Cara Selamat Hilangkan Sembelit antara ilmu penting yang saya selalu cari. Pengalaman dua orang anak mengalami sembelit yang panjang menyebabkan saya sangat concern dengan isu ini.

Masa Fateh tak berak berhari-hari saya pernah bawa dia berjumpa pakar kanak-kanak. Kemudian Faqihah pulak pernah sembelit sampai berak berdarah sampai rujuk kat doktor jugak. Semua ni jadi pengalaman untuk saya dan saya catatkan di sini supaya lebih ramai ibubapa dapat elakkan kejadian ini berlaku pada anak masing2.

Hari ini saya dengar perkongsian mengenai sembelit dari Dr Amalina Mohd Daud, Founder Makanan Bayi Toddible yang berpengalaman luas mengendalikan kes berkaitan sembelit bayi dan kanak-kanak.

Menurut Dr Amalina, untuk mengetahui sama ada anak mengalami sembelit atau tidak boleh dirujuk terus pada Bristol Stool Chart.

 Cara Selamat Hilangkan Sembelit pada Bayi & Kanak-kanak

Doktor mencadangkan untuk memudahkan ibubapa membuat kepastian, bandingkan keadaan najis anak dengan Carta Bristol ini setiap kali anak buang air besar.

Jika najis anak jenis 1 & 2, anak sedang mengalami sembelit dan perlu dirawat segera. Jenis 3&4 adalah normal dan jenis 5-7 anak mungkin sedang mengalami cirit birit.

Ibubapa boleh gunakan ini sebagai reward chart bagi melatih anak mendapatkan habit buang air besar yang normal

Jadi bila kita rujuk keadaan najis anak normal, itu tandanya dia tak sembelit. Doktor juga tegaskan bayi yang minum ibu sepenuhnya (bawah 6 bulan) yang tidak campur makanan dan susu formula adalah sangat jarang akan sembelit.

Walaupun sudah seminggu bayi tak membuang, tapi jika perut lembut dan bayi tidak meragam jadi dia tak mengalami sembelit. Pengalaman ini saya sendiri pernah rujuk kepada doktor pakar kanak-kanak seperti saya catatkan di SINI.

Klik si sini untuk Cara hilangkan sembelit yang selamat untuk bayi dan kanak-kanak

3 Punca Sembelit Bayi dan Kanak-kanak

Sebarang perubahan pada diet harian boleh menyebabkan sembelit

Contohnya bayi yang minum susu ibu, semasa tukar atau tambah susu formula dalam diet boleh mengalami sembelit. Begitu juga jika anak minum susu formula dan baru bertukar ke susu segar atau susu kambing juga boleh mengalami sembelit.

Peringkat kawal kenalkan makanan pejal

Ketika bayi berusia 6 bulan dan baru diperkenalkan dengan makanan pejal (solid food) mereka boleh mengalami sembelit. Jadi ibubapa perlu kenalpasti apakah makanan pejal yang boleh menyebabkan anak mudah sembelit. Gunakan 4 days rule setiap kali kenalkan menu baru pada anak.

Cara Selamat Hilangkan Sembelit pada Bayi & Kanak-kanak
Pemakanan sayur dan buah-buahan yang cukup dalam diet harian dapat mengelakkan sembelit

Peringkat awal toilet train

Latihan ke tandas biasanya dilakukan sekitar usia 2 tahun. Ketika ini anak masih seronok bermain dan akan lengahkan ke tandas kerana lebih nak fokus nak main. Ini juga boleh menjadi faktor berlaku sembelit.

Jadi ibubapa perlu rutinkan ajak anak ke tandas beberapa jam sekali supaya anak mempunyai tabiat ke tandas yang baik.

Ibu bapa perlu cakna memastikan anak mempunyai rutin buang air besar yang teratur kerana kes anak sembelit tak dirawat dengan cepat boleh menyebabkan masalah usus tersumbat.

ubat sembelit paling cepat berkesan
Sembelit berkait rapat dengan faktor pemakanan dan psikologi anak terhadap aktiviti ke tandas

Antara cara mengetahui masalah sembelit anak sudah berada di tahap kritikal ialah anak tak lalu makan, muntah-muntah dan berat badan menurun.

5 Cara Selamat Hilangkan Sembelit dari Rumah

Pantau pemakanan penyebab sembelit

Pantau pemakanan yang boleh sebabkan sembelit dan elakkan anak ambik makanan tersebut. Jika anak sedang alami sembelit, beri makanan yang biasanya menyebabkan anak cirit. Lain budak lain jenis makanan yang bersesuain, ibubapa perlu kenalpasti sendiri makanan penyebab tersebut.

Konsep BRAT adalah panduan yang biasa digunakan untuk atasi masalah sembelit

Cara Selamat Hilangkan Sembelit ialah Pantau perubahan diet

Jika sembelit berpunca dari perubahan diet seperti penggunaan susu formula, kenalpasti cara bancuhan yg betul. Pastikan bancuhan tak terlalu pekat dan perlu diberi air kosong.

Tapi kalau bancuhan sudah ok tapi anak masih sembelit, itu tandanya susu tak sesuai dengan anak. Tapi kalau sebelum ni anak ok dengan susu tersebut, jadi susu formula bukan penyebab anak sembelit.

Urutan I luv U

Urutan ini dapat membantu atasi masalah sembelit kerana diurut mengikut anatomi perut. Jadi secara tak langsung ia dapat merangsang proses penghadaman lebih lancar dan anak lebih mudah buang air besar.

minyak untuk bayi sembelit

Oleh kesan urutan yang lebih baik, gunakan balm bayi T-rub dari Tasneem Naturel yang mempunyai minyak pati tumbuhan untuk lancarkan penghadaman. Balm ini tidak panas dan sesuai digunakan sejak bayi.

Cara Selamat Hilangkan Sembelit ialah Berendam dalam air suam

Berendam boleh membantu melonggarkan rektum dan keadaan ini memudahkan najis keluar. Biarkan anak berendam dalam 10-15 minit dengan pemantauan orang dewasa.

Bahan Kimia ini Perlu Dielakkan dalam Produk Bayi

Beri minum jus buah

Jika semua cara diatas tak berjaya, boleh beri anak minum jus buah seperti jus pir atau prun dalam 1-2 oz. Teknik ini akan menyebabkan osmosis dhearie jadi najis akan keluar sekaligus.

Tapi pastikan bayi minum banyak air untuk elakkan dihidrasi. Maksimum jus yang boleh diberikan ialah 2 oz sehari.

Pengambilan jus yang terkawal dibolehkan untuk bayi dan kanak2 untuk atasi sembelit

Itu adalah 5 Cara Selamat Hilangkan Sembelit pada Bayi dan Kanak-kanak yang boleh dibuat sendiri oleh ibubapa di rumah. Jika anak sudah mengalami sembelit dan ada luka pada rektum, boleh guna aloevera gel dan sapu pada dubur supaya anak tidak sakit semasa buang air besar yang boleh menyebabkan fobia.

Doktor Amalina juga tekankan supaya ibubapa tidak menggunakan ubat mekanikal yang masuk ke rektum seperti cecair enema dan gliserin tanpa nasihat doktor. Kaedah ini boleh menarik air dari badan secara drastik menyebabkan bayi mengalami dihidrasi yang berbahaya hingga boleh membawa maut.

Aktiviti stimulasi dubur guna termometer juga sangat berbahaya. Dinding rektum sangat nipis dan saluran juga sangat kecil yang jika terluka atau mengalami kebocoran terpaksa jalani rawatan yang lebih kritikal.

Ini adalah apa yang saya catatkan dari perkongsian Doktor Amalina. Semoga ia dapat dijadikan panduan selain mencuba pelbagai petua untuk atasi masalah sembelit.

Untuk maklumat lanjut mengenai balm T rub boleh hubungi Agen Sah Tasneem Naturel seluruh Malaysia