Category

Ilmu Keibubapaan

apaitudoodleart
in Aktiviti Anak

Apa itu Doodle Art?

Penat perjalanan semalam masih terasa, namun ia bukan alasan nak bersenang lenang. Banyak yang perlu dibereskan bila seharian berada di luar semalam. Namun penat bukan alasan untuk mensia-siakan peluang yang ada depan mata kan. Saya rasa sangat bersyukur dapat bertemu dengan Puan Nor Abdullah semalam. Macam mimpi pun ada. Selama ni jumpa kat alam maya ja, memang tak sangka dapat bertemu muka kerana beliau menetap di Aran Saudi selepas berkahwin. Alhamdulillah kebetulan dia balik berjumpa keluarga, ada juga peluang anak-anak saya berguru dengan beliau. Melukis memang hobi anak-anak. Dan mungkin juga bakat. Namun ia jauh sama sekali dengan kemahiran yang…

Continue reading
in Aktiviti Anak, Ilmu Keibubapaan

Tak Perlu Bela di Rumah Walaupun Anak Suka Kucing

Petang tadi kami berehat di perkarangan masjid sementara menanti anakanda Fateh solat. Faqihah memang suka dengan persekitaran begini kerana dia sukakan alam semulajadi. Selain membelek pokok-pokok diperkarangan masjid, memberi makan kucing juga sudah menjadi rutin mereka berdua. Walaupun Faqihah sukakan haiwan, saya cuma melatihnya untuk suka haiwan sekadarnya. Jika tujuan kita sukakan haiwan untuk merebut pahala berbuat baik kepada haiwan, tiada keperluan untuk kita memelihara haiwan tersebut di rumah. Cukuplah sekadar menjadikan rutin memberi makan haiwan setiap hari atau bila berkesempatan. Saya melihat budaya memelihara haiwan kesayangan sehingga mengeluarkan kos yang banyak sebagai satu hobi yang tidak bermanfaat. Dalam keadaan…

Continue reading
Muhammad Fateh bin Shamsul Ery
in Aktiviti Anak

8 Tahun Sudah Anak Sulung Kami

Selamat datang 2018! Awal tahun sinonim dengan azam tahun baru, persiapan ke sekolah, pendaftaran di sana sini dan pelbagai perubahan lagi. Oh ya, tak dilupakan promosi Y.E.S yang biasanya baru berakhir. Haha.. Dan bagi saya, awal tahun baru adalah saat saya mengimbau kenangan 8 tahun lepas. 2.1.2010. Dalam kesibukan orang lain menyambut tahun baru, saya sedang bertarung nyawa menyambut kelahiran permata hati sulung. Masa tu saya masih bertugas sebagai guru. Saya masih hadir ke mesyuarat guru pembukaan tahun dalam keadaan yang sudah sarat. Saya sempat mengisi maklumat dalam buku rekod mengajar dan menyusunnya molek-molek di atas meja. Dan selepas selesai…

Continue reading
BacalahAnakku
in Ilmu Keibubapaan, Review

Kelebihan Pakej Bacalah Anakku

Bila nak mula ajar anak membaca kita pun sedar ada banyak pilihan pakej belajar membaca di pasaran. Sekali tengok macam semuanya best. Semua nampak berkesan. Betul tak? Dan memang pun semua kaedah tu berkesan untuk bantu anak belajar membaca. Sebab tu ia ada di pasaran kan. Yang penting  apa pun pakej yang kita pilih, kita perlu tahu apa kelebihan menggunakan pakej tersebut. Salah satu pakej belajar membaca yang telah lama berada di pasaran ialah Pakej Bacalah Anakku. Pakej ini disusun oleh pasangan yang aktif perkenalkan kaedah fonik di Malaysia, Puan Nik Eliani Nik Nawi dan Tuan Othman Ahamad. Mereka berdua…

Continue reading
pengasuhtaska
in Ilmu Keibubapaan

Pengasuh Komplen Anak Agresif?

Saya dah lama tidak menghalusi isu asuhan anak kecil. Alhamdulillah, ia bagaikan bebanan batu yang terangkat apabila saya membuat keputusan bekerja sendiri. Namun pengalaman 5 tahun bergelumang dengan isu ini masih tersimpan di memori. Baru-baru ini seorang ibu muda hubungi saya. Beliau menyatakan kerisauan atas perubahan sikap anak sulungnya. Anak sulungnya lelaki, umur mencecah 2 tahun. Usia yang sedang aktif bereskplorasi. Menurutnya, pengasuh mengadu anaknya semakin agresif. Sering menimbulkan masalah apabila bersama anak asuhan lain. Pengasuh mengugut untuk menghentikan asuhan kepada anaknya jika anak terus bersikap agresif di situ. Ibu ini dirundung kesedihan. Mana mungkin anak seusia 2 tahun itu…

Continue reading
muridsekolahrendah
in Ilmu Keibubapaan

Persediaan Penting Anak ke Darjah 1

Wah..nak masuk darjah 1 pun kena bersedia ke? Yer la, ibubapa sekarang kan semakin peka dengan perkembangan anak-anak. Anak nak masuk tadika pun dah survey macam nak pilih aliran tingkatan 4. 😛 Nak masuk darjah 1 mesti lah kena tau apa persediannya kan. Secara peribadi saya tak nak pun tekankan anak dengan sistem berorentasikan peperiksaan ni. Tapi kita tidak dapat mengelak untuk berfikir tentang tu. Dah kita nak hantar anak ke dalam sistem tu kan, nak tak nak kena la juga pastikan anak kita mampu mengikuti sistem itu dengan baik. Alhamdulillah semalam ibubapa dijemput untuk ambil keputusan peperiksaan di sekolah…

Continue reading
nebulizer
in Ilmu Keibubapaan

Rawat Anak Batuk Tanpa Nebulizer

Anak kecil batuk dan selsema berpanjangan bukanlah masalah kesihatan baru. Ia memang masalah kesihatan biasa namun tidak bermakna boleh dipandang enteng. Membiarkan anak batuk dan selsema berlarutan boleh membawa masalah lain yang lebih serius seperti jangkitan kuman di paru-paru. Atas kesedaran ini, ramai ibubapa muda hari ini memandang serius pada masalah batuk dan selsema. Ini jelas dapat dilihat bagaimana kebanyakan anak kecil hari ini kerap menjalani rawatan nebulizer. Malahan seperti sudah menjadi satu trend pula. Jika dulu, rawatan nebulizer hanya diberikan untuk mereka yang ada masalah pernafasan seperti asma. Ia dilihat sebagai masalah kritikal. Namun atas kemampuan kewangan, ramai ibubapa…

Continue reading
tipsurusanakwaktupagi
in Ilmu Keibubapaan

5 Tips Urus Anak Meragam Waktu Pagi

Pagi-pagi tadi saya turun ke padang permainan sekejap. Rutin harian, ambil angin pagi sambil senaman ringan sikit. Awal pagi juga adalah waktu yang bagus untuk buat teknik pernafasan dan visualisation. Cuma pagi ni ketenangan tu terganggu sikit dengan suara anak kecil jiran mengamuk. Saya selalu ja selisih dengan jiran ni, biasa anaknya ceria ja pagi-pagi. Pagi ni adalah sesuatu yang tak kena dengan emosinya, sampai ibunya terpaksa tunggu reda baru boleh bergerak keluar. Ya lah, nak dukung adik kecik lagi. Nak layan anak besar meronta lagi. Begitulah rencah awal pagi bila ada anak sedang membesar. Teringat 4 tahun dulu ketika…

Continue reading
punca anak sembelit
in Ilmu Keibubapaan

3 Petua Hilangkan Sembelit untuk Bayi

Tadi dalam grup ibu-ibu ada sembang pasal anak sembelit dan berak berdarah. Ngeri tengok. Terus teringat anakanda Faqihah pernah alami episod berak berdarah selama lebih kurang 3 bulan. Sembelit ni memang masalah biasa dalam  kalangan kanak-kanak. Banyak faktor yang menyebabkan sembelit terutamanya berkaitan dengan pemakanan. Bagi anak yang minum susu formula, masalah sembelit sering menghantui seawal usia bayi. Dan kebanyakan anak kecil terdedah pada sembelit apabila mula mengambil makanan pejal. Sembelit bukan penyakit kritikal, tapi bila dibiarkan berlarutan boleh membawa pelbagai masalah lain. Ramai ibubapa  yang terpaksa bergantung kepada cecair enema untuk atasi masalah sembelit anak walaupun sedar ia bukan…

Continue reading
Bermain di padang permainan
in Ilmu Keibubapaan

Tips bawa anak main di playground tanpa mengamuk

Petang semalam saya temankan anak turun main kat padang permainan. Rutin harian kalau hari tak hujan. Anak dah besar-besar ni dah main sendiri, tapi mak kena turun jugak la atas faktor keselamatan. Jadi nak isi masa tu selalunya saya briskwalk keliling taman permainan tu. Kadang-kadang berbual dengar cerita-cerita mahal warga emas. Boleh ambil pengajaran buat panduan kita yang  masih jauh perjalanan hidup. Kalau umur panjang la kan. Selain tu kat padang permainan ni selalu boleh tengok ‘drama’. Drama anak nak singgah main tapi mak nak balik rumah. Drama anak dah main tapi tak puas-puas. Lepas tu mak angkat jugak anak,…

Continue reading
in Ilmu Keibubapaan

Bolehkah Rumah Sentiasa Kemas Walaupun Ada Anak Kecil?

Boleh ke? Ok, ni saya cerita dari apa yang saya belajar dan pengalaman orang lain ya. MEMANG BOLEH. Asalkan kita tau cara untuk uruskan masa dengan optimum. Benda ni saya belajar dari kelas pengurusan masa. Kandungan kelas memang sangat bagus. Cuma part ni ja saya tak ikut atas alasan saya sendiri. Tambahan pula semasa saya belajar ni, masalah pengurusan anak saya sudah tidak terlalu serius. Kalau masa musim anakanda Fateh asyik mengempeng dulu tu mungkin la saya akan buat. Ok, yang paling utama kita kena ada mindset mengenai pengurusan masa yang betul. Bab ni kena berguru dengan pakar lah ya….

Continue reading
anaksusahmakanubat
in Ilmu Keibubapaan

Bahaya Picit Hidung Anak Waktu Bagi Makan Ubat

Pagi tadi saya terbaca berita viral mengenai seorang bapa yang menggunakan spray hidung untuk atasi masalah hidung tersumbat. Tak sanggup nak tengok keseluruhan video. Tapi dari pemerhatian sepintas lalu, caranya jelas boleh mendatangkan bahaya kepada anak kecil. Ramai yang mengecam cara penggunaannya yang salah. Semoga beliau beroleh petunjuk bagaimana untuk menguruskan masalah kesihatan anak dengan lebih selamat. Isu ini mengingatkan kejadian yang berlaku pada saya sendiri. Saya tak sedar pun la. Tapi abah selalu sangat ulang-ulang kisah ni. Nampak jelas penyesalan di wajahnya. Asal ada topik pasal anak tak sihat ja mesti dia pun bukak cerita ni. 😣 Jadi saya kongsikan…

Continue reading
Close