bagus…

Continue reading
www.mouthsofmums.com.au
in Ilmu Keibubapaan

5 Tips Anak Mudah Tidur Malam

Waktu tidur selalu menjadi drama apabila ada anak yang masih mahu bermain dan tidak menunjukkan tanda-tanda sudah mengantuk. Ini seringkali berlaku untuk anak sekitar 2-5 tahun yang belum teratur pola tidurnya. Ada ibubapa yang sanggup menurut sahaja kemahuan anak-anak untuk berjaga malam. Namun hakikatnya ia adalah gaya hidup yang tidak sihat kerana tidur yang cukup pada waktu malam sangat penting untuk membantu tumbesaran anak. Dari pengalaman saya yang pernah alami anak sukar tidur malam, saya catatkan 5 tips ini. Semoga ia dapat membantu ibubapa menguruskan anak dengan lebih teratur. Pastikan anak makan malam awal Makan malam sebaiknya di ambil 4…

Continue reading
anaksukatanyasoalan
in Ilmu Keibubapaan

3 Teknik Rangsang Anak Suka Bertanya

Hujung minggu baru-baru ini saya berpeluang sekali lagi belajar ilmu keibubapaan bersama Puan Siti Rohana. Kali pertama saya menadah ilmu dengan beliau tahun lepas dalam Seminar A.N.A.K.K.U. Terasa macam cepat sangat masa berlalu, ilmu yang dulu pun masih banyak yang belum amal. Dan pertemuan kali ini telah menyuntik lebih banyak ilmu dan semangat, Alhamdulillah. Satu panduan ringkas yang beliau bagi tapi sangat mengujakan saya ialah bagaimana merangsang anak yang suka bertanya. Kita sedia maklum semua kanak-kanak akan melalui satu fasa suka bertanya. Pelbagai pertanyaan boleh muncul sehingga boleh membuatkan kita sebagai ibubapa hilang punca nak mencari jawapan. Namun ada teknik…

Continue reading
Close