
Asalnya dulu hand sanitizer atau cecair pembersih tangan ni doktor ja yang selalu guna kan. Sebelum pegang baby kita doktor basuh tangan dengan sabun, lap dengan tisu kemudian pakai hand sanitizer. Lepas pegang baby pun macam tu jugak. Memang hand sanitizer ni ada kat mana-mana ja dalam hospital ni.
Tapi sejak banyak wabak jangkitan udara macam penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) berlaku di negara kita, hand sanitizer dah jadi macam keperluan wajib dalam beg tangan ibu-ibu sekarang. Apatah lagi bila ke tempat-tempat awam seperti taman permainan dan supermarket, makin bertambah risau kalau tak lindungi anak dari bahaya jangkitan.
Dulu saya pun tak ambil kisah sangat pasal hand sanitizer ni. Tapi bila faham kegunaannya saya pun sedar perlu sediakan perlindungan tambahan kepada anak kecil kita yang sering terdedah kepada pelbagai jangkitan.
Sebagaimana kita tahu tangan adalah anggota yang paling mudah terdedah pada virus dan bakteria. Cara terbaik adalah dengan membasuh tangan menggunakan sabun. Tapi ada masanya yang tiada akses pada air, hand sanitizer adalah penyelamat kita untuk bersihkan tangan anak.
Bila kita gunakan hand sanitizer, kuman-kuman yang melekat pada tangannya akan mati. Dalam masa yang sama ia juga meninggalkan satu permukaan perlindungan pada tangan anak dari jangkitan virus dan bakteria. Kerana itu penggunaan hand sanitizer telah terbukti dapat mengurangkan kadar jangkitan kepada anak kecil terutamanya.
Ada banyak pilihan hand sanitizer dalam pasaran. Biasanya orang akan pilih hand sanitizer dari jenama yang sudah biasa kenal, botol yang comel dan sebagainya. Namun sebagai ibubapa kita perlu faham yang ada kandungan hand sanitizer tidak selamat untuk anak kecik terutamanya bila masukkan jari ke dalam mulut atau makan tanpa membasuh tangan.
Kebanyakan hand sanitizer di pasaran mengandungi Tricolasan yang boleh mengganggu hormon dan menyebabkan kulit kering. Alkohol yang terdapat dalam kebanyakan hand sanitizer juga boleh menyebabkan keracunan bila termakan dan ia juga adalah bahan mudah terbakar. Apatah lagi jika hand sanitizer tersebut mengandungi bahan-bahan kimia berbahaya seperti paraben dan pewangi tiruan.
Atas kesedaran itu Tasneem Naturel mengeluarkan Hand Sanitizer dari bahan semulajadi yang jauh lebih selamat untuk bayi dan kanak-kanak. Hand Sanitizer tanpa alkohol dan bahan kimia berbahaya dirumus dari ekstrak sireh sebagai antiseptik.
Pemekat yang digunakan adalah dari ekstrak aloe vera yang juga bersifat merawat pada kulit. Tambah menarik wangian untuk hand sanitizer ini adalah mengggunakan minyak pati tumbuhan (essential oil) yang terbukti memberi banyak manfaat kepada pengguna.

Dengan kombinasi bahan-bahan terbaik ini diharapkan hand sanitizer Tasneem Naturel menjadi pilihan ibubapa yang mementingkan penggunaan bahan yang selamat kimia berbahaya untuk anak-anak kesayangan anda.