
Dah lama saya tak berkongsi mengenai educational toys di sini. Baru-baru ni saya banyak kongsikan mengenai set belajar membaca dan menulis. Alhamdulillah, mutakhir ini semakin banyak bahan-bahan yang interaktif siap tersedia untuk memudahkan ibubapa membuat aktiviti bersama anak-anak. Seronok tengok ibubapa semakin cakna dengan pendidikan awal anak-anak.
Cuma untuk anak di bawah usia 4 tahun, keutaamaan adalah dengan dedahkan anak-anak dengan aktiviti yang merangsang perkembangan motor dan daya fokus anak. Pendedahan ini penting supaya anak-anak mempunyai kemahiran mengurus diri yang baik dan dapat mengikuti aktiviti pembelajaran dengan lebih bersedia.

Aktiviti bermain dengan objek kecil dapat membantu otot-otot kecil pada tangan anak berkembang dengan lebih optimum
Salah satu educational toys yang sedang hangat di dalam pasaran adalah mainan Genius Art. Mainan ini sebenarnya dalah inovasi dari mainan mushroom nail yang sangat bagus untuk melatih anak kecil memegang objek menggunakan jari. Namun oleh kerana saiz mushroom nail yang sangat kecil, seringkali ibubapa bimbang ia mengundang bahaya kepada anak kecil. Jadi walaupun tahu kebaikan mainan ini, ramai juga ibubapa yang tidak bersedia mendedahkan anaknya dengan mainan ini.
Mainan Genius Art datang dengan ciri-ciri yang ditambah baik. Menggunakan konsep mushroom button, saiz mushroom itu lebih besar dan mudah diurus. Anak juga lebih mudah untuk menekan dan mencabut mushroom dari tempatnya. Ia dapat membantu anak bermain lebih lama kerana leka dengan kemampuannya bermain sendiri.
Selain itu, Genius Art juga didatangkan dengan 10 keping kad bercorak berlainan. Jadi ia memberikan variasi aktiviti kepada anak-anak walaupun kemahiran yang digunakan sepanjang bermain sama sahaja. namun kad bercorak yang berwarna warni ini akan membuatkan anak teruja untuk terus bermain.
In syaa Allah dengan pendedahan yang berterusan kepada mainan seumpama ini, perkembangan otot-otot kecil pada tangan anak akan berlaku dengan optimum. Ini sangat penting bagi anak menjalani kehidupan seharian termasuklah belajar memegang pensel kelak.
Tempahan mainan Genius Art Mushroom Button boleh dibuat di SINI.