Ciri-ciri mainan yang selamat untuk anak umur 1 tahun

Teks : Sakina Hamid

Foto : Sakina Hamid & Google

 

Anak pada usia 1 tahun sedang ghairah meneroka persekitarannya. Suasana rumah yang kondusif dan mesra bayi sangat penting dalam memberi peluang anak mengoptimumkan segala perkembangannya. Biarlah rumah tak dihias cantik dengan objek-objek berbahaya, asalkan anak kita merasa bebas meneroka di dalam rumahnya.

Begitu juga dala pemilihan mainan, pastikan ia selamat untuk anak. Antara ciri-ciri yang perlu dititik beratkan ialah

1) Tiada bucu tajam

Kulit bagi masih nipis dan lembut. Tersilap cara pegang, anak mungkin akan terluka. Ia sedikit sebanyak akan membantutkan minat dan keberanian anak untuk meneroka.

montessori senserial
Pastikan bucu mainan kayu tidak tajam

 

2) Tidak mudah pecah / rapuh

Mainan untuk kanak-kanak yang sebaiknya adalah dari kualiti yang baik. bayi 1 tahun sudah mempunyai kecenderungan untuk menggigit, melempar, mengetuk, memijak mainan dan lain-lain. Mainan yang rapuh & mudah pecah akan mendedahkan anak kepada bahaya tercucuk cebisan yang pecah.

robot

 

 

3) Ringan

Pastikan material yang dipilih adalah dari plastik berkualiti atau kayu ringan. Mainan dari kayu atau bahan logam boleh mencederakan kaki bayi jika terlepas semasa memegangnya.

 

vege

 

4) Saiz besar

Pada usia 1 tahun, penggunaan deria mulut untuk bereksplorasi masih lagi dominon. Pilih mainan yang bersaiz besar,  tidak mudah ditelan oleh bayi. Mainan seperti guli dan bola-bola kecil adalah terlarang di rumah yang mempunyai bayi.


DSC00138

 

5) Pastikan mainan yang mempunyai guli/objek kecil hanya boleh bergerak di dalam gelung.

6) Jika mainan mempunyai tali, pastikan tali itu tidak terlalu  panjang yang boleh akibatkan bayi terjerut leher

bead maze chain

7) Elakkan mainan yang mengandungi air

JIka memilih mainan seperti teether, pilihlah yang mengandungi gel. Mainan yang mengandungi gelembung air akan merangsang anak untuk menggigit dengan geram, sehingga boleh menyebabkan kebocoran pada teether

 

 

One thought on “Ciri-ciri mainan yang selamat untuk anak umur 1 tahun

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge