Fitrah kita sebagai manusia semua benda kita nak kan. Tambah-tambah kalau benda yang kita minat, selagi tak dapat selagi itulah kita teringat-ingat. Samalah seperti anak kecil, setiap hari ada saja permintaan dari mereka. Dan pastinya tidak semua permintaan anak-anak itu kita mampu penuhi kan.

Allahamdulillah, Maha Suci Allah yang Maha Bijaksana menciptakan kehidupan akhirat kepada kita. Disana akan dilunaskan segala apa yang telah dijanjikan Allah buat hamba-hambanya. Dan Allah menciptakan syurga untuk hambanya yang sabar menghadapi segala ujian dunia. Nikmat syurga yang tidak dapat digambar dengan mata, tidak terbayang oleh akal kita itu adalah ganjaran besar buat hamba-hambanya yang benar-benar beriman.

Beruntungkan.

Ya, beruntunglah kita apabila berada di syurga Allah kelak. Kerana apa jua permintaan kita akan Allah penuhi jauh lebih baik dari apa yang ada didunia yang fana ini. Syurga adalah penawar keresahan buat hambaNya yang diuji di dunia, In syaa Allah.

Alhamdulillah, dalam Seminar A.N.A.K.KU yang saya hadiri minggu lepas ada dikongsikan kaedah menanam kecintaan kepada syurga ke dalam jiwa anak-anak. Aktiviti ini seperti bedtime story telling, tetapi hanya menggunakan imaginasi. Setiap ahli keluarga diberi peluang membayangkan apa yang ada di dalam syurganya kelak.

Bedtime story telling

Semalam saya cuba praktikkan ilmu ini. Saya ceritakan bahawa di syurga nanti kita boleh minta apa saja dari Allah. Jadi saya nak syurga saya dipenuhi dengan pelbagai jenis kek yang sedap-sedap! Ya la kan, kat dunia ni kek sedap-sedap kan mahal. Nak makan banyak-banyak dah kolestrol tinggi pulak. Dekat dalam syurga kek nya tak bawa mudarat kan.

Selepas saya bercerita, Faqihah mula membayangkan syurganya akan penuh dengan bunga. Dia sebut warna-warna bunga yang dia nak ada dalam syurga nya. Lepas tu ada rama-rama akan datang hisap madu pada bunga-bunga tu. Masya Allah. Berseri-seri muka Faqihah bercerita mengenai syurganya. Sebenarnya saya kagum dengan jawapan Faqihah. Kerana selama ini saya tak perasan kecenderungan pada bunga. Masya Allah, kesedaran baru untuk saya.

Syurga anakanda Fateh pula penuh dengan keluarga kami, barang-barang dalam rumah kami termasuk oven ummi! Comel ja rasa. Fateh nampak bimbang bila saya tanya pasal ‘syurga dia’. Dia nak kami tinggal bersama-sama di dalam syurga tu nanti. Masya Allah, family man sangat kan.

The Way to Jannah

Buku yang bagus untuk menanamkan kecintaan anak-anak kepada syurga

Alhamdulillah, seisi pertama cerita–cerita syurga kami berakhir dengan gembira. Antara kebaikan cerita syurga ini adalah anak tidur dengan mood yang positif. In syaa Allah mereka mimpi yang baik-baik dan bangun pagi dalam kegembiraan.

Dan cerita syurga ini akan terus berkembang dari masa ke semasa mengikut imaginasi anak-anak. Jadi setiap hari anak-anak akan sentiasa ingat syurga dan teruja untuk ke syurga Allah kelak, in syaa Allah.