Alhamdulillah. Satu pengalaman baru untuk anakanda Fateh dan ummi juga ^_^

Gigi susu bahagian depan tu dah mula bergoyang sejak sebulan lepas. Saya tengok takda gigi kekal tumbuh lagi jadi biarkan ja lah. Dia pun nampak masih selesa makan takda masalah pun makan ayam goreng semua tu. Kesimpulan saya gigi tu belum bermasalah la kan.

Kebetulan pula Fateh banyak isi masa cuti dengan sepupunya Fauzan dan bercuti di kampung baru-baru ni. Saya pun tak ingat sangat pasal gigi nya tu. Sampai la semalam masa saya memandu dia asyik tanya bila nak pergi cabut gigi. Agaknya dia rasa makin tak selesa kot. Saya pun cakap Isnin nanti abah cuti baru pergi klinik. Tak jugak tengok giginya.

Semalam suami balik barulah tengok betul-betul dah tumbuh pun gigi kekalnya sebelah dalam. Nampaknya memang kena cabut segera lah walaupun sebenarnya dah agak terlambat. Agak kesal jugak sebab kemungkinan besar giginya akan kurang teratur. Macam pengalaman saya dulu, gigi susu lambat tanggal tapi gigi kekal dah tumbuh. Maka ada gigi yang tak tersusun elok. Namun Alhamdulillah tidaklah sampai menjejaskan.

Jadi semalam suami pun ajar dia main-main gigi tu guna lidah sebelum tidur. Tiba-tiba bangun pagi tadi dia cakap ada jin datang cabut giginya waktu subuh.-_- Saya anggapkan sekadar imaginasi dia rentetan dari perbincangan tentang cabut gigi semalam. Tapi bila dia bukak mulut tunjuk rupanya betul-betul gigi tu dah tercabut!

Gigi susu tanggal sendiri

Gigi susu pertama anakanda Fateh yang tanggal sendiri

Kelam kabut pulak pergi cari gigi dia kat tempat tidur. Masih tidak dapat dieksan setakat ini. Harap-harap dia tak tertelan la.

‘Ala kullihal, Alhamdulillah anakanda Fateh melalui pengalaman pertama kehilangan gigi susu yang mudah. Sekurang-kurangnya tak perlu berjumpa doktor gigi untuk cabut gigi yang belum betul-betul bergoyang untuk dicabut. Semoga gigi-gigi seterusnya juga gugur dengan mudah sebelum gigi kekal tumbuh.