Teks : Sakina Hamid

Foto : Google

Waktu Dhuha seringkali mengimbau kenangan  sewaktu nak hadapi SPM hampir 15 tahun lalu. Alhamdulillah, semasa tingkatan 4 saya mendapat tempat di sebuah SMKA di Kedah.

Keputusan PMR saya semasa di sekolah harian melayakkan saya naik ke pentas sebagai penghormatan dari pihak sekolah. Namun ia terlalu biasa di sekolah pelajar terpilih ini. Sepanjang berada di sekolah ini, perasaan kerdil sering mengusai diri. Sudahlah pandai tahap gaban, aktif, rajin study lepas tu cun-cun pulak tu! erk..

Saya rasa macam tersesat dari planet lain bila bersama bersama. Seringkali saya jadi tak keruan dengan diri sendiri. Hampir semua kaedah belajar yang saya cuba aplikasikan seperti tidak membuahkan hasil. Keazaman untuk kekalkan prestasi semasa PMR seperti terlalu sukar disini.

Walaupun saya nampak macam banyak study, tapi prestasi saya terlalu rendah berbanding pelajar asal yang ‘macam tak kuat study’. Sudahla bebanan 12 subjek aliran agama teknikal tu sangat berat. Dalam bingung nak hadapi SPM, Allah beri saya satu jalan.

smkab

Solat Dhuha! Pada waktu rehat, tak ramai pelajar yang ke surau untuk solat Dhuha.Kalau tahajud tu memang ramai buat sebab memang kena pergi surau sebelum subuh. Dan saya memilih untuk mengamalkan solat Dhuha dengan konsisten. Walaupun berkorban makan pada waktu rehat, tapi saya ada ‘energi’ lain untuk capai matlamat saya.

Alhamdulillah, keputusan SPM saya hanya sederhana dan melayakkan saya ke program matrikulasi.Walaupun saya hampir tidak ada sebarang sumbangan kepada sekolah ini, namun persekitarannya telah mendidik saya berserah diri kepadaNya.

Saya bersyukur walaupun terasa terlalu asing dan kerdil di situ, namun kekuatan yang Allah beri kepada saya membantu saya menghabiskan kembara ilmu di sana.

dhuha-view

Dan..Dhuha adalah tempat saya sandarkan harapan.

doa shuha