
Teks : Sakina Hamid
Foto : Sakina Hamid & Google
Duduk simpuh katak, sekali tengok macam comel ja kan. Biasa kanak-kanak terutamanya perempuan memang suka duduk macam ni. Kedudukan macam ni memang sangat selesa untuk mereka bermain, membaca, menulis mahupun makan.
Anakanda Faqihah juga pernah melalui fasa W-shape sitting ni. Saya pernah tau keburukannya, tapi bila anak sendiri membesar depan mata jadi terleka. Dan Alhamdulillah Allah hantar peringatan melalui rakan yang melihat gambar anak saya bermain Educational toys di media sosial.
Hari-hari main IQ Brainstorm memang Faqihah duduk macam ni
Di sini saya kongsikan 4 keburukan duduk simpuh katak
1) Memberi tekanan yang lebih bahagian bawah badan
Cara duduk-W akan memberi tekanan yang lebih kepada pinggang, pinggul dan lutut. Ia juga menyebabkan tekanan pada otot dan sendi pinggul, Tulang pinggul akan berpusing sepenuhnya yang boleh membawa kepada risiko pinggul terkehel (dislocation).
2) Mempengaruhi tumbesaran otot kaki
Otot-otot utama dikaki mengalami gangguan tumbesaran kerana faktor tekanan di atas. Selain itu, sendi lutut juga mengalami putaran dalam berlebihan dan sendi buku lali mengalami putaran luaran berlebihan. Semua keadaan ini boleh membawa kekejangan otot paha dan betis. Tekanan ini juga boleh menjadi punca kepada gejala sakit pinggang.
Mainan 6 wall block juga sering dimainkan atas lantai.
3) Penggunaan otot utama yang tidak optimum
Cara duduk simpuh katak adalah sangat selesa. Kanka-kanak tidak perlu banyak bergerak kerana kedududukan itu sangat stabil. Dia hanya gerakkan badan ke depan dan ketepi sahaja semasa bermain. Keadaan ini jika berpanjangan bolih membawa komplikasi dan kelewatan perkembangan kerana tiada pengaktifan otot perut dan otot-otot utama di dalam badan.
4)Kelewatan perkembangan
Atas semua faktor yang dinyatakan di atas, anak akan cenderung mengalami kelewatan perkembangan apabila terlalu kerap duduk simpuh katak.
Oleh itu apabila melihat anak mula duduk denngan w-sitting, cepat-cepatlah ubah cara duduk mereka. Apabila sedah menajdi tabiat makin sukar untuk diubah.
Semoga perkongsian ini memberi sedikit pencerahan kepada ibubapa, dan lebih prihatin kepada perkembangan anak-anak.
p/s : Dapatkan pelbagai mainan berkonsepkan pendidikan di SINI