
Dalam Kuliah Tafsir bersama Dr Danial, beliau ada ceritakan mengenai 7 perkara yang menghancurkan dari dunia sampai akhirat.
Satu perkara yang dikupas panjang ialah perbuatan sihir. Perbuatan ini sangat dilaknat Allah sehingga ada ulama’ yang berpendapat orang yang buat sihir jatuh kafir.
Dr Danial memberikan beberapa panduan asas untuk membentengi diri dari sihir. Saya catatkan disini untuk amalan kita bersama.

Jaga solat 5 waktu
Paling utama adalah menjaga solat 5 waktu. Solat pada awal waktu dengan tertib dan khusyuk.
Buat amalan Sunat sebagai pendinding diri
Sebaiknya membaca Al Matsurat setiap pagi dan petang. Paling tak sempat diamalkan ayat-ayat pilihan dari surah Al Baqarah dan Ali Imran yang terdapat dalam Al-Matsurat.

Baca Basmalah setiap masa
Sebelum keluar rumah, nak masuk rumah, nak makan, nak naik kenderaan, masuk bilik hotel atau di mana-mana sahaja mulakan dengan Basmalah.
Berdoa kepada Allah untuk bunuh sihir
Dan jika sudah terkena sihir, lagilah kena kuatkan amalan rohani untuk melawan sihir tersebut. Paling penting selalu berdoa Allah bunuh sihir itu dan hukum pembuat sihir itu sekeras-kerasnya.

Menurut Dr Danial, tidak menjadi kesalahan kita doakan keburukan kepada pembuat sihir atas sandaran pendapat ulama’ bahawa pembuat sihir sudah jatuh kafir.
Sangat banyak kita dengar si sana sini mengenai perbuatan sihir ni kan. Sama-sama kita kuatkan benteng diri dan doakan mereka yang sedang diuji diangkat kesulitan dari mereka tanpa bekas.
Catatan dari Kuliah Tafsir bersama Dr Danial Zainal Abidin
22/7/18, Penang